DID IT AGAIN

140 7 3
                                    

Author's POV

" Hey baby daddy..jangan nakal nakal tau.Jangan buat mummy sakit.Malam nanti daddy balik tau"

Andrei membongkok seketika untuk bercakap dengan perut Lily Amani yang sedikit membuncit.Lily Amani baru sahaja melepasi trimester yang pertama.Semuanya baik baik saja.Dia masih menyesuaikan diri dengan keadaan berbadan duanya.

"Andi...please bawa I sekali.I tak pernah ke St Petersberg.Bolehla Andi."

Rayu Lily Amani lagi.Lengan suaminya yang sasa dielus perlahan.Entah semenjak berbadan dua ni dia sentiasa mahu berdekatan dengan Andrei.Mungkin pembawakan kandungannya.

"Sayang..next time ya.Bie betul betul busy kali ni.Bie attend meeting je dekat sana.Nanti bie bawa sayang and Danish ke St Petersberg ya.Kita holiday dekat sana"

Pujuk Andrei dengan suara yang lembut.Dari malam tadi wanita itu mahu mengikutnya.

"Tapi.. you balik lambat."

"No la..lepas habis meeting bie balik ya.Promise!Balik nanti bie buat the best avocado smoothie in Moscow untuk sayang ok?"

Lily Amani menarik senyum manis.Dia akhirnya mengalah.Kasihan pula Andrei nanti.Lagi pula dia belum reda dengan alahan kandungannya.

"Ermm okay..be safe hubby"

Pesan Lily Amani.Tangan suaminya dikucup seperti selalu.Dia menghantar suaminya hingga ke pintu besar rumah agam.Matanya menyorot tiap langkah suaminya hingga bayang tubuh lelaki itu lolos ke dalam perut kereta.

Andrei melambai tangan ke arah isterinya sebelum memandu keluar dari halaman rumah untuk ke lapangan terbang.

Lily Amani mengurut dadanya.Dia merasa seperti ada perkara buruk yang akan terjadi.Cepat cepat dia beristighfar di dalam hati.Lily Amani menghela nafas beberapa kali di hadapan pintu besar sebelum berpusing untuk masuk ke dalam rumah semula.

Dalam hati dia berdoa agar urusan suaminya dipemudahkan dan dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini.

"Lily?"

Teguran dari wanita tua yang berada di ruang tamu membuatkan Lily Amani tersenyum lebar.Langkahnya menghampiri Madam Rossa yang dikelilingi bag hitam berisi fail.

"Hye nana...boleh Lily tolong?Nampak macam busy sangat je"

Lily Amani melabuhkan punggungnya di hadapan Madam Rossa.Dia mengerutkan dahi apabila melihat Madam Rossa seperti gelisah.

"Hmmmm nana tengah cari geran rumah di St Petersberg.Tadi ada orang bagitahu rumah asal Alinoshka mahu dirobohkan."

Madam Rossa membelek lagi beberapa fail di dalam beg kulit.Sedikit menggigil tangannya ketika memeriksa setiap helaian kertas di dalam fail.

"St Petersberg?Jadi Andi ke sana pasal rumah tu ke?"

Lily Amani bertanya perlahan.Dia turut membelek beberapa fail di atas meja.Satu persatu helaian kertas dibelek.

"Hah??Andi ke St Petersberg?Buat apa?"

Madam Rossa memberhentikan gerakan tangannya.Dia berfikir seketika.Buat apa pula Andrei ke sana tanpa memberitahu dirinya.

"Katanya ada meeting nana.Petang nanti baru dia balik."

"Owh kenapa Lily tak ikut sekali?"

Madam Rossa menanggalkan kaca matanya.Seingatnya Andrei sudah tiada hati untuk meneruskan perniagaan di wilayah itu setelah berpisah dengan Thalia.Baginya tempat itu hanya membongkar kisah dukanya.Madam Rossa tertanya tanya dihati.Lagipun jika ke mana mana pasti cucunya akan memberitahunya dahulu.Bertambah hairan dihatinya.Madam Rossa mengalihkan tumpuannya pada Lily Amani pula.Matanya jatuh pada perut Lily Amani yang membuncit sedikit.

Twisted Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now