Mark tersenyum tanpa henti seharian bekerja di kafe itu. Terasa seperti sudah lama dia tidak seperti itu. Dia seronok bekerja dari yang sepatutnya.
Apa tidaknya, Haechan telah kembali bekerja di situ. Ini membuatkan dia dapat melihat Haechan sepanjang masa.
Sewaktu Haechan menghantar surat berhenti kerja, Baekhyun menasihati lelaki itu untuk berfikir lebih lama. Dia hanya memberi Haechan cuti tanpa gaji. Dan jika lelaki itu sudah berjaya mendapat pekerjaan lain, maka dia akan menggantikan Haechan.
Haechan pula sememangnya suka bekerja di kafe itu. Tidak pernah terlintas difikirannya untuk berhenti. Dia membuat keputusan itu semata-mata untuk mengelak Mark. Dan kini, dia seperti tidak mempunyai pilihan lain selain kembali bekerja. Dia masih perlu menyara keluarganya.
Bagi Mark, ini adalah satu sinar harapan kepadanya. Haechan masih bersikap dingin dan tidak melayaninya. Tapi, dia sudah senang dapat melihat Haechan untuk waktu yang lama setiap hari.
"Biar saya angkat." Mark mengambil kotak yang sedang dibawa oleh Haechan.
Haechan tidak membantah atau menolak. Dia hanya membiarkan lelaki itu berbuat sesukanya. Dia tidak mahu membuang tenaga untuk bertengkar.
Jika difikirkan semula, ini adalah pertama kalinya Haechan melihat Mark gembira dan lebih aktif di tempat kerja selama empat tahun itu. Lelaki itu kelihatan mula bergurau bersama pekerja lain sambil tersenyum. Malah, dia juga sudah mula bergurau dengan Baekhyun.
Apa yang terjadi selama dia tiada? Mark yang dilihatnya saat ini adalah Mark yang berbeza selama empat tahun itu. Malah, suasana kerja itu juga semakin membaik. Adakah ketiadaannya mengubah segalanya?
Baekhyun tahu bahawa Mark dan Haechan masih belum berbaik. Akan tetapi, atas permintaan Mark, jadual mereka sentiasa seiring sebagaimana Haechan meminta kepada Baekhyun selama empat tahun itu.
Tujuannya sama. Hanya untuk lebih dekat dengan lelaki yang dicintai. Baekhyun hanya menurut memandangkan tiada bantahan dari pekerja lain. Lagipun, kerja mereka berdua sangat bagus. Jadi, tiada sebab untuk Baekhyun menolak.
"Nah..."
Haechan memandang cawan plastik berisi ais latte yang diletakkan Mark di atas kaunter di hadapannya. Dia agak terkejut melihat perubahan minuman yang dihidangkan padanya.
"Saya tak tahu awak suka minuman apa." ujar Mark dengan senyuman. "Jadi, saya buatkan apa yang ada."
Haechan mengerutkan dahinya. Mark pernah membuatkannya minuman sebelum ini. Ianya coklat panas. Dan tidak pernah sekalipun lelaki ini bertanya apa yang Haechan mahu. Mengapa kali ini berbeza?
"Kalau awak tak suka awak boleh beritahu saya." tambah Mark. "Saya akan buatkan minuman lain."
"Tak perlu." Haechan mencapai minuman itu lalu meneguknya. Dia ingin melayan egonya untuk menolak pemberian itu. Akan tetapi, dia tidak suka membazir.
Mark hanya tersenyum. Dia tahu akan mengambil masa yang lama untuk Haechan memberinya peluang. Tetapi, selagi Haechan tidak menjumpai orang lain, dia akan sentiasa berusaha. Dia masuk ke bilik belakang untuk meneruskan kerjanya.
"Semua okay?"
Mark memandang Baekhyun kemudian mengukir senyuman dan mengangguk.
"Keep going." Baekhyun menepuk bahu Mark. "Awak dah berada di jalan yang betul."
Mark mengangguk lagi. Melihat keadaan sekarang, baru dia faham kenapa Haechan sangat suka bekerja di situ. Dia masih ingat bagaimana Haechan memberitahu kawan-kawannya dia akan bekerja di kafe itu untuk waktu yang lama. Sedangkan Mark sememangnya bercita-cita untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.
