RETALIATION

143 5 0
                                    

KILDIN ISLAND, BARENTS SEA

Andrei's POV

Helikopter membelah langit yang membiru.Cuaca cerah sepanjang hari.Aku, Benji, Lily Amani, Madam Rossa, Lorenzo, Yagmur, Shadow serta Baby Cedric akan melakukan lawatan khas buat Romano di penjara di tengah lautan ini.

Penjara Kildin merupakan penjarabyang menempatkan penjenayah berprofil tinggi.Romano bukan sahaja berhadapan pertuduhan dari keluarga Alinoshka, malah sekarang ini dia menghadap beberapa tuduhan maha berat dalam jenayah kolar putih.

Mengikut kata peguam keluarga kami, sebahagian harta Romano telah disita dan ada yang dibekukan sehingga pewaris sah tunggal Romano iaitu Baby Cedric berumur 18 tahun.Setelah dibuat pernilaian keseluruhan, nilai aset beku tersebut berjumlah jutaan euro sekaligus menjadikan Baby Cedric antara termuda memegang gelaran jutawan.Itu belum lagi aset dari mendiang Catriona.Beruntung Baby Cedric.Cumanya anak kecil itu tidak dapat merasa kasih sayang ibu bapa kandungnya.Aku percaya Shadow mampu menjaga anak kecil itu sehingga dewasa.

Lihat sahaja bayi itu, montel dan gebu.Baby Cedric sebaya dengan anak bongsu aku dan Lily Amani.Sudah menginjak 3 bulan usia mereka.Sekejap sungguh masa berlalu.

Kecederaan si isteri turut pulih sepenuhnya.Wanita itu kini sibuk menghadiri majlis majlis kebajikan bersama Madam Rossa.Aku tidak pula menghalang asalkan keselamatan dirinya terjamin.

Enrique kembali menjadi pengawal peribadi di atas pujukan Lily Amani.Kecederaan yang dialami dirinya turut beransur pulih.Aku mengarahkan lelaki itu menjadi pemandu dan pengawal peribadi si isteri.Sekurang kurangnya aku yakin Lily Amani selamat dibawah jagaan lelaki itu.

Helikopter semakin terbang rendah.Aku meninjau ke luar tingkap.Kami menghampiri daratan.Kelihatan ramai sungguh askar yang berkawal di sekeliling pulau.Walhal penjara tersebut punya cenuram yang merbahaya.Ada yang berjaya meloloskan diri namun terkorban di laut kerana menjadi santapan si jerung putih.

Beberapa ketika aku merasakan helikopter menjejak helipad dan jentera tersebut pegun.

"Welcome to Kildin Cellblocks guys!!"

Aku melihat ahli keluarga membuka satu persatu headset pada kepala.Isteri disebelah aku renung kasih.

"What???"

Tanya Lily Amani agak kuat.Suaranya berlawan dengan bunyi desiran bilah helikopter yang masih berpusing.

"I'm watching you baby.Beware"

Peringatan yang tidak putus aku berikan kepada sang isteri.Wanita itu ketawa kecil.Terasa hangat kulit apabila bibir munggilnya menyapa pipi yang kemas bercukur.

"Someone is burning with envy...."

Bisiknya di telinga.Dengusan kasar keluar dari bibir mendengar kata kata Lily Amani tadi.Ya.Memang aku cemburu.Aku izinkan si isteri bertemu Romano hari ini kerana aku yakin lelaki itu akan membuka mulutnya setelah melihat Lily Amani masih hidup dan dalam keadaan baik sahaja.

Satu persatu ahli keluarga turun dari helikopter.Kami disapa oleh tiga orang lelaki berpakaian lengkap tentera serta dua orang lelaki berpakaian korporat.2 lelaki berpakaian korporat itu peguam keluarga kami.Giliran aku dan isteri menuruni tangga helikopter.Genggaman kuat pada tangan tiba tiba membuatkan aku menoleh ke arah isteri.

Lily Amani mungkin kelihatan tenang.Hakikatnya wanita itu sebenarnya kegelisahan.Dia bakal berhadapan dengan individu yang mengambil nyawanya berkali kali.Pasti ada sekelumit perasaan gerun di hatinya.

"Sayang okay?"

Aku membalas genggaman tangannya.Lily Amani mengangguk laju.Dia sehabis baik menyembunyikan rasa dihatinya.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now