Mark mengukir senyuman manis ketika memberikan pesanan pelanggan itu sambil menunduk. Dia memandang sekeliling. Hanya ada beberapa orang duduk di beberapa meja membuatkan kerjanya tidak begitu sibuk.
Dua hari. Sudah dua hari dia tidak melihat Haechan. Malah dia juga tidak mendengar khabar lelaki itu. Dia tidak tahu hendak mencari di mana. Berkemungkinan Haechan berada di rumah Chenle. Dan dia tidak mahu mengganggu.
Mark masih tidak tahu apa yang dia rasakan. Kata-kata Haechan benar-benar membuatkan dia berfikir di mana kepentingannya buat masa ini.
Lee Haechan.
Bagaimana khabar lelaki itu buat masa ini? Adakah dia baik-baik sahaja? Terasa agak janggal tidak mengetahui semua itu. Selama ini dia merasakan Haechan akan baik-baik sahaja. Tapi kali ini dia meragukannya.
"Mark?"
Mark memusingkan kepalanya. Baekhyun berdiri sambil mengangkat keningnya.
"Semua okay ke? Saya panggil awak dari tadi awak tak menyahut." ujar Baekhyun.
"Oh..." Mark mengurut dahinya. "Maaf, hyung. Saya tak dengar."
Baekhyun mengangguk. "Awak okay kan kerja penuh minggu ni?"
"Minggu ni?" tanya Mark.
Baekhyun mengangguk lagi. "San cuti dua hari. Mak dia sakit. Haechan cuti sampai minggu depan."
"Haechan cuti sampai minggu depan?" Mark membesarkan matanya.
Baekhyun mengangguk sebelum berpeluk tubuh dan menarik nafas panjang. "Ini tak biasanya. Ada apa-apa yang jadi?"
Memang benar. Jarang sekali Haechan mengambil cuti. Lebih-lebih lagi cuti panjang seperti itu.
"Tak." Mark menggeleng. Fikirannya masih melayang jauh. "Tak ada apa-apa yang jadi."
Baekhyun tersengih sedikit. Seperti dia tahu jawapan itu tidak benar. "Mark... Saya dah lama kenal awak dan Haechan."
Mark hanya berdiri tidak menjawab.
"Saya tak lah rapat sangat dengan kamu. Tapi saya dah cukup nampak untuk saya buat kesimpulan." Baekhyun bersuara lembut. "Sebagai seorang boyfriend..."
Mark menelan air liurnya. Entah kenapa perkataan itu terasa agak aneh di telinganya.
"Awak tak melayan Haechan selayaknya." Baekhyun bersuara jujur. "Dia melayani awak dengan tulus tapi dia dapat layanan yang sangat berbeza."
Mark tidak menafikannya. Dia tahu akan perkara itu.
"Mungkin awak tak nampak lagi sekarang ni..." Baekhyun menyambung. "Tapi kehidupan awak sampai ke tahap ni adalah disebabkan dia."
Mark terdiam. Dia tahu mengenai perkara itu.
"Awak mungkin tak sedar." Baekhyun mengukir senyuman. "Tapi awak sangat memerlukannya."
Itu yang menjadi persoalan kepada Mark saat ini. Adakah itu benar? Adakah Mark memerlukan Haechan?
"Dia tak perlukan awak." Baekhyun bersuara lagi. "Tapi awak perlukan dia. Awak kena dapat bezakan benda tu."
Mark tunduk seketika. Fikirannya agak bercelaru. Dia tidak tahu mana yang betul.
"Sampai sekarang dia tahu dia perlu berada di samping awak." Baekhyun menarik nafas panjang. "Tapi ingat. Dia boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja."
Mark memandang Baekhyun. Setiap bait kata-kata lelaki itu sememangnya masuk ke dalam kepala untuk diproses.
"Awak cuba pandang ke hadapan." ujar Baekhyun. "Kalau awak nampak Haechan di situ... Awak tahu apa nak buat. Dan kalau awak tak nampak dia... Awak patut hentikan semuanya."
Mark tetap tidak menjawab. Baekhyun menepuk bahu lelaki itu sebelum berjalan masuk ke bilik belakang.