Kini dia faham. Kerana situasi kerjanya membuatkan mereka merasa seperti di rumah. Mereka langsung tidak merasa penat atau terasa waktu berjalan. Sedar-sedar sudah waktunya pulang dan menutup kafe.
Mark berjalan keluar sambil membawa roti yang baru sahaja dipanggang. Saat itu, dia melihat Haechan sedang mengambil pesanan pelanggan dengan senyuman yang manis. Dia tidak dapat mengawal dirinya dari terus melihat.
Senyuman Haechan sangat manis. Wajah lelaki itu kelihatan comel. Malah, suaranya juga kedengaran menyenangkan. Ini membuatkan Mark berfikir bagaimana dia boleh mengelak untuk melihat semua itu selama empat tahun?
++++++++++++++++++++
"Saya dah cakap jangan patahkan pistol tu!" pekik Chenle dengan mata dibesarkan memandang Jisung.
Lelaki tinggi itu pula hanya menunduk-nunduk sambil meletakkan pistol mainan yang sebenarnya adalah pemetik api itu di atas meja bersama picu yang dipatahkan olehnya.
"Ini rekaan limited edition!" Chenle membentak.
"Saya cuma nak tahu itu pistol mainan atau bukan." Jisung cuba membela diri.
"Siapa yang cuba-cuba nak pegang pistol?" Chenle ternganga mendengar jawapan lelaki itu. "Bayangkan ni pistol asli. Dah mati orang kat sini."
"Maaf." gumam Jisung.
Haechan yang berada di situ hanya tergelak. "Tapi, Chenle-ah..."
Chenle berpaling memandang Haechan masih dalam keadaan bercekak pinggang.
"Kenapa awak ada pemetik api pula kat rumah ni? Awak bukannya merokok." Haechan berkerut.
Chenle hanya mengangkat bahunya. "Saja je. Saya tengok designnya unik. Lagipun limited edition. Saya beli je lah."
Haechan hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak begitu faham bagaimana cara orang kaya berfikir.
Dia masih ingat lagi betapa gembiranya Jeno, Jaemin, Jisung dan Chenle ketika dia berjumpa dengan mereka pertama kali selepas dia menghilang. Mereka amat senang. Dan Haechan gembira tiada apa yang berubah.
"Biskut?" Jisung menawarkan biskut yang ada di atas meja kepada Haechan. Dia mengelak untuk dimarahi lagi.
Chenle sudah sibuk untuk membetulkan pemetik api itu bagaimanapun gagal. Dia meletakkannya semula di atas meja dan bersandar.
Haechan hanya ketawa. Dia mengambil biskut yang dihulurkan padanya dan menggigit biskut itu. Dia tidak tahu apa yang Mark lakukan sekarang. Saat dia memberitahu bahawa dia akan bermalam di rumah Chenle, wajah lelaki itu tampak sedih bagaimanapun tidak menghalang.
"Hyung..." Jisung memandang Haechan. "Macam mana keadaan sekarang?"
Haechan tahu apa yang Jisung cuba tanya. "Entah. Rasa macam tak ada yang berubah. Yang berubah mungkin cuma watak kami."
"Watak?" tanya Jisung.
Haechan mengangguk. "Dia yang berusaha, saya yang mengelak."
Jisung memandang Chenle yang sepertinya sudah melupakan kemarahannya tadi.
"Tapi..." Chenle membetulkan kedudukannya. "Saya nak tanya yang sebetulnya. Awak akan terima Mark semula ke?"
Haechan tidak segera menjawab. Dia sendiri tidak tahu apa jawapan kepada persoalan itu.
"Hyung..." Jisung bersuara perlahan. "Saya rasa Mark betul-betul dah menyesal. Kalau awak masih mencintai dia... Lebih baik maafkan dia."
Adakah akan semudah itu? Empat tahun Haechan bertahan hidup dan berdiri di samping Mark yang hanya mengingati Renjun. Empat tahun dia bersabar menjadi orang kedua dalam hati Mark. Adakah Mark layak untuk dimaafkan?
To be continue.....
Sorry, guysss. ChenJi hits so different! Fav unproblematic side couple. HAHAHAHA
xoxo, M
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...