GAMES

156 8 1
                                    

Lily Amani's POV

"DONT.. TOUCH..ME"

Aku beranjak ke tepi. Sedari tadi Andrei cuba menyentuh aku.Entah apa mimpinya.Bukankah aku ni jijik di mata dia?

"Sayang..please dengar apa yang bie nak explain."

Andrei kembali memegang tangan aku.Kalau tidak memikirkan kudrat yang masih lemah sudah lama aku tendang dirinya hingga jatuh katil.Biar patah riuk badannya.

"Kau nak explain apa hah!?Aku tak tahu apa niat kau Andi.Kau yang minta aku gugurkan dan kau juga bawa aku balik ke sini .Kau memang tak puas hati selagi aku tak hilang nyawa agaknya.Eeee lepaslah!!!Yang kau pegang ni perempuan tak layak kandungkan anak kau Andi.So please get off me."

Kagum pula aku dengan usaha Andi untuk menyentuh aku sejak dari satu jam yang lepas.Aku perlukan masa bersendirian waktu ini.Aku tak bersedia dari segi mental dan emosi untuk permainan dia.

"Shhh....bie minta maaf.Bie tak patut cakap sayang macam tu.Bie terlalu ikut emosi bie.Bie fikir sayang yang bukan bukan.Bie minta maaf sangat.Bie tahu sayang betul betul terasa dengan bie."

Muka sugul Andrei sedikit pun tidak memancing simpati aku.Lagi rasa menyampah ada lah.

"You broke me again Andrei Aleksei.You hurt me"

" I know baby.Let me fix this.Let me fix us."

Aku ketawa kecil.Mahu perbetulkan apa lagi?Lagi diberi peluang lagi semakin teruk nanti.

"Damage has done Andi.Our wedding means nothing to you.So whats holding you back?Ceraikan aku supaya kau boleh bersama Kimora.Aku dan Danish boleh hidup sendiri tanpa kau "

Cabar aku dengan nada sinis.Ada riak terkejut di wajahnya.Apa nak jadi, jadilah.

"Siapa cakap perkahwinan ni tak bermakna buat bie? For your information Alinoshka's dont believe in divorce okay.We live in happy marriage and of course there are some challenges we came across but divorce? BIG NO NO in our family"

"You! You've said it Andi.Jangan buat buat lupa.Aku mungkin buta tapi tak pekak lagi.Lagipun aku bukan Alinoshka so let me go"

Bentak aku kasar.Lidah lelaki ini mengalahkan ular.Aku tahu cubaan untuk memerdekakan diri ini akan menempuh 1001 helah dari dia.

"As far as I'm concerned, we are legally married by law and religion.You're married to the most handsome,decent AF Alinoshka heir.So technically you are Mrs Alinoshka baby."

Andrei tersengih sengih seperti kerang busuk.Melihat senyumannya membuat hati aku semakin panas.Rasa mahu juga aku lepuk kepalanya dengan bantal.Biar mereng otaknya.

"Kau nak apa lagi ni Andi?Aku penat.Penat nak menghadap keegoaan kau.Aku dah tak boleh nak terima kau.Kau hanya pandai berjanji.Lepastu kau mungkiri.Hati aku dah tak boleh terima kata kata hinaan kau.Berhari hari aku hadap pandangan jijik kau.Berhari hari sentuhan aku adalah perkara terburuk buat kau.I was trying to be a good wife to you for God sake!!Walaupun hanya Allah saja tahu betapa aku terluka dengan kata kata dan perbuatan kau.It will never enough for you!!!"

Aku menarik keluar cincin perkahwinan kami.Cincin perkahwinan kami aku baling keluar dari tingkap yang terbuka.Puas hati aku melihat muka merah Andrei.Dapat aku lihat Andrei mengetap rahangnya kuat.Mungkin sedang menahan sabarnya melihat aku mencampak keluar cincin emas putih itu.

'Owh my Harry Winston!!!!'

Jerit aku dalam hati.Nilai cincin itu tidak setanding dengan luka di hati .

Aku melihat Andrei bergegas turun dari katil.Tidak lama kemudian aku mendengar pintu bilik di hempas kasar.
Senyum kemenangan terbentuk dibibir aku.Aku keluar dari bilik terhendap hendap sebelum berjalan ke arah bilik hujung.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now