Andrei melonggarkan tali leher di lehernya.Rimas.Dia rimas dengan penampilan korporatnya.Namun apakan daya dia terpaksa memikul tanggungjawab sebagai satu satunya perwaris Alinoshka Corp yang tinggal.Dia menyandarkan diri pada kerusi empuk miliknya.Kerusi dipusingkan menghadap cermin pejabat.Dari tingkat 25 dia melihat hiruk pikuk kota Moscow pada waktu petang.
Dia meraba parut didadanya seketika.Figura wanita yang menyelamatkan dirinya muncul di mindanya.Bibirnya mengukir senyum.Wanita itu kelihatan biasa biasa.Tidak seseksi seperti wanita wanita kebanyakan yang rebah di pangkuannya.Dia merasa kesal kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada wanita itu.Dia terfikir untuk menjejak semula Lily Amani.Hakimi mengatakan wanita itu bernama Lily Amani.
"Lily Amani"
Suara garaunya menyebut 2 patah nama yang menjentik hatinya.Dia mengarahkan Hakimi mencari maklumat tentang Lily Amani setelah 6 bulan nama dan figura wanita itu bermain di ingatannya.
Lily Amani bukan sahaja menyelamatkan dirinya malah dia juga turut mendermakan darahnya kepada Andrei ketika lelaki itu kehilangan banyak darah di dalam tragedi itu.Di dalam badannya mengalir darah wanita bernama Lily Amani.
'Knock knock!'
Ketukan di pintu mengganggu lamunan Andrei.Dia mengeluh seketika.
"Come in!"
Beberapa ketika muncul susuk pembantunya, Hakimi bersama senyuman lebar di wajahnya.Andrei mengerutkan dahinya.Hakimi jarang mengukir senyum.Dia seperti robot.Tiada perasaan.Pasti ada berita gembira yang ingin dia sampaikan.
Hakimi bukan sahaja pembantu dirinya untuk di pejabat malah lelaki itu adalah orang kanannya.Dia berjumpa lelaki tersebut 10 tahun lepas ketika dia cuba mempertahankan adik perempuannya dari dicabul oleh polis polis di Moscow semasa disoal siasat.Pada waktu itu Hakimi hanyalah pelancong yang melawat adik perempuannya belajar di Sechenovskiy Universitet.Adiknya diperangkap oleh rakan sebayanya dan terjebak di dalam kancah dadah.Andrei yang ketika itu turut sama berada di balai polis Moscow menyaksikan bagaimana Hakimi berlawan dengan polis polis yang korup demi mempertahankan maruah adiknya.
Andrei ikut masuk campur dan meleraikan pergaduhan tersebut.Dia mengikat jamin adik Hakimi kemudian membawa kedua beradik tersebut tinggal bersamanya.Polis polis Moscow yang mengenali siapa Andrei Aleksei tidak membantah.
Sebagai balasan Andrei mahukan
an Hakimi bekerja dengannya dan segala perbelanjaan semasa pembelajaran Haleyna akan ditaja sepenuhnya oleh Andrei.Kini Doktor Haleyna merupakan doktor peribadi keluarganya.Andrei menganggap Haleyna dan Hakimi seperti keluarga.Cuma Hakimi masih memanggil dirinya dengan panggilan Tuan dengan alasan hormatkan dia sebagai majikannya.
Hakimi berjalan ke arah majikannya.Dia menjijit sampul berwarna putih.Dia menghulurkan sampul tersebut kepada Andrei.
"Ini maklumat tentang Cik Lily Amani"
Andrei menayangkan sengihannya apabila melihat nama 'Lily Amani' tertera pada sampul surat tersebut.
"Thank you Hakimi."
Andrei membuka kasar sampul tersebut.Helaian demi helaian maklumat tentang Lily Amani dibaca.Bibirnya menguntum senyum apabila membaca status wanita itu.Beberapa gambar gambar Lily Amani ditatap penuh minat.Gambar 2 orang anak anak Lily Amani turut mencuri perhatiannya.
'Hey soon to be my kids'
Desisnya di dalam hati.Dia menarik nafas seketika.Wanita itu berada terlalu jauh darinya.Jika dia tidak bertindak sekarang, dia akan melepaskan peluang untuk memikat Lily Amani.
'What is wrong with you Andi?'
'I think I'm in love'
'Love or lust?'
YOU ARE READING
Twisted Love (COMPLETE)
Roman d'amourLily Amani membawa diri keluar negara selepas kematian suaminya.Takdir menemukan Lily Amani dan Andrei apabila Lily Amani menyelamatkan Andrei di dalam satu tragedi yang hampir meragut nyawa lelaki itu.6 bulan kemudian Andrei Aleksei menjejak semula...