Chapter 2

667 24 2
                                    

Seawal pagi lagi Mark sudah berangkat tanpa menunggu Haechan. Walaupun mereka bekerja di tempat dan masa yang sama, lelaki itu langsung tidak menunggu yang satu ini.

Ini juga salah satu kebiasaan Mark. Jika dia bangun dengan mood yang tidak baik, maka dia tidak akan menunggu untuk pergi kerja dengan Haechan. Dia akan bangun sejam lebih awal hanya untuk mengelak lelaki itu.

Haechan hanya mampu berusaha menyenangkan hatinya sendiri. Jika itu berlaku, dia juga hilang mood untuk pergi kerja kerana dia akan bertemu lelaki itu juga akhirnya.

Haechan memandang roti bakarnya. Sarapan seorang diri sudah menjadi kebiasaan baginya. Walaupun dia tinggal bersama Mark, tapi boleh dikatakan seminggu sekali sahaja mereka sarapan bersama mengikut keadaan.

Kadangkala, dia menyoal dirinya. Mengapa dia bertahan? Sudah terang Mark memperlakukannya bukan seperti seorang boyfriend. Kenapa dia harus bertahan?

Dia masih ingat lagi bagaimana Mark menangis kuat semasa diberitahu mengenai berita kematian Renjun. Lelaki itu menggigil dan menjerit. Haechan hanya mampu menenangkannya.

Sebulan kemudian, Haechan mengambil keputusan untuk tinggal bersama Mark kerana lelaki itu dikejarkan ke hospital akibat tidak makan. Sikap dingin Mark sudah bermula sejak itu. Dan sudah empat tahun berlalu.

Mark hanya akan bersikap baik padanya sewaktu ulang tahunnya sahaja. Dia akan membawa Haechan keluar dan memberikannya hadiah. Saat itu, Haechan jatuh cinta sekali lagi dengan lelaki itu. Namun, keesokkan harinya semuanya menjadi dingin semula.

Mereka sering bergaduh. Sudah jelas Haechan juga memerlukan perhatian. Dia juga akan selalu mencemburui keistimewaan Renjun di hati Mark. Tapi dia tidak akan pernah menang.

Haechan kerap menyoal jika Mark mencintainya. Dan Mark akan marah. Dia akan memarahi Haechan kerana berani menyoal soal perasaannya.

Harinya di kafe berjalan dengan suram seperti biasa. Mark hanya bercakap dengannya sepatah sahaja. Oleh kerana sudah terbiasa, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu.

"Haechan!!"

Haechan berpaling ketika membersihkan kaunter. Itu sudah waktunya mereka menutup kafe itu. Kelihatan Chenle berjalan masuk bersama Jisung, Jeno dan Jaemin. Chenle tersenyum lebar sambil mengangkat sesuatu. Soju.

"Chenle." Gumam Haechan.

"Nasib kamu belum pulang." Chenle segera duduk di satu meja. "Jom kita lepak dulu."

Kafe tempat Mark dan Haechan bekerja adalah milik keluarga Chenle. Oleh sebab itu, kepercayaan lebih diberikan pada mereka berdua untuk mengusahakannya.

"Mark!" Panggil Chenle apabila melihat lelaki itu keluar dari bilik belakang.

"Oh..." Mark mengelipkan matanya. "Kamu datang."

"Mestilah. Siapa tak nak?" Chenle duduk di satu meja bersama yang lain.

"Haechan hyung." Panggil Jisung. "Boleh saya dapatkan jus atau air yang lain? Saya tak nak mabuk."

Jeno memukul bahu lelaki itu. "Kau bukannya ada kerja esok."

"Jisung kerja?" Haechan membesarkan matanya.

"Hanya intern." Jisung mengusap tengkuknya.

Haechan hanya tersenyum kemudian berjalan ke belakang kaunter. Saat itu, dia terpandang coklat panas yang dia buatkan untuk Mark. Masih belum disentuh. Dan ia sudah sejuk.

Haechan segera mencapai minuman itu dan menumpahkannya di singki sebelum membuatkan jisung minuman baru. Dia membuka apronnya sebelum menyertai mereka di meja. Mark sudah duduk di situ.

"Terima kasih, Haechan hyung. You're the best!" Jisung mencapai minuman yang Haechan berikan.

Haechan hanya mengukir senyuman. Dia beralih memandang Jeno dan Jaemin yang duduk bersebelahan. "Kamu berdua dah berbaik?"

Jeno memandang Jaemin kemudian mengangkat bahunya. "Dia datang dengan bunga mawar dan coklat. Saya maafkanlah."

"Awak yang paksa saya bawa." Jaemin berkerut. "Saya bawalah."

"Dah, dah." Chenle meleraikan pergaduhan itu. "Nanti kamu gaduh lagi. Saya malas nak layan ni."

