Haechan membuka matanya perlahan-lahan. Dalam kegelapan itu dia dapat mendengar sayup-sayup suara tangisan. Dan dia tahu siapa pemilik tangisan itu.
Lee Mark.
Hampir tiap malam sejak Haechan pulang ke rumah itu, dia terjaga dan mendengar Mark menangis. Dia tidak pernah ingin mengambil tahu sebabnya. Dan Mark tidak pernah perasan bahawa dia terjaga.
Haechan tahu Mark menangis disebabkan dia. Dia tahu dia adalah penyebab kepada kesakitan Mark selama ini. Akan tetapi, dia tidak dapat memujuk hatinya untuk mempunyai belas kasihan. Adakah dia bersalah?
Kadangkala dia berfikir. Kenapa dia masih berada di situ? Rasa kasihannya pada Mark sudah tiada. Malah, dia juga seperti belum mahu memaafkan lelaki itu. Kenapa dia harus tinggal?
Mungkin disebabkan dia tidak menjumpai jawapan kepada persoalan itu, dia memilih untuk bertahan. Dia cuma berharap suatu hari dia tidak akan merasa kasihan saat dia akan meninggalkan Mark.
Haechan tidak membenci Mark. Tidak pernah sekali terlintas perasaan itu di dalam hatinya. Malah, rasa cintanya pada lelaki itu masih ada. Dia cuma tidak tahu seberapa banyak dan kuat lagi perasaan itu.
Apa yang dia tahu, dia sudah tidak memerlukan Mark dalam hidupnya. Dan mungkin dia tidak pernah memerlukan lelaki itu dalam hidupnya. Jadi apa yang dia tunggu?
Haechan masih dapat mendengar esakkan Mark kerana lelaki itu benar-benar di belakangnya. Tangan Mark memeluk tubuhnya. Seolah takut dia akan hilang.
++++++++++++++++++++
Mark duduk kekok bersama Chenle, Jisung, Jaemin dan Jeno di rumah yang tidak asing itu iaitu rumah Jeno. Mungkin disebabkan sudah lama dia tidak menyertai kawan-kawannya ini, dia merasa canggung.
Chenle yang membawa mereka untuk berkumpul. Dan dia juga yang mencadangkan agar Mark dipanggil bersama. Walau apapun yang sudah terjadi lelaki itu tetap kawan mereka.
Haechan pula meminta diri kerana ingin ke rumah Taeyong atas sesuatu urusan. Akan tetapi, dia sudah memberitahu Chenle bahawa dia sengaja tidak datang kerana mengelak situasi itu.
Mark bersyukur dia tidak dibuang oleh kawan-kawannya. Dia tidak tahu bagaimana hendak membetulkan kesemua kesalahannya. Jika dia harus kehilangan Haechan suatu hari nanti, dia tidak mahu kehilangan kawan-kawannya ini juga.
"Hyung."
Mark memandang Jisung. Lelaki itu kini memandang wajahnya sayu.
"Awak okay ke?" tanya Jisung. "Awak nampak pucat."
Sejujurnya, Mark nampak penat. Wajahnya lesu tiada seri. Malah lebih teruk dari wajah yang dia tunjukkan ketika dia berkabung untuk Renjun.
"Saya baik-baik je." Mark mengukir senyuman terpaksa.
Jisung tidak bertanya lagi. Dia hanya memandang lelaki itu masih merasa risau. Jeno dan Jaemin yang mengenali Mark sejak sekian lama tahu bahawa lelaki itu mempunyai banyak kerisauan. Chenle turut bersimpati.
"Hyung..." Jisung bersuara lembut. "Kalau awak tak gembira, awak boleh pulang. Kami tak nak paksa awak."
Mark mula rasa bersalah. Dia tahu kawan-kawannya ini tiada salah dan bukan penyebab kepada kemurungannya.
"Hyung..." Jeno menepuk paha lelaki itu. "Awak okay ke?"
Jaemin dan Chenle hanya memandang lelaki itu sayu. Mark hanya menarik nafas panjang berusaha menahan perasaannya.
"Awak kena tahu..." giliran Jaemin untuk bersuara. "Walaupun kami marah pada awak selama ni pasal Haechan, kami tak berpihak kepada sesiapa."
