Chapter 10

529 20 3
                                    

Hari itu berlalu dengan sangat lambat. Hujan lebat di luar sana membuatkan kafe menjadi sunyi sepi kerana cuaca tidak begitu baik sejak pagi lagi.

Haechan bekerja seorang diri di kafe kerana itu adalah hari cuti Mark untuk minggu itu. Perasaan Haechan seperti sudah tidak dapat dibaca. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia perlu rasakan.

"Lee Haechan."

Panggil satu suara merdu membuatkan dia menoleh pantas. Lelaki yang amat dia kagumi berdiri di situ dengan senyuman manis.

"Baekhyun hyung..."

Baekhyun tersenyum semakin lebar sebelum berjalan mendekati Haechan. Dia menghulurkan kopi hangat pada lelaki itu yang mana dia juga memegang cawan berisi kopi yang sama.

"Kopi hangat baik diminum dalam cuaca macam ni."

Haechan tersenyum manis sebelum mencapai cawan itu. "Terima kasih, hyung."

Baekhyun adalah manager kafe itu. Boleh dikatakan dia adalah bos kepada Haechan, Mark dan tiga orang lagi pekerja yang lainnya. Tahap hormat Haechan pada lelaki itu amat tinggi. Boleh dikatakan dia meng-idolakan Baekhyun.

Dia kenal Baekhyun semasa mula bekerja di situ. Lelaki itu tidak pernah pilih kasih pada sesiapa. Dia amat profesional dalam bekerja. Dalam masa yang sama, sentiasa membuat pekerja-pekerjanya selesa bekerja. Oleh sebab itu, majoriti pekerja tidak mahu berhenti kerana jarang mendapat manager seperti itu.

"Saya perasan awak dan Mark dalam masalah lagi." Baekhyun memandang Haechan sayu.

Haechan hanya mendengus perlahan. Berbeza jika dia membincangkan perkara itu dengan kawan-kawannya, dia tidak merasa terlalu sedih. Mungkin kerana Baekhyun bukan dari kalangan kawan yang sentiasa ada dengannya.

"Awak nak saya jujur?"

Haechan memandang Baekhyun yang kini merenungnya dengan wajah tersenyum. Dia mengangguk tanpa dia dapat menghentikan perbuatan itu. Dia seperti tidak mahu mendengar kenyataan. Tapi dalam masa yang sama, dia mahu mendengar pendapat Baekhyun kerana lelaki itu jarang masuk campur urusannya.

Baekhyun tahu mengenai hubungannya dengan Mark. Tapi manager itu tidak pernah tahu secara mendalam setiap yang berlaku. Oleh sebab itu, dia tidak begitu masuk campur.

"Tak salah kalau awak nak mempertahankan hubungan ni." Baekhyun bersuara lembut. "Tapi awak kena tahu bila awak kena berhenti."

Haechan hanya memandang lelaki itu.

"Mark budak yang baik." Baekhyun mengukir senyuman apabila menyebut nama lelaki itu kerana takut ia adalah sesuatu yang akan membuat Haechan bersedih. "Tapi dia masih terlalu bodoh untuk melihat apa yang dia perlukan."

Haechan hampir tersenyum mendengar komen lelaki itu yang tidak bertapis.

"Mark masih mencintai awak." ujar Baekhyun. "Itu saya pasti."

Haechan mengelipkan matanya memandang Baekhyun. "Macam mana awak tahu?"

Baekhyun ketawa kecil. "Awak lupa saya kenal dengan suami saya sejak sekolah rendah lagi?"

Haechan tahu. Baekhyun telah berkahwin dengan Chanyeol, abang sepupu Chenle yang merupakan pengusaha kaya.

"Suami saya tu pun sama bodoh dengan Mark dulu." Sekali lagi Baekhyun bersuara tanpa ada tapisan. "Susah sangat dia nak tahu dia perlukan saya."

Haechan tersenyum. Mendengar ada pasangan yang bahagia, dia merasa gembira.

"Dia masih tak nampak yang dia perlukan awak dalam hidupnya." sambung Baekhyun. "Sebab tu dia masih tak hargai awak. Tapi dia mencintai awak."

