Chapter 1

1K 23 4
                                    

"Ini capucino yang awak pesan. Terima kasih dan datang lagi!" ucap Haechan penuh senyuman kepada pelanggan itu. Jam menunjukkan bahawa mereka perlu menutup kafe itu. Dia beralih memandang Mark yang sedang membawa alat-alat membersih masuk ke dalam sebelum muncul kembali.

Ketika lelaki itu keluar semula, Haechan memberikan segelas minuman kepada lelaki itu. "Coklat panas. "

Mark mencapai gelas itu tanpa memandang wajah Haechan. Dia segera meminumnya sambil memandang sekeliling tanpa sebab.

Haechan berusaha untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi. Bagaimanapun dia tidak boleh menipu dirinya. Apa yang dia rasakan memang sakit. Tapi rasa cintanya pada lelaki ini membuatkan dia terus kuat.

"Hari ni saya ke rumah Jaemin." beritahu Mark. Sepertinya itu adalah ayat paling panjang dia pernah katakan pada Haechan untuk hari ini. "Dia gaduh dengan Jeno lagi."

"Oh."

Hanya itu yang mampu Haechan katakan. Jika dia membantah, ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Dan itu adalah perkara yang dia tidak mahu berlaku sama sekali. Sakitnya tidak tertahan. Dia hanya mampu memujuk diri sendiri dan merayu pada Mark akhirnya.

"Awak balik dulu lah." ujar Mark sambil membuka apronnya. "Saya akan tidur di rumah Jaemin. Temankan dia."

Jika sebaik itu Mark padanya, pasti dia orang paling bahagia. Haechan hanya mengangguk sambil mengukir senyuman tawar yang langsung tidak Mark perasan. "Hati-hati. Saya harap mereka akan berbaik semula."

Mark tidak menjawab sebaliknya pergi ke bilik belakang untuk mengambil begnya sebelum kembali. "Awak boleh kunci kafe kan?"

Haechan mengangguk. "Tak perlu risau. Jangan lupa makan. Awak hanya makan roti je tadi."

"Mmm." Mark mengangguk sambil memakai beg silangnya. "Saya pergi dulu."

"Hati-hati!" Haechan melambai penuh semangat.

Mark hanya berpaling sambil berjalan. "Mmm."

Saat Mark menutup pintu depan, Haechan terus berpaling dan mencapai telefon bimbitnya. Dia menghubungi seseorang.

"Lele... Awak sibuk tak malam ni?"

"Haechannie~ Saya dirumah keluarga." suara Chenle menjawab dari dalam talian.

"Oh, ok. Saya ingat nak masak kimchi-jigae. Tapi mungkin lain kali." Haechan mengukir senyuman tawar. "Lain kali lah. Selamat bersenang-senang!"

"Oooh. Maaf, Haechannie~ Selamat malam." Talian dimatikan.

Haechan menarik nafas panjang. Dia tidak tahu siapa lagi yang harus dihubungi.

Tanpa dia sedari, saat itu Mark masih berdiri di pintu. Dia hanya memandang Haechan dengan hati yang remuk. Mark tahu apa yang dia lakukan membuatkan teman lelakinya itu bersedih. Tapi jika dia tidak melakukannya, Haechan akan sentiasa dibayangi Renjun.

++++++++++++++++++++

Pintu dibuka perlahan dan Johnny berdiri dengan wajah yang sudah menduga siapa akan datang. Haechan berdiri dengan senyuman tawar sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu. Kelihatan Jaehyun dan Doyoung sudah berada di sana sambil makan biskut.

"Biar saya teka..." Jaehyun mengecilkan matanya. "Mark meng-anjing lagi bukan?"

Haechan tidak kuasa menjawab soalan itu. Dia hanya duduk di sofa diikuti oleh Johnny.

"Apa pula yang dia buat kali ni?" tanya Johnny. "Kamu bergaduh lagi?"

Haechan menggelengkan kepalanya. "Dia pergi tidur kat rumah Jaemin. Katanya Jaemin dan Jeno bergaduh."

Jaehyun menggolekkan bebola matanya. "Habis tu macam mana kamu pula? Dia tak pula kisah."

"Haechan-ah." Doyoung duduk menghadap lelaki itu. "Sampai bila awak nak bertahan macam ni?"

"Hyung..." Haechan mendengus. "Tak boleh nak salahkan dia. Renjun kemalangan dan mening—"

"Itu empat tahun lalu!" Doyoung membentak. "Dah empat tahun, Haechan. Empat tahun. Bukan empat bulan."

Itu memang benar. Kematian Renjun sudah empat tahun lalu. Akan tetapi, hubungannya dengan Mark masih dingin seperti itu.

"Kalau dia masih tak move on, maksudnya dia tak cintakan awak pun!" ujar Doyoung keras.

"Haechan-ah..." Johnny bersuara tenang sambil berpeluk tubuh. "Sampai bila awak nak bertahan macam ni?"

"Saya dah tanya dia." beritahu Haechan. "Dia masih cintakan saya. Dia cuma nak saya respect pasal Renjun ni je."

"Nak respect apa?" tanya Johnny. "Bukannya dia boleh hidup semula. Yang ada depan mata dia cuma awak."

"Renjun kemalangan sebab saya. Sebab kami."

"Bullshit!" Jaehyun menyumpah. "Benda nak jadi kita tak boleh buat apa. Lagipun Mark cakap Renjun terima je apa yang jadi kan?"

Haechan hanya tunduk tidak menjawab.

"Chan..." Johnny menepuk paha lelaki itu. "Awak kena fikir pasal diri awak dah sekarang ni. Kalau Mark tak nak berubah, itu masalah dia. Awak dah cuba yang terbaik."

"Ini kalau Taeyong tahu, habis budak Mark tu dia kerjakan." ujar Jaehyun. "Dia memang dah tak suka dengan gaya Mark tu."

"Jangan beritahu dia pasal ni, hyung." rayu Mark. "Nanti dia marah. Dah lah dia selalu datang kafe bagi amaran kat Mark."

"Kami akan kunci mulut sekarang." Doyoung bersuara. "Tapi lain kali kami tak akan berdiam diri."






To be continue.....

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now