Chapter 14

546 20 6
                                    

Sudah seminggu berlalu dan masih tiada khabar dari Haechan. Ini adalah yang paling lama Mark tidak mendengar khabar lelaki itu.

Haechan menyambung cutinya. Dan Baekhyun terpaksa mengerah pekerja yang lain untuk bekerja lebih masa termasuk Mark.

Hati Mark mula rasa tidak sedap. Pelbagai perasaan muncul dalam hatinya. Risau, marah, sedih... Dia tidak tahu mana satu yang menjadi paling utama.

Ini bukan pertama kali dia terputus hubungan dengan Haechan sebegini lama. Tapi ini adalah pertama kali dia yang menjadi penunggu. Selalunya dia yang akan menghilangkan diri. Kali ini peranan mereka terbalik.

"Mark..." 

Mark menoleh. San berjalan mendekatinya sambil membawa roti yang baru dipanggang. 

"Saya letak kat sini. Nanti awak susun kat peti ya." ujar San. Teman sekerjanya itu kelihatan lelah. Mereka jelas kekurangan pekerja.

Mark tidak membantah dan terus melakukan apa yang San suruh selepas lelaki itu kembali masuk ke dapur belakang. 

Malah kafe itu juga terasa suram. Biasanya, Haechan akan menjadi penghibur dan sentiasa menceriakan mereka semua. Akan tetapi, kali ini berbeza. Rakan-rakan sekerjanya juga perasan mengenai hal itu. Tapi tiada siapa yang berani untuk bertanya.

"Awak masih dapat bertahan, Mark?" tanya Baekhyun yang membawa beberapa gelas plastik dari dalam. 

"Saya okay je." Mark mengukir senyuman tawar. "Kalau boleh biar saya je yang ambil kerja Haechan. Kasihan yang lain."

Baekhyun ketawa. "Bukannya mereka tak dibayar. Tapi kalau mereka tak larat saya akan beritahu awak."

Mark hanya mengangguk-angguk.

"Masih tak ada khabar dari Haechan?"

Mark menggelengkan kepalanya tanpa melihat wajah Baekhyun. Dia hanya meneruskan kerjanya.

"Kalau awak risau pasal kesihatan dia..." Baekhyun bersuara. "Dia baik-baik saja. Bagi dia masa."

Mark masih tidak menjawab. Sejujurnya, dia mengelak untuk memandang wajah Baekhyun adalah atas satu sebab. Lelaki itu mengingatkannya pada Haechan. Vibe dan energi mereka benar-benar sama. Dan Mark merasa gusar mengenai hal itu.

"Oh, awak datang."

Mark segera mengangkat kepalanya apabila mendengar Baekhyun menyapa seseorang. Buat seketika, dia berharap itu adalah Mark. Bagaimanapun, itu adalah orang yang tidak dia kenali.

"Jam berapa awak habis kerja?" tanya lelaki tinggi lampai itu.

Baekhyun mengecilkan matanya sambil bercekak pinggang. "Masih awal lagi kot. Awak tunggu je lah dulu."

"Awak bekerja di hari ulang tahun perkahwinan kita." lelaki tinggi lampai itu bersuara keras. jelas rasa kecewa pada wajahnya.

Baekhyun memuncungkan bibirnya. Dia membawa dua jari pada bibirnya sebelum melekatkan jari itu pada bibir lelaki tinggi itu. "Maaf. Saya tak dapat nak elak kali ni."

Mark hanya memperhatikan mereka. Dia tahu Baekhyun sudah berkahwin. Tapi dia tidak pernah tahu siapa suami manager itu.

"Mark..." Baekhyun mengukir senyuman manis. "Ini Chanyeol. Suami saya." Baekhyun memandang lelaki tinggi lampai itu. "Ini Mark."

"Mark?" gumam Chanyeol ketika menghulurkan tangannya untuk bersalaman yang mana Mark menyambutnya.

"Ya." Baekhyun mengangguk. "Boyfriend Haechan."

Mark hampir sahaja tersedak air liurnya mendengar kata-kata itu.

"Mana Haechan?" tanya Chanyeol.

Terus terang sahaja, Mark terkejut Chanyeol mengenali Haechan. Mark bahkan tidak kenal dengan lelaki itu. Apa sahaja yang dia tidak tahu mengenai Haechan?

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now