Mark mengangguk. Dalam hatinya, dia berterima kasih. Selama ini dan malah sehingga kini dia menyangka kawan-kawannya itu berada di pihak Haechan.
"Awak kawan baik kami." Jaemin bersuara lagi. "Haechan juga kawan baik kami. Kami hanya nak yang terbaik untuk kamu berdua. Sama ada kamu masih bersama... Ataupun tidak."
Airmata Mark mula bergenang. Dia mengukir senyuman kemudian mengangguk. "Terima kasih."
"Hyung akan tunggu Haechan?" tanya Jeno.
Mark tergelak sedikit kemudian mengangguk. "Saya akan tunggu dia."
Jeno memandang kawan-kawannya dengan perasaan yang sukar digambarkan.
"Saya mesti tunggu dia." suara Mark sudah mula serak. "Tak kira berapa lama... Saya akan tunggu dia."
"Kalau memang Haechan untuk awak..." Jaemin bersuara. "Dia akan kembali pada awak juga."
"Saya takut saya terlambat." Mark mengesat airmatanya. "Itu je. Saya takut saya terlambat."
"Selagi dia tak kata dia dah tak mencintai awak..." Chenle mencelah. "Awak masih belum terlambat, hyung."
Mark hanya memandang Chenle sayu. Dia berharap kata-kata lelaki itu adalah benar. Dia hanya berpegang pada rasa cinta yang tinggal itu walaupun hanya sedikit.
"Beri dia masa, hyung." Jisung bersuara. "Beri Haechan masa untuk dia sembuh."
Mark tahu, semua luka yang dia berikan pada Haechan amat mustahil untuk sembuh. Oleh sebab itu, jika dia perlu menunggu selama sepuluh tahun, maka dia akan melakukannya.
Mark mula membuka hatinya untuk bercerita. Apa yang dia rasa selama empat tahun itu. Bagaimana dia mengelak untuk melihat wajah Haechan selama ini kerana takut dia akan tambah jatuh cinta dengan lelaki itu. Dan bagaimana dia berusaha membohongi hatinya hanya untuk menghukum dirinya sendiri.
Chenle, Jisung, Jeno dan Jaemin mula merasa bersalah. Mungkin ada yang salah dari pihak mereka sebagai kawan. Mungkin mereka tidak pernah berjaya untuk membuka hati Mark untuk menceritakan semua masalahnya. Kerana selama empat tahun itu, mereka tiada jawapan melainkan melihat Mark menyiksa Haechan.
Saat ini, mereka dapat merasai kesakitan Mark. Mungkin Haechan terluka teruk selama empat tahun itu. Tapi Mark juga terluka kerana membohongi hatinya. Dia cuma gagal mengajar dirinya untuk menerima hakikat membuatkan Haechan menjadi mangsa.
Jaemin dan Jeno berpandangan. Sebagai kawan baik Mark yang paling lama, mereka langsung tidak membantu lelaki itu. Mereka mencuba. Tetapi tidak sedaya-upaya selayaknya. Mereka membiarkan Mark hidup dengan menghukum diri.
"Saya terima akibatnya sekarang." Mark tergelak sambil mengesat airmatanya yang masih mengalir itu. "Patut ke saya lepaskan dia?"
Pertanyaan itu adalah sesuatu yang tidak pernah Mark lontarkan. Kerana dia sentiasa takut akan jawapannya.
"Biar Haechan yang putuskan." ujar Jaemin. "Jika dia ingin dilepaskan, lepaskan dia. Sebelum ia tiba, awak berusaha lah."
Mark hanya mengangguk. Wajahnya kelihatan sangat penat. Tapi dia tidak boleh mengeluh. Jika dibandingkan dengan pengorbanan Haechan, apa yang dia lakukan sekarang masih sedikit.
Saat itu, Chenle, Jisung, Jeno dan Jaemin dapat melihat jawapan kepada teka-teki mereka. Haechan adalah dunia Mark. Sebagaimana Mark adalah dunia Haechan.
To be continue.....
Ecehhh. Soulmate punya thing. Macam ni lah kalau dah obses dengan MarkHyuck. HAHAHA
xoxo, M
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...