++++++++++++++++++++
Mark melangkah masuk ke dalam rumah yang kosong itu. Ini bukan kali pertama Haechan tiada di rumah untuk menyambutnya. Tapi dia dapat merasakan kali ini berbeza.
Dia melepaskan jaketnya dan duduk di sofa sambil bersandar. Dia terlalu penat. Terlalu penat memikirkan segala-galanya. Sepertinya dia mengalami kesulitan untuk membezakan dunia sebenar dengan dunia yang berada di dalam fikirannya.
Dia masih lagi tidak mendapat jawapan atas persoalannya. Adakah benar dia memerlukan Haechan? Selama ini dia merasakan Haechan yang memerlukannya. Atas sebab itu dia tidak mahu menyuruh Haechan pergi.
Kata-kata Haechan terakhir kali masih terngiang-ngiang di kepalanya.
"Ini yang terakhir."
Terakhir? Apa yang Haechan maksudkan dengan ayat itu? Adakah itu yang terakhir dia akan cuba menyenangkan hati Mark?
Mark masih tidak tahu sejauh mana dia memerlukan Haechan dalam hidupnya. Dia masih tidak tahu kepentingan lelaki itu buat masa ini.
Dia memandang sekeliling rumah itu. Ia terasa sangat aneh. Dia tidak tahu apa yang membuatkannya merasa seperti itu. Wajah Renjun berada di segenap arah. Seolah menemaninya di kala kesunyian. Tapi tetap ada sesuatu yang aneh dia rasakan.
Mark mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari nombor Haechan. Entah bila kali terakhir dia menghubungi nombor itu. Perlahan-lahan dia menekan butang call sebelum mendekatkan telefon itu ke telinganya.
Deringan kedengaran agak lama sebelum talian terputus membuatkan Mark menghubungi nombor itu sekali lagi. Dan pada saat itu, dia terus dihantar kepada peti suara. Bermakna Haechan mematikan telefonnya selepas melihat Mark menghubunginya.
Mark menarik nafas panjang. Dia masih tidak tahu apa khabar Haechan saat ini. Dia pasti lelaki itu berada di rumah Chenle. Adakah dia sihat sahaja?
Mark tidak pasti sama ada Haechan mengambil cuti panjang hanya untuk mengelaknya atau lelaki itu sememangnya sedang sakit. Timbul rasa risau di hatinya.
Dia memandang gambar Renjun yang sedang tersenyum manis. Apa akan terjadi jika lelaki itu masih hidup? Adakah Mark akan meninggalkan Haechan? Atau Mark akan lebih memilih Haechan?
Dia sendiri tidak tahu siapa yang berada di puncak teratas dalam hatinya. Dia tahu Renjun tidak akan pernah kembali lagi. Tapi dia masih tidak tahu di mana dia ingin Haechan berada.
Mark memandang telefon bimbitnya. Buat pertama kali, dia rasa ingin melihat wajah Haechan. Entah kenapa wajah lelaki itu semakin kabur dari ingatan.
Tangannya menekan butang pada telefon dengan sangat laju. Cuba mencari jika ada gambar Haechan disimpan di telefonnya. Dan pada saat itulah, dia perasan tiada satupun gambar lelaki itu yang tersimpan. Memori telefonnya dipenuhi oleh gambarnya bersama Renjun dulu. Apa sampai tahap itu Haechan tidak penting baginya?
Mark mendengus perlahan. Dia cuba mencari lagi jika ada gambar Haechan di mana-mana sehingga dia menjumpai satu gambar yang Chenle hantar padanya suatu ketika dulu. Gambar mereka menyambut ulang tahun Haechan.
Haechan terlihat bahagia sambil memegang kek di tangannya. Jaemin memeluknya erat dengan melekatkan pipi mereka. Di kanannya pula Chenle merebahkan kepala di bahu Haechan. Jisung turut tersenyum di kamera dan Jeno yang mengambil gambar itu secara selca.
Tanpa disedari, senyuman terukir di bibir Mark. Dia tidak pernah mengetahui gambar itu wujud di telefonnya. Dia juga tidak tahu bila gambar itu diambil. Jelas dia tiada pada masa kejadian.
Apa yang paling penting, saat itu dia baru sedar betapa comelnya Haechan. Senyuman lelaki itu amat manis. Dan dia tidak tahu jika dia dapat melihatnya lagi.
To be continue.....
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...