Chapter 27

501 21 10
                                    

Haechan tidak tahu seberapa pantas dia berlari menaiki bas dan kemudian turun hanya untuk menuju ke suatu tempat. Dia sudah tidak peduli dengan orang sekeliling yang melihatnya. Mujur tidak begitu ramai orang yang ada kerana ia sudah lewat malam.

Sepanjang perjalanan, Haechan membaca semua mesej yang Mark tinggalkan. Walaupun dia sudah memadam nombor lelaki itu, dia masih hafal dan tahu ia dari Mark.


+82 XX XXXX YYYY 

Jangan lupa malam ni. [2.15 p.m.]

Saya harap awak nampak bunga matahari yang saya tinggalkan untuk awak. [4.29 p.m.]

Dugun, dugun! Tak lama lagi. [6.50 p.m.]

Awak akan terlambat? [7.19 p.m.]

Mungkin awak tertidur. [7.41 p.m.]

Awak dah baca. Jalan sesak? [8.46 p.m.]

Haechan-ah. Awak akan datang kan? [9.09 p.m.]

Langit cerah malam ni. Tapi keadaan sejuk. Jangan lupa pakai jaket. [10.58 p.m.]


Itu adalah mesej terakhir yang Mark tinggalkan. Sepatutnya, Mark memintanya datang ke lokasi yang di hantar pada jam 7.00 p.m. lagi. Tapi dia tidak mempedulikannya. Malah, bunga matahari itu ditemuinya sudah lewat jam 7. Dan dia juga mendengar pesanan suara dari Mark yang baru sahaja dia terima pada jam 11.58 p.m.

"Ahh... Ehem... Haechan-ah. Saya tak tahu awak akan mendengar ini atau tidak. Tapi... Selamat ulang tahun. Awak dah bertambah usia setahun lagi. Saya harap awak akan menemui kebahagiaan awak. Semoga tahun ini akan bermakna buat awak. Saranghae~"

Haechan menutup telefon itu. Dia berlari sekuat hati sambil mengesat airmatanya. Mujur sahaja dia tahu di mana lokasi itu kerana dia pernah datang ke tempat itu bersama Mark suatu ketika dahulu. 

Dia cuma mampu berharap dia tidak akan terlambat. Peperangan ini terlalu memenatkan. Dia sudah tidak mampu berjuang. Dan dia ingin mengakhirinya secepat mungkin.

Haechan menolak dengan kuat pintu besi yang membolehkan dia masuk ke kawasan atas bumbung itu. Angin bertiup lembut membuatkan keadaan menjadi sejuk. Bagaimanapun, oleh kerana dia berpeluh, dia tidak merasai itu semua.

Haechan memandang sekeliling. Kilauan lampu berwarna-warni dihias di sekeliling tempat itu. Malah, ia membentuk satu jalan dari tempat dia berdiri ke bahagian tengah. Belon berwarna merah dan putih diikat di segenap arah.

 Belon berwarna merah dan putih diikat di segenap arah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Haechan liar mencari kelibat seseorang. Kelihatan Mark sedang berdiri memandangnya sambil memegang kotak kek dan gumpalan tali belon yang sepertinya baru sahaja dia cabut. Belon itu masih kekal bentuknya dan bergerak-gerak ditiup angin.

"Oh..." Mark kelihatan terkejut. Bagaimanapun wajah lelaki itu kelihatan merah dan membengkak menandakan dia baru habis menangis. "Saya ingatkan awak tak datang."

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now