Haechan membuka matanya perlahan-lahan. Dia langsung tidak ingat bagaimana dia boleh terlelap. Keadaan masih gelap. Bagaimanapun, lampu meja yang masih menyala membuatkan dia dapat melihat keadaan sekeliling.
Buat seketika, dia merasakan bahawa dia sedang bermimpi kerana itu adalah bilik yang dia tinggalkan sejak sebulan lalu. Akan tetapi, satu tangan yang kini berlingkar di badannya membuatkan dia kembali ke dunia nyata.
Haechan memandang tangan itu. Urat-uratnya kelihatan. Sentuhan itu juga membuatkan dia tahu siapa pemiliknya tanpa perlu melihat wajahnya. Wangi bilik itu masih sama seperti sebelumnya tiada yang berubah.
Dia teringat kembali apa yang berlaku hari ini. Dia seharusnya mengambil pakaian dan terus keluar tanpa bertemu dengan Mark. Bagaimanapun, rancangan itu gagal kerana Mark pulang terlalu awal daripada yang sepatutnya.
Wajah Mark ketika melihatnya amat sukar untuk dibaca. Seolah dia tidak pernah melihat riak wajah itu sebelum ini.
Perkara yang paling tidak boleh dilupakannya adalah bagaimana Mark menangis teresak-esak. Tangisan itu lebih kuat berbanding ketika dia menangisi kematian Renjun. Haechan hampir tidak mengenalinya.
Dan Mark memberitahu Haechan bahawa dia mencintai lelaki itu. Adakah itu benar? Atau mungkin sebab Mark tidak mahu hidup bersendirian?
Haechan bergerak untuk menjauhkan dirinya dari Mark. Bagaimanapun gagal. Tangan Mark yang memeluknya dari belakang terlalu ketat untuk dileraikan. Seolah-olah dia takut jika Haechan diambil orang.
Haechan mendengus perlahan. Dia tidak pernah merasa sedekat ini dengan Mark. Dia tidak pernah merasa sentuhan Mark yang seperti ini. Dan ini akan membuatkan fikirannya tambah kacau.
Dia sudah memutuskan segala-galanya. Dia sudah memutuskan untuk berhenti mencintai Mark. Dia sudah memutuskan untuk mengakhiri usahanya. Tapi ini membuatkan dia bingung.
Kenapa semua ini terjadi ketika dia dapat memujuk dirinya sendiri?
Mark langsung tidak mahu melepaskannya semalaman. Dia masih ingat lelaki itu tidak berhenti menangis. Dia langsung tidak dapat bercakap. Dan entah bagaimana mereka boleh berada dalam posisi itu.
++++++++++++++++++++
Haechan membuka matanya perlahan-lahan. Sekali lagi dia terbangun dari tidurnya. Tapi saat ini adalah disebabkan oleh sinar matahari yang memancar masuk dari celah-celah langsir. Dia menggosok kedua-dua matanya sambil memandang sekeliling.
Mark sudah tiada di sebelahnya membuatkan Haechan memandang sekeliling. Dia mencapai telefon bimbitnya dan memeriksa mesej. Mesej dari Johnny masih belum dibaca. Lelaki itu risau keadaan Haechan.
Dia membalas mesej itu sebelum bangun dari katilnya. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari bilik itu. Kedengaran bunyi dari dapur membuatkan Haechan berjalan ke sana.
Mark sedang berdiri melakukan sesuatu. Tatkala dia berpaling dan terpandang Haechan, wajahnya mengukir senyuman.
"Awak dah bangun?" ujar Mark ceria. "Duduk lah. Saya dah buat sarapan."
Haechan memandang meja makan itu. Hanya ada benda yang biasa. Sandwich telur yang diulit dengan mayonis serta biskut.
"Saya masih belum pandai masak." Mark mengusap tengkuknya. "Saya harap yang ni okay."
Tidak pernah sekali dalam empat tahun itu Mark membuat sarapan untuk Haechan. Ini membuatkan Haechan berfikir adakah orang yang berada di hadapannya ini adalah Mark atau bukan.
"Awak nak minum apa?" tanya Mark memandang wajah Haechan penuh harapan. "Saya buatkan."
Haechan merenung lelaki itu. Dia yakin ini bukan Mark yang dia kenali selama empat tahun ini. Terlalu besar perbezaannya.
Mark perasan mengenai riak wajah Haechan. Ini membuatkan dia takut. Dia takut jika Haechan membuka mulut, perkara yang tidak ingin dia dengari akan dilontarkan.
"Saya harap awak tak kisah kalau saya buatkan kopi susu." Mark segera berjalan ke arah kabinet tanpa menunggu balasan dari Haechan. Dia terlalu takut. Takut akan setiap langkah yang dia ambil.
Setelah dia selesai membancuh kopi susu, dia meletakkan gelas itu di meja dan memandang Haechan penuh harapan sekali lagi. "Jom kita sarapan."
Haechan masih berdiri kaku. Dia masih tidak tahu apa yang harus dilakukan. Fikirannya benar-benar bercelaru. Dia tidak menjangkakan perkara ini.
Mark menggigit bibirnya. Entah kenapa hatinya merasa sakit. Sakit bukan atas kelakuan Haechan. Tapi atas kesalahan yang dia lakukan pada lelaki ini.
Apabila dia melihat wajah Haechan sekarang ini, dia sedar dia telah membunuh Lee Haechan yang dia cintai satu ketika dulu. Haechan yang penuh dengan senyuman. Haechan yang bersinar seperti matahari.
Haechan yang dia lihat kini seperti seorang yang hidup dalam kegelapan. Seperti sedang hidup penuh dengan derita. Dan Mark tahu. Itu adalah disebabkan dirinya.
Ini membuatkan Mark berfikir. Adakah dia masih layak untuk memiliki Haechan dalam hidupnya?
Jika dia melepaskan Haechan pergi, dia yakin dan pasti bahawa dia tidak akan bertemu orang sepertinya lagi. Dia tidak akan bahagia seperti yang dia sangkal sebelum ini. Dan dia tidak akan mampu merasa ketulusan cinta sekali lagi.
Memikirkan dia telah menghancurkan hati kecil Haechan membuatkan airmatanya jatuh tanpa dia sedari. Dia tidak mampu mengawalnya. Haechan pula agak terkejut melihat lelaki itu tiba-tiba menangis. Dia tidak melakukan apa-apa langsung membuatkan dia bingung kenapa Mark berkelakuan seperti itu.
Haechan mendengus perlahan. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan saat ini. Semua rancangannya menjadi kacau. Dia seperti tidak tahu di mana dia harus berdiri.
Ingin saja dia berlalu pergi dan meninggalkan lelaki itu. Dia tidak perlu berkata apa-apa. Akan tetapi, dia masih ingat lagi betapa sakitnya rasa itu. Malah, dia merasa mual jika memikirkannya.
Jika dia melakukan itu, Mark pasti akan merasa sakitnya. Dan ini membuatkan dia tertanya-tanya. Adakah Mark akan dapat bertahan sepertinya selama empat tahun ini?
To be continue.....
Sabar ek, semua. Jangan kecam Mark. HAHAHA
xoxo, M
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...