Sudah lama Haechan tidak merasa bahagia seperti itu. Sudah hampir seminggu sejak Mark pulang ke rumah. Dan lelaki itu sudah mula melayan Haechan dengan lebih baik.
Ia masih kekok. Mungkin kerana sudah lama Mark tidak melayan Haechan layaknya seorang kekasih. Tapi Haechan tidak kisah. Ini sudah cukup untuknya. Maksudnya, ada perkembangan pada hubungannya.
Setiap hari dia dan Mark akan sarapan dan makan malam bersama. Mereka juga berbual walaupun tidak panjang. Mark juga tidak begitu dingin lagi.
"Johnny hyung!" Jerit Haechan apabila lelaki tinggi lampai itu membuka pintu. Dia terus melompat dan memeluk Johnny.
"Awak nampak gembira sangat ni." Sindir Johnny yang membalas pelukannya.
Mereka berjalan masuk ke dalam rumah. Kelihatan Taeyong sedang baring di paha Jaehyun. Doyoung pula sibuk menyusun minuman di atas meja bersama Jungwoo. Taeil hanya duduk sopan. Dan Yuta sedang kebosanan. Dia sepertinya sudah mengantuk.
"Dah sampai pun." Taeyong tersenyum melihat adiknya yang satu ini.
Haechan terus berlari ke arah lelaki itu dan memeluknya. "Rindu."
Taeyong hanya tersenyum sambil membelai rambut Haechan. "Dah, dah. Pergi cubit Yuta. Dia dah nak tidur tu."
Haechan melepaskan pelukannya. Dia segera duduk di sebelah Johnny. Dia tahu Taeyong hanya menyakat Yuta.
Haechan boleh dikatakan mempunyai dua kelompok kawan yang berbeza. Satu, kawan-kawannya dengan Mark iaitu Jisung, Jaemin, Chenle dan Jeno. Dan satu lagi yang ini.
Taeyong, Yuta, Doyoung dan Johnny adalah kawannya semasa di kampung. Mereka adalah senior Haechan semasa di sekolah. Bagaimanapun, Haechan pindah ke bandar selepas masuk ke sekolah menengah.
Selepas sekolah, Haechan bekerja di bawah keluarga Chenle. Taeyong pula bekerja di sebuah syarikat menjual pakaian. Dan dia sering ke luar bandar untuk mempromosikan syarikat mereka.
Dia bertemu Jaehyun, kekasihnya saat ini, semasa dia menyertai festival fesyen. Jaehyun adalah model. Dia juga yang merekomenkan Johnny untuk menjadi model dan sekarang mereka berdua bekerja bersama.
Yuta bekerja di sebuah kedai yang menjual aksesori. Doyoung pula bekerja di sebuah syarikat di bahagian pejabat bersama Taeil dan Jungwoo yang ditemuinya di sana. Seperti itulah bagaimana mereka semua boleh berkawan.
Mereka tidak pernah bertegur sapa degan Mark. Malah tidak pernah bertemu lelaki itu. Hanya Taeyong dan Jaehyun pernah bertemu Mark semasa mereka mengunjungi kafe tempat Haechan bekerja. Selain dari itu, mereka hanya mendengar melalui cerita.
"Haechan..." Doyoung merenung lelaki itu. "Awak nampak gembira. Mark masih tak buat hal?"
"Awak masih dengan budak tu ke?" Yuta mengangkat keningnya. "Saya ingat dah putus."
"Hyung..." Haechan memuncungkan bibirnya. "Berilah dia peluang."
"Saya pun tak suka dia tu." Komen Taeyong.
"Hyung..." Haechan mengeluh.
"Awak tak boleh salahkan kami. Tengok macam mana dia layan awak tu." Taeyong menjeling.
"Faham lah keadaan dia."
"Dah beribu kali kami dengar cerita dia." Komen Yuta. "Kalau dia kehilangan isteri yang dia dah kahwin 10 tahun saya terima dia tak move on."
"Kan." Sokong Doyoung. "Lagak lelaki tu macam dia kehilangan ibu."
Haechan mendengus perlahan. Dia tahu, reputasi Mark tidak akan pernah baik di mata kawan-kawannya ini. Apa tidak. Sejak dulu Mark asyik bersikap buruk dan menghilangkan keceriaan Haechan.
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...