Mereka mula berbual dan minum soju yang dibawa. Kadangkala, mereka bergelak ketawa mengenai sesuatu yang lucu.

Hanya pada saat seperti itu lah Haechan dapat melihat senyuman Mark. Saat mereka berkumpul dengan kawan-kawan yang ini. Sebab itu, jika Mark marah padanya, dia akan meminta tolong dari kalangan mereka berempat. Hanya mereka yang mampu menyejukkan hati Mark.

Haechan tidak begitu banyak berbual. Dia hanya ketawa dan minum minumannya. Dia tidak berdaya. Dia seperti merasa sangat asing. Jeno dan Jaemin merupakan kawan baik Mark dan Renjun sejak dulu. Malah, sebelum Haechan mengenali mereka. Chenle pula berkawan dengan Haechan kerana Haechan adalah anak kepada pengasuh mereka dulu. Jisung adalah kawan Chenle dan begitulah bagaimana mereka semua boleh berkawan.

Haechan kadangkala merasa terasing. Bukan sebab kesemua kawannya ini tidak menyukainya. Tapi kesemua mereka berasal dari keluarga kaya. Mereka tidak pernah menyinggung Haechan mengenai status itu. Tapi Haechan sentiasa menanamkannya di kepala. Bahawa dia tidak perlu merasa aneh jika suatu hari nanti dia terkeluar dari kelompok itu.

Chenle adalah orang yang paling dia rapat antara semua. Chenle paling memahaminya dan sentiasa melihat jika Haechan merasa asing. Tapi yang lain juga tidak pernah melayannya dengan buruk.

Mark amat menyayangi kawan-kawannya ini. Dia merasa seperti semua masalah dapat dilupakan. Sayangnya, perkara itu tidak akan pernah terjadi jika dia hanya berduaan dengan Haechan.

"Haechan-ah." panggil Jeno ketika melihat lelaki itu sudah merebahkan kepalanya di meja.

"Mmm?" Haechan masih mendengar namanya dipanggil bagaimanapun kepalanya terasa begitu berat.

"Awak dah mabuk sangat ni." ujar Jeno.

Saat itu, Haechan sudah tidak dapat mendengar. Matanya tertutup rapat tidak mampu terbuka lagi. Suara kawan-kawannya semakin sayup sebelum hilang dari telinganya.

"Dia dah tidur." Jisung memeriksa Haechan sebelum memandang jam di tangannya. "Dah lewat malam ni. Kita perlu balik."

Chenle mengangguk sambil menggosok mukanya. "Jom lah. Kepala saya pun dah pening ni."

"Awak boleh angkat Haechan?" tanya Jeno kepada Mark. "Kalau tak kami bantu."

Mark hanya menggelengkan kepalanya. "Boleh je. Kamu balik dulu lah."

"Okay." Jaemin menepuk bahu lelaki itu. "Jumpa lagi, Mark."

Mark hanya mengangguk ketika Jaemin berjalan melintasinya. Jeno pula berdiri seketika. Dia merenung Haechan dengan pandangan yang tidak dapat dipastikan sebelum memandang Mark dan melambai. Dia segera menyusul Jaemin.

Jisung pula membantu Chenle mengemaskan barang-barang mereka.

"Saya akan kemaskan nanti meja ni." ujar Mark. "Tak perlu susah-susah."

Jisung dan Chenle hanya mengangguk. Saat itu, Chenle merenung Haechan agak lama sebelum memandang Mark. "Tolong berlaku baik dengan dia, Mark. Dia pun manusia. Ada hati dan perasaan."

Mark tidak menjawab. Itulah kelakuannya setiap masa. Jika sesiapa menasihatinya, dia tidak akan menjawab.

"Saya rasa kasihan dengan dia." ujar Chenle. "Kalau awak memang tak ada hati dengan dia, awak lepaskan je dia pergi." Chenle segera berdiri dan menepuk bahu Mark kemudian mengusap lembut rambut Haechan sebelum dia berlalu pergi.

Jisung pula berdiri dalam keadaan kekok. Dia mengusap tengkuknya sebelum berlalu pergi menyusul Chenle.

Mark mendengus perlahan. Dia memandang botol-botol minuman mereka sebelum memandang Haechan yang nyenyak tidur di sebelahnya. Hatinya sayu. Dia masih mengingat dengan jelas saat dia jatuh cinta dengan Haechan. Entah di mana silapnya. Bagaimana dia membuang iblis dalam dirinya ini.




To be continue.....

Ship paling aku suka dalam NCT adalah MarkHyuck. Banyak lagi. Tapi aku putuskan untuk buat story BL pertama aku MarkHyuck. Harap korang enjoy.

xoxo, M

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now