"Macam mana awak tahu?" Haechan berkerut kerana dia sendiri sudah tiada keyakinan mengenai hal itu.

"Sebab dia tak lari dari awak." jawab Baekhyun. "Dia tahu apapun perbuatannya... Awak ada di sini bersamanya. Kalau dia dah tak mencintai awak, dia dah lama cari orang lain."

"Tapi dia tak boleh buang Renjun dari dalam hidupnya." gumam Haechan.

"Renjun?" Baekhyun mengangkat keningnya. Dia tidak tahu mengenai hal itu bagaimanapun dia seperti mendapat sedikit idea. "Kalau ada orang lain... Sama ada dia merasa bersalah atau terhutang budi. Kalau tak, dia pasti dah kembali pada lelaki tu."

Haechan segera tunduk. Jika Renjun masih hidup, Mark pasti kembali pada lelaki itu. Oleh kerana dia tidak boleh berbuat demikian, dia hanya membiarkan Haechan menempel dalam hidupnya.

Baekhyun menepuk bahu Haechan. "Mungkin satu-satunya cara untuk membuat Mark tahu apa yang dia perlukan... Adalah dengan membiarkannya sendiri."




++++++++++++++++++++++++++++++




Mark berdiri dalam hujan itu seorang diri sambil memegang payung yang dibawanya bagi mengelakkan dia basah. Dia menatap sayu ukiran nama yang berada di hadapannya itu.

Hampir setiap hari selepas pertemuannya dengan ibu bapa Renjun, Mark datang melawat pusara itu. Dia hampir melupakan kepentingan hidupnya.

"Saya datang lagi."

Gumam lelaki itu yang hanya didengar oleh dirinya sendiri.

"Saya rasa saya tak boleh kalau tak datang kat sini." Mark tergelak sendiri. "Saya takut saya akan lupakan awak."

Mark memejamkan matanya apabila teringat bagaimana dia hampir bahagia bersama Haechan sebelum ulang tahunnya. Bagaimana dia hampir melupakan Renjun.

"Apa perlu saya buat?" Tanya Mark yang tahu dia tidak akan menemui jawapannya. "Jeno dan Jaemin dah tak jawab panggilan saya."

Memang benar. Setelah mesej panjang lebar yang ditinggalkan oleh Jeno:

Lee Jeno

Yah Lee Mark!!! You're the worst person ever!! Aku dah cuba tolerate banyak dengan kau! Tapi kau makin menjadi-jadi!

Sampai bila kau nak siksa hidup Haechan?! Kau ingat Renjun akan balik dengan kau ke?! Kau ingat Renjun akan hidup semula ke?!

Kau tahu tak macam mana susahnya Haechan prepare surprise untuk kau??! Kau memang tak guna!!

Mark mendengus kuat mengingati mesej itu. Ada banyak lagi kandungan mesej itu dan ia tidak terhenti di situ, tapi Mark sudah tidak mahu mengingatinya. Dan mesej yang ditinggalkan oleh Jaemin pula amat pendek dan ringkas:

Na Jaemin

Tinggalkan Haechan.

Kenapa tiada siapa yang memahaminya? Malah, dua kawan baiknya itu langsung tidak memihak padanya.

Chenle dan Jisung langsung tidak menghubunginya. Tapi dia tahu, kedua-dua orang itu sudah pasti berpihak pada Haechan.

"Apa saya perlu buat, Renjun?" Tanya Mark. Airmatanya tidak mengalir. Tapi hatinya menangis. "Saya dah buntu. Perlu ke saya tinggalkan Haechan?"

Mark memandang sekeliling. Tiada sesiapa di situ selain dirinya membuatkan dia merasa sedikit lega dan selesa.

"Saya pentingkan diri kan? Saya sepatutnya biarkan Haechan pergi. Saya sepatutnya hidup sendiri dari dulu. Awak akan menemani saya kan?"

Angin bertiup kuat membuatkan air hujan memukul Mark walaupun lelaki itu memakai payung. Seolah-olah sedang memarahinya. Seolah-olah cuba memberi peringatan padanya.

Malangnya, Mark tidak tahu mengenai hal itu.






To be continue.....

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now