Sudah hampir sebulan berlalu. Mark dan Haechan tidak pernah merasa sebahagia itu. Senyuman terukir di bibir mereka tanpa henti. Seolah mereka adalah pasangan yang baru berkahwin.
Kawan-kawan mereka tidak pernah merasa senang seperti ini. Seolah semuanya kembali seperti sediakala. Dan itu amat menyenangkan.
"Awak suka ais latte?" Mark mengelipkan matanya. "Sayangnya saya tak pernah tahu. Maaf."
Haechan hanya tergelak. "Tak apa. Awak dah tahu sekarang."
Mark tersenyum kemudian mengangguk. Dia mencapai minuman Haechan lalu meminumnya. "Tapi sedap juga rasanya. Mungkin saya akan tukar minuman kegemaran saya."
"Dan awak akan minum minuman saya setiap hari?" Haechan bercekak pinggang memandang lelaki itu kerana setiap masa, Mark hanya akan minum dari gelas Haechan.
"Apa salahnya?" Mark mengangkat bahunya tanpa rasa bersalah. "Ini namanya indirect kiss."
Haechan menggolekkan bola matanya kemudian kembali menyusun gelas-gelas kertas yang ada di hadapannya.
"Nak saya tolong?" Mark mendekati lelaki itu untuk melihat dengan jelas apa yang dia sedang lakukan.
"Mmm." Haechan menggelengkan kepalanya. "Bukannya susah pun."
"Aigoooooo..."
Serentak pasangan kekasih itu menoleh. Baekhyun berdiri sambil bercekak pinggang dengan senyuman sinis.
"Oh, hyung." Haechan menunduk sedikit dengan senyuman manis. Mark pula segera menjauhkan dirinya.
"Dah macam pasangan baru kahwin." sindir Baekhyun dengan senyuman.
Haechan hanya tergelak malu manakala Mark pula mengusap tengkuknya.
"Oh, Haechan-ah..." Baekhyun memandang lelaki itu. "Bila majlis kahwin kawan awak tu?"
"Ah..." Haechan segera berdiri memandang lelaki itu. "Hujung minggu depan. Hyung free kan? Dia request nak hyung nyanyi masa tu."
Baekhyun mengangguk sambil tersenyum. "Boleh je. Tapi saya bawa suami saya. Nanti dia merajuk pula. Payah saya nanti."
Haechan ketawa. "Boleh je, hyung."
"Okay. Saya akan cari lagu yang sesuai." Baekhyun segera beredar masuk ke bilik belakang semula.
Baekhyun adalah penyanyi sampingan dan sering dipanggil untuk menyanyi di mana-mana sahaja. Suaranya yang unik dan merdu serta kepakarannya dalam mencipta lagu membuatkan namanya dikenali.
"Tak sangka Taeyong dan Jaehyun akan berkahwin juga." komen Mark kembali mendekati Haechan.
Haechan mengangguk. "Kami dah risau. Ingatkan Jaehyun tak nak kahwin sebab dia asyik mengelak."
"Rupanya dia yang nak propose." Mark menambah.
Memang benar. Atas arahan Taeyong, mereka semua membantu persiapan untuk kejutan melamar Jaehyun. Walau bagaimanapun, Jaehyun menolak membuatkan semua orang panik. Ternyata, lelaki itu mahu dia yang melamar Taeyong.
Perselisihan faham itu berlaku memandangkan kedua-dua mereka cuba memberi petunjuk dan juga cuba menutupi rancangan masing-masing. Bagaimanapun mereka tetap akan berkahwin.
++++++++++++++++++++
Mark dan Haechan melangkah masuk ke dalam rumah mereka dalam keadaan mengantuk dan lemas. Mereka bekerja seharian memandangkan ada dua orang yang cuti.
"Ahh... Penatnya." rungut Haechan sambil berjalan masuk ke dalam bilik. Dia membuka jaketnya sebelum menyangkutkan di almari.
Tiba-tiba sahaja dia merasa pelukan dari belakangnya. Mark memeluknya erat sambil meletakkan dagu di atas bahu Haechan.
"Oh... Kenapa?" Haechan bertanya bagaimanapun tidak menolak lelaki itu.
"Tak ada apa." Mark menjawab. "Saya nak peluk awak je."
Haechan tersengih kemudian mengangkat bahunya sedikit. "Awak ni. Manja sangat."
"Biar lah." Mark memuncungkan bibirnya. "Saya suka peluk awak. Awak macam teddy bear."
Haechan menggolekkan bola matanya kemudian menuding ke arah patung beruang yang berada di atas rak betul-betul di sebelah patung anjing itu. "Tu. Awak boleh peluk beruang tu."
"Tak nak." Mark tetap tidak melepaskan pelukannya. "Saya nak beruang saya ni."
Haechan berani bersumpah dia merasakan tubuhnya terbakar. Terus terang sahaja, Mark terlalu manja dengannya dan ini membuatkan jantungnya sentiasa berdebar.
"Apa kita perlu buat?" Mark bersuara. "Saya ingatkan awak suka beruang."
"Saya suka beruang juga." ujar Haechan.
"Tapi awak lebih suka anjing."
"Itu sebab Daegal." Haechan mencucuk pipi Mark. "Tapi saya suka beruang sebab awak cakap saya macam beruang."
Mark mencium pipi Haechan. "Mmm. Beruang yang comel."
Haechan hanya ketawa. "Ah..."
"Jadi patung tu awak nak simpan?" tanya Mark lagi.
"Mestilah." Haechan menjawab. "Kedua-duanya awak yang hadiahkan. Saya sayang kedua-duanya."
Mark tersenyum lebar sebelum mencium pipi Haechan sekali lagi.
"Ahhh..." Haechan cuba melepaskan dirinya. "Sampai bila awak nak peluk saya? Kita perlu mandi."
"Bersama?" Mark mengangkat keningnya.
"Yahh Lee Mark!!" Haechan memekik. "Lepaskan."
"Tak nak." Mark mengetatkan pelukannya sebelum membawa Haechan rebah ke katil.
Setiap hari itulah rutin mereka. Mark sepertinya sudah terlalu obses dengan Haechan. Ingin sahaja dia memukul dirinya sendiri kerana mengabaikan lelaki itu selama ini. Dia menyesal kerana telah mensia-siakan waktu yang ada.
Tapi dia tahu. Masa depannya pasti ada Haechan. Dan mengenangkan itu, dia akan berusaha memanfaatkan masa yang ada.
To be continue.....
Aduh! Aku pulak yang terasa single. HAHAHAHA. Anyway, esok hari terakhir aku upload cerita ni. Ada dua chapter lg. Tapi esok aku upload sekaligus. So, sedih jgk dah nak abis.
xoxo, M
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...