Chapter 15

545 23 4
                                    

Loceng pintu rumah berbunyi membuatkan Jaemin dan Jeno yang sedang menonton tv memandang ke pintu. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum Jaemin bangun dari sofa dan berjalan ke arah pintu.

Biasanya, yang datang di waktu-waktu rawak seperti itu hanya kawan-kawannya.

Walau bagaimanapun, alangkah terkejutnya dia melihat seseorang yang sepertinya tidak akan dia sangka untuk datang ke situ.

Mark sedang berdiri dengan wajah yang sukar untuk dibaca. Lelaki itu tunduk dan memandang Jaemin teragak-agak. Seolah mereka berdua adalah orang asing dan saling tidak mengenali.

"Siapa tu, Jaemin?" tanya Jeno dalam keadaan menjerit.

Jaemin tidak menjawab. Dia juga tidak membuka mulut untuk menyapa Mark. Dia hanya merenung lelaki itu. Saat ini, dia tidak tahu apa yang harus dirasakan. Marah atau simpati?

"Boleh saya masuk?" tanya Mark. Tidak pernah dia meminta izin untuk masuk ke rumah itu. Selama ini dia tidak merasa asing. Tapi kali ini berbeza.

Jaemin berfikir seketika sebelum menolak pintu itu seluasnya. Mark segera berjalan masuk. Sejujurnya, tiada perubahan langsung di rumah itu sejak kali terakhir dia datang. Jeno yang sedang sibuk makan biskut agak terkejut melihat Mark. 

"Hai, Jeno."

"Hai." Jeno membalas sapaan itu agak janggal.

Mark memandang sekeliling. Berharap dia akan melihat seseorang yang dia harapkan berada di situ. Bagaimanapun, tiada kelibat orang lain selain daripada pasangan kekasih itu.

"Dah lama tak jumpa." Mark menggumam ketika duduk di sofa berhadapan Jeno.

"Dekat tiga bulan." ujar Jaemin lalu duduk di sebelah Jeno.

Mark tidak membalas. Dia tahu itu kenyataannya. Kali terakhir dia berjumpa dengan kawan-kawannya ini adalah pada hari sebelum ulang tahunnya. Hanya mesej terakhir mereka menjadi noktah.

"Dia ada datang kat sini?" tanya Mark. Dia tidak mahu berselindung. 

"Haechan?" Jaemin mengangkat keningnya. "Baru dua hari lepas dia keluar." 

"Keluar?" Mark mengerutkan dahinya. "Dia ke rumah Chenle?"

Jaemin menggeleng. "Dia dari rumah Chenle. Sekarang ni kami tak tahu dia ke mana."

Mark terdiam. Hatinya mula dirasakan tidak sedap. Jika Haechan bukan berada di rumah Chenle atau Jaemin, di mana lelaki itu? Mustahil dia akan tinggal di rumah Jisung.

"Adakah dia baik-baik saja?"

"Siapa? Haechan?" Jaemin merenung lelaki itu tidak percaya. "Awak rasa dia baik-baik saja ke?"

Mark terdiam lagi. Entah kenapa, dia dapat merasakan Jaemin membencinya. Kawan baiknya itu sudah seperti orang lain.

"Mark..." Jaemin bersandar sambil berpeluk tubuh. "Awak lepaskan je Haechan. Tolong jangan cari dia lagi."

Mark menjangka ayat itu akan dilontarkan padanya. Tapi dia tidak tahu ia akan sesakit ini. Selama ini dia tidak merasa sakitnya.

"Saya tak tahu apa yang awak nak..." Jaemin menyambung. "Kalau awak nak tunggu Renjun sampai awak mati, silakan. Tapi jangan bawa Haechan."

Mark menarik nafas panjang.

"Awak menunggu orang yang berada di dunia berbeza dengan awak." 

Jeno hanya memandang Jaemin sekali imbas. Jika kekasihnya itu marah, dia juga tidak berani untuk menyampuk.

"Awak ingat kalau Renjun masih hidup dia akan kekal dengan awak ke?" Jaemin mengecilkan matanya. "Awak ingat dia masih mencintai awak?"

Kata-kata lelaki itu membuatkan Mark merenung Jaemin. Entah apa yang lelaki itu fikirkan. Jeno pula hanya memandang Jaemin risau.

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now