Chapter 8

478 20 2
                                    

Jisung menggaru-garu kepalanya sambil memandang buku carian perkataan yang sedang dia main. Dia cuba memikirkan apa lagi perkataan yang boleh dia gariskan sebelum dia melihat jawapan sebenar.

Buku itu dihadiahkan oleh Jaemin semasa ulang tahunnya dulu. Kononnya untuk merangsang mindanya.

Mulanya dia anggap remeh. Tapi, sejak dia mula main buku itu, dia tidak pernah dapat menyelesaikannya tanpa memandang jawapan sebenar.

Chenle yang sememangnya sudah berada di rumah kecil Jisung itu masuk ke ruang tamu dari mengambil minuman di dapur. Dia melirik ke arah Jisung sekali imbas.

"Tak habis lagi ke?"

Jisung tidak membalas. Dia hanya berdiam diri. Dia tahu rakan-rakannya sering mentertawakan kelambatan otaknya berfungsi.

Chenle menggelengkan kepalanya sebelum baring di sofa. Dia membuka skrin telefon bimbitnya. Mesej Haechan adalah mesej terakhir yang dia balas.

Haechan.

Terus terang sahaja. Chenle kasihan dengan kawannya itu. Dia tidak tahu apa salah Haechan sehingga hidupnya berjalan seperti itu.

Dia masih ingat lagi kali pertama dia bertemu Haechan. Mereka masih di bangku sekolah menengah. Haechan dibuli kerana berkulit gelap dan sedikit berisi. Lebih-lebih lagi pada masa itu dia adalah anak pengasuh kepada Chenle.

Haechan seorang yang kuat. Dia tidak pernah membiarkan dirinya dibuli. Akan tetapi, dia juga tidak mempunyai kekuatan untuk melawan seluruh sekolah yang menjadikannya bahan mainan.

Chenle, yang dibesarkan secara baik oleh keluarganya, yang diajar untuk tidak menindas orang lemah meskipun dia mempunyai kekayaan yang amat besar, segera campur tangan. Pada saat itulah Haechan tidak dibuli lagi. Kerana dia sudah berkawan dengan Chenle.

Haechan seorang lelaki yang periang. Dialah yang menemani Chenle saat Chenle sendirian di rumah. Dia juga yang mengajar Chenle bahawa kehidupan lebih luas dan indah.

Atas sebab itulah Haechan mempunyai tempat istimewa di hati Chenle. Walaupun ibu bapa Haechan sudah tidak bekerja dengan keluarganya, dia tidak mahu Haechan pergi dari hidupnya.

Hampir kesemua yang Haechan ada saat ini adalah atas bantuan Chenle. Haechan sudah tidak mahu menyambung pelajaran selepas sekolah tinggi. Dia ingin menyara keluarganya di kampung. Jadi Chenle memberikannya pekerjaan meski mereka berdebat soal itu.

Dan Haechan bertemu Mark. Saat itulah semua mula berubah. Mulanya Chenle menyangka Mark akan menjadi penyeri hidup Haechan. Tapi kini, dia merasakan lelaki itulah yang menghancurkan hidupnya. Bunga matahari yang sentiasa bersinar sudah tidak mendapat cahayanya lagi.

Tanpa disedari, airmata Chenle mengalir. Entah sejak bila dia merasa sedih sehingga mengalirkan airmata. Mungkin sahaja dia terlalu bersimpati dengan Haechan.

"Chenle..." Jisung memanggil. Dia agak terkejut melihat Chenle. "Awak okay?"

Chenle menggelengkan kepala lalu mengesat air matanya.

Jisung mengeluh perlahan. Dia tahu apa yang membuat Chenle sedih. "Sabar lah. Saya faham perasaan awak."

"Saya cuma nak Haechan berhenti." Suara Chenle mula serak. Airmatanya mengalir lagi. "Saya nak dia berhenti."

Jisung mengangguk. Sejujurnya, dia juga mahu Haechan berhenti. Berhenti menyiksa dirinya. Haechan dan Mark adalah pasangan serasi pada dasarnya. Tapi dibalik tabir, mereka seharusnya sudah berpisah. Entah di mana, tapi keserasian mereka tidak dapat dijelaskan.

"Haechan bekerja keras untuk hidupnya." Chenle mencapai tisu yang berada di atas meja dan mengelap airmatanya. "Jika jalan ini membuatkan dia menderita, saya nak dia patah balik."

Jisung hanya mampu mendengar. Kadangkala, dia merasakan dia terlalu muda untuk bercakap soal hidup. Tapi dia tahu, Haechan tidak bahagia.

"Kalau Mark tak boleh utamakan Haechan..." Chenle menarik hingusnya. "Dia seharusnya tak memberi harapan."

Jisung bersetuju. "Saya masih ingat lagi. Hampir sebulan Haechan hyung gembira. Sebab Mark dah mula hargai dia. Entah di mana silapnya lagi."

Chenle segera duduk. Dia cuba menenangkan dirinya. "Saya rasa saya dah tak boleh sokong dia dengan Mark. Ini dah melampau."

Jisung turut mengangguk. Dia simpati dengan Mark yang kehilangan Renjun. Tapi dia tidak boleh menjadikan Haechan sebagai korban untuk perkara itu.

Jisung menarik nafas panjang. Dia sendiri terhimpit dengan situasi itu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mark baik padanya. Mark hanya tidak baik pada Haechan.




++++++++++++++++++++




Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Haechan masih lagi duduk di katilnya tidak mampu melelapkan mata. Sudah dua minggu dia jadi seperti itu.

Juga sudah dua minggu sejak kejadian mereka ingin menyambut ulang tahun Mark selepas empat tahun. Dia masih menyimpan kek ulang tahun yang dia buatkan khusus untuk Mark di peti sejuk.

Dia ingat lagi. Dia terpaksa membuka semua hiasan itu seorang diri selepas dua hari berlalu. Mark langsung tidak pulang ke rumah atau menjawab panggilan dan mesejnya. Dia sengaja menunggu dua hari. Siapa tahu dia boleh merayakan ulang tahun itu walaupun terlambat.

Mark memunculkan dirinya selepas seminggu. Tiada siapa tahu apa yang berlaku. Malah, kawan-kawan yang lain pun tidak tahu apa yang terjadi. Ke mana Mark menghilang juga tiada siapa tahu.

Dan seperti sebelumnya, Mark tidak berbicara dengan Haechan. Lelaki itu hanya balik ke rumah untuk mengganti pakaian dan pergi kerja.

Haechan menangis hampir setiap malam. Dalam masa yang sama, dia risau jika ada sesuatu terjadi pada Mark. Sepertinya, kali ini dia diperlakukan lebih teruk. Seolah-olah dia langsung tidak wujud.

Haechan memandang Mark yang sedang tidur membelakanginya saat ini. Ini adalah kali pertama Mark bermalam di rumah itu selepas kejadian menyedihkan itu.

Ingin sahaja dia membangunkan lelaki itu dan meminta jawapan untuk segala-galanya. Haechan ingin tahu di mana salahnya sehingga perkara itu terjadi lagi.

Tapi dia tahu, jika dia berbuat demikian, dia yang akan menanggung deritanya seorang diri. Dan dia masih belum cukup kuat pada saat ini. Dia merasakan dirinya sudah tidak sekuat Haechan yang bertahan selama empat tahun itu.

Haechan menarik nafas panjang kemudian baring dan menyelimuti tubuhnya. Dia menghadap belakang Mark.

Dia masih ingat bagaimana dia merasakan pelukan hangat lelaki itu selama sebulan yang bahagia itu. Walaupun jarang dan janggal, dia tetap bahagia.

Adakah dia tidak akan menerimanya lagi?

Perlahan-lahan Haechan mendekatkan tubuhnya dengan Mark. Dia memeluk badan lelaki itu lembut. Jika ini yang dia boleh lakukan saat ini, maka dia akan melakukannya.









To be continue.....

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now