THEY SAW HER!

245 11 0
                                    

Lily Amani mengambil beberapa keping gambar Grand Kremlin Palace.Bangunan agam yang dibina sejak kurun ke 15 itu masih gagah strukturnya.Mempunyai sekitar 700 buah bilik dan berkeluasan 275 000 meter persegi itu kini menjadi pusat kerajaan Russia dan merupakan ibu pejabat ketenteraan negara beruang merah itu.

Lily Amani menyisir rambutnya ketepi.Kamera DSLR di halakan kembali ke arah Grand Kremlin.

"Tappp!"

Gambar Haleyna yang sedang leka memerhatikan struktur bangunan bersejarah tersebut diambil.Haleyna melemparkan senyumnya.Jika tidak kerana Lily Amani, dia tiada masa untuk melawat tempat tempat sebegini.Walaupun sudah lebih 10 tahun dia menetap di Moscow hobinya ketika tidak bekerja adalah tidur.Kadang kala berkelahi dengan Benji ketika masa lapangnya.

Cruise bergerak dengan kelajuan sederhana membelah Sungai Moskva Selatan.Lily Amani menyimpan semula kameranya.

Lily Amani membawa dirinya untuk duduk semula di atas kerusi.Jam dipergelangan tangan di kerling.Sudah hampir tengah hari.10 minit berlalu,cruise menghampiri jeti perlahan lahan.Haleyna menarik tangan Lily Amani mengikutinya.Lily Amani hanya mengekori langkah Haleyna.

"Dekat sini kena hati hati.Banyak pick pocket"

Haleyna berkata perlahan.Lily Amani menganggukkan kepalanya.Dia membawa bag sandangnya kedada.

Mereka menyusuri jalan dihadapan Cathedral Saint Basil.Lily Amani kembali mengeluarkan kameranya.

"Cantiknya!! Macam mimpi pula dapat pergi Moscow ni."

Lily Amani melompat keriangan.Haleyna menggelengkan kepalanya.

'Tourist'

Bisiknya di dalam hati.

"Jom.Abang Andi dah tunggu kita."

Haleyna memesan uber.Mereka berdiri diperhentian bas.Sesekali Lily Amani memeluk tubuhnya.Dirasakan sejuk pula cuaca hari ini.

"Pinnnnnnnnnn!"

Haleyna mencampakkan telefon ditangannya.Lily Amani turut mengurut dadanya .Hon yang panjang membuatkan mereka terkejut.Telefon miliknya dilantai dilihat.Retak skrin telefon miliknya.Lampu pada skrin terpadam.Haleyna mengetap bibirnya.

"Son of a bit...!!!!"

Jerkahannya terhenti.Matanya mencerlung ke arah pemandu kereta.

"Benjiii!!!"

Jerit Haleyna kembali.Sakit hatinya melihat lelaki itu hanya menayangkan sengihannya.

"Look what have you done!!!"

Telefon di atas lantai pondok bas dikutip dan ditunjukkan kepada Benji.Benji mematikan senyumannya.Dia cepat cepat keluar dari tempat pemandu dan mendapatkan Haleyna.

"Princess I am sorry.I tak sengaja"

Haleyna cuba menekan butang on telefon tersebut.Masih sama.Skrinnya gelap.Terasa panas matanya tiba tiba.
Telefon itu begitu bermakna buat dirinya.Hadiah dari abangnya sempena hari lahirnya 4 tahun yang lepas.Dia memang sayangkan telefon itu seperti nyawanya.

"You memang tak puas hati dengan I kan.Saja nak buat I sakit hatikan?"

Ada getar di dalam suaranya.Sebak dia melihat telefon kesayangannya rosak.

"Sorry I betul betul tak sengaja princess.I belikan yang baru ya."

Benji memeluk bahu kekasih hatinya.Terasa bersalah pula dirinya melihat wajah sugul Haleyna.Pintu penumpang dibuka.

"Cik Puan come with us ya"

Benji membuka pintu untuk Lily Amani pula.Dia kemudian berlari semula ke tempat duduk pemandu.Kereta dipandu menghala ke Glávnyj Universálnyj Magazín atau "Main Universal Store".Sebuah bangunan klasik yang merupakan pusat beli belah mewah yang menempatkan jenama jenama besar.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now