Prologue

2K 31 2
                                    

Mark menatap hiba kubur yang baru sahaja ditimbus itu. Dia merasakan seolah rohnya turut dikubur bersama keranda itu. Airmatanya tidak lagi mengalir. Sudah terlalu kering untuk mengalir lagi. Dia merasa kosong. Dia tidak mampu memikirkan untuk meneruskan kehidupannya.

Para tetamu dan keluarga yang lain sudah beransur pulang. Ibu bapa Renjun sempat lagi mencium pipi Mark sambil menyemangatinya untuk terus kuat sebelum pulang meninggalkan lelaki itu di situ.

Renjun.

Mark masih ingat lagi bagaimana lelaki comel itu meluahkan perasaannya pada Mark semasa di sekolah tinggi dulu. Walaupun lelaki itu nampak comel, dia sangat matang dalam segala hal. Sehinggalah mereka masuk ke universiti bersama-sama.

Saat itu semuanya mula berubah. Renjun mula sibuk dengan tugasan pelajaran juga tugasan persatuan yang diikutinya. Tetapi dia tidak memutuskan hubungannya dengan Mark. Dia tetap menyayangi lelaki itu. Atau lebih tepat lagi, Mark adalah satu-satunya lelaki yang dia cintai.

Mark merasa kesunyian. Dia merasa sunyi tanpa Renjun. Malah, kawan-kawannya juga tidak mampu menghiburnya.

Pada saat itulah Mark bertemu seseorang yang benar-benar unik. Lee Haechan. Lelaki yang bersifat sangat berlawanan dengan Renjun. Haechan seorang yang sentiasa riang. Dia tidak mengeluh dan sentiasa membuatkan Mark merasa bahagia dan senang. Mereka bertemu di kafe universiti. Haechan bekerja di sana dan Mark selalu mengunjunginya.

Tanpa disedari, perasaan Mark mula berubah. Jika sebelumnya dia asyik mencari Renjun setiap hari, kali ini Mark mula mencari Haechan setiap hari. Haechan tahu mengenai hubungan Mark dengan Renjun. Dan tidak pernah sama sekalipun dia berniat hendak menjadi orang ketiga.

Tapi Mark sepertinya sudah tidak boleh hidup tanpa Haechan. Jika Haechan mengelak, dia akan mengganggu lelaki itu setiap hari. Dan Haechan, sudah menjadi sifatnya untuk sentiasa riang dan melayan Mark.







"Saya dah tak boleh teruskan hubungan ni, Renjun."

Renjun tidak memberi sebarang reaksi. Sepertinya dia sudah menduga ini akan terjadi.

"Awak sangat sibuk. Dan saya memerlukan seseorang."

"Kenapa awak tak cakap awak suka pada Haechan je?" Renjun bersuara dingin. "Tak perlu nak libatkan urusan saya yang sibuk."

"Maaf."

Perbualan menjadi dingin dan Renjun menerima keputusan itu. Dia berlalu pergi sambil mengucapkan semoga bahagia kepada Mark.

Mark, dengan perasaan gembira berlari kepada Haechan. Dia menceritakan semuanya.

"Awak nak kan jadi boyfriend saya?" tanya Mark dengan wajah penuh bersinar dan teruja.

Haechan turut tersenyum sambil mengangguk. "Sudah tentu."

Namun, perasaan bahagia untuk kedua pasangan ini tidak begitu lama. Mark menerima panggilan dari kawan baiknya Jaemin yang memberitahu bahawa Renjun kemalangan. Hari bahagia itu bertukar tragedi dalam masa sekelip mata sahaja. Renjun disahkan meninggal dunia. Dan segala-galanya menjadi suram buat Mark mahupun Haechan.






To be continue.....

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now