THE VIDEOS

139 8 0
                                    

Andrei's POV

Suasana ruang pejabat agak tegang.Aku sedang menyoal siasat Benji, Hakimi dan Romano Igor.Tiga lelaki ini banyak mengetahui perihal keluarga Alinoshka.Berita tentang kehilangan geran asal rumah besar Alinoshka di St Petersberg menjadi tanda tanya.Lagi menghairankan bagaimana geran asal tersebut difotokopi dan berada di tangan  pemaju yang ingin merobohkan rumah agam itu.Siapa yang mencuri geran tersebut?

Pasti ada dalang disebalik kehilangan geran tersebut dan pastinya orang terdekat keluarga kami yang melakukannya.Setelah menyoal siasat ketiga tiganya aku berpuas hati.Tidak mungkin antara mereka bertiga yang melakukannya.

'Dont trust anyone'

Bisik hati kecil aku.Rumah itu begitu penting buat aku kerana dari sanalah telapak keluarga kami.Rumah itu adalah amanah kepada anak sulung,cucu sulung dan seterusnya.

Tidak mungkin Hakimi.Lelaki itu pembantu aku dan dia tidak tinggal di rumah agam itu.Hakimi sememangnya ditugaskan untuk mengendalikan segala hartanah atau kerja kerja pejabat di bawah seliaan aku.Masalahnya geran itu belum dipindahkan ke atas nama aku lagi da aku tidak menyimpan dokumen penting itu.

Benji.Lelaki yang kami sudah anggap seperti darah daging.Sudah bersumpah setia untuk taat kepada keluarga kami.Malah lelaki itu sudah beberapa kali hampir hilang nyawa ketika aku menghantar dirinya sebagai perisik.Aku telah menganggap Benji sebagai adik lelaki bongsu.Benji tidak pernah meminta apa apa.Apa sahaja pemberian keluarga aku dia menerima seadanya.Lelaki itu menumpang kasih keluarga kami sedari kecil lagi.Peribadinya cukup disegani seluruh ahli persaudaraan Solntsevkaya dan para pekerja di Alinoshka Corp.

Romano Igor?Lelaki berusia itu turut setia pada Alinoshka walaupun mendiang Antonio telah lama pergi.Hubungan Romano dan Madam Rossa seperti ibu dan anak.Mereka sangat akrab.Romano banyak menguruskan perihal hartanah Madam Rossa.Walaupun begitu Romano tidak pernah mengambil kesempatan.Setakat yang aku perhatikan Romano meletak jurangnya sebagai pekerja dan majikan.Lagi pula buat apa Romano mengambil geran tersebut.Semuanya sudah tersedia untuknya.Romano hidup bersendirian.Untuk apa pula dia mengambil geran tersebut?

Aku mengurut pangkal dahi agak kuat.Semenjak kebelakangan ini banyak perkara berlaku di dalam hidup aku.Dugaan rumahtangga,dugaan bekerja, dugaan keluarga.

Hakimi kata Allah uji kerana sayang dan tahu kita mampu dengan dugaanNya.Kena sabar dan redha.Aku mula belajar 2 perkara itu.Aku bimbang aku gagal mengawal emosi lagi seterusnya mengguris hati dan perasaan mereka yang sayangkan aku terutama si isteri.

Wanita itu acap kali menahan rasa kecewa dan pedih di hati.Walau terang lagi bersuluh itu adalah salah aku, Lily Amani tetap tabah.

Dia menjalani kehidupan sehariannya bagaikan tiada apa yang berlaku di dalam hidupnya.Dia bijak sembunyikan hati dan perasaanya di hadapan keluarga kami.Jika berada di dalam bilik berdua Lily Amani kembali dingin.Aku tanya sepatah maka sepatahlah jawabnya.

Ketukan pintu membuatkan kami berempat menoleh ke arah pintu.

"Come in"

Pintu ditolak dari luar perlahan.Jamie office boy Alinoshka Corp menghampiri.Ada sampul surat putih ditangannya.Jamie menghampiri meja aku.

"Boss here is the package  for you from Miami."

Aku mencapai sampul tersebut.Terasa hairan kerana melihat alamat penghantar dari Negara Uncle Sam itu.

Aku mengoyak perlahan sampul surat.Merasa diperhatikan aku berdehem seketika.

"Ehemm.Dismiss guys"

Ketiga tiga lelaki yang duduk di sofa bingkas bangun.Seorang demi seorang meninggalkan ruangan pejabat aku.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now