"Baby kita comel sangat sayang. Terima kasih, sayang sebab dah lahirkan anak kita. Abang doakan semoga sayang jadi mama dan isteri yang baik. Sayang doakan abang juga ye supaya abang dapat jadi suami dan papa yang baik untuk keluarga kita," kata suami aku. Dahiku dikucup lembut.
Tepat jam 3.15 pagi tadi, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.89 kg. Sakit dan payah untuk mengeluarkan seketul budak comel ini tetapi hasilnya berbaloi. Sekarang aku mula sedar pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Tambah pula, doktor kata bayiku ini besar dan aku perlu mengerahkan tenaga yang besar untuk meneran bayi agar keluar.
"Tapi sayang, baby ni bukan comel je..Dia handsome juga," sambung suamiku.
"Macam abang?" soalku sambil tertawa. Dia juga tersengih.
Ada la modal laki aku ni nak ber-masuk bakul angkat sendiri!
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...