Mark tidak menyangka dia akan menerima panggilan itu. Panggilan dari seseorang yang tidak terlintas difikiran untuk