Haechan membuka matanya perlahan-lahan. Dia tidak tahu sejak bila dia tertidur. Dalam keadaan gelap itu, dia dapat merasakan pelukan Mark di tubuhnya. Dia kini tertidur di dada lelaki itu.
"Awak dah bangun?"
"Oh?" Haechan mendongak memandang Mark yang sedang memandangnya. "Awak bangun?"
"Dah lama." ujar Mark.
Haechan bangun perlahan-lahan membuatkan Mark dengan mudah menghidupkan lampu meja. Sudah dua hari selepas kejadian di atas bumbung bangunan malam itu. Hubungan mereka sudah dalam fasa pemulihan.
Haechan masih ingat lagi. Mereka pulang ke rumah dengan susah payah kerana tangisan mereka tidak berhenti. Ia hanya terhenti ketika mereka tidur. Mark terpaksa menghubungi kawan-kawannya meminta bantuan untuk mengemas semula tempat itu.
"Awak lapar tak?" tanya Mark.
Haechan hanya mengangguk sambil menggosok matanya.
"Pergi cuci muka dulu." Mark bersuara. "Saya akan panaskan lauk."
Semuanya berjalan lancar. Haechan dapat menyegarkan mukanya dan makan bersama Mark. Mereka berbual biasa. Ia masih terasa sedikit janggal. Tapi kedua-dua mereka mencuba.
"Oh, saya masih belum buka semua hadiah saya." Haechan baru teringat.
"Ahh... Ya."
Semua hadiah yang ada pada malam itu di hantar oleh Chenle keesokan harinya. Dan sehingga saat ini dia belum berkesempatan untuk membukanya.
"Saya letakkan semua kat ruang tamu." Mark memberitahu. "Nak buka sekarang?"
Haechan mengangguk teruja sambil menarik tangan Mark dan membawa lelaki itu ke ruang tamu. "Jom!"
Mark hanya ketawa tidak membantah. Haechan mencapai hadiah yang dibalut dengan pembalut berwarna ungu dengan corak yang pelik.
"Ini mesti dari Jisung." gumam Haechan sambil menggoncang kotak itu.
"Macam mana awak tahu tu dari Jisung?" Mark mengangkat keningnya.
"Sebab dia aneh." Haechan mengangkat bahunya. "Pembalut hadiahnya pun aneh."
Mark ketawa mendengar komen Haechan. "Betul."
Haechan menarik nafas panjang memandang hadiah itu sebelum mengeluarkannya. Ia adalah kaktus mainan yang boleh menari dan bercakap. "Budak tu..."
Mark ketawa. Haechan hanya mencapai sekeping kertas yang dikoyak daripada buku dan membacanya. "Hyung, selamat ulang tahun. Kalau awak stress, jerit je kat patung ni. Dia akan bercakap dengan awak. Apa ni?"
"Yah, Jisung-ah." Mark hanya menggelengkan kepalanya.
Haechan meletakkan hadiah itu ke tepi dan mencapai satu hadiah lagi dengan pembalut yang dihiasi corak arnab. "Ini dari Doyoung. Tengok tu. Dia tak suka disamakan dengan arnab tapi beli pembalut arnab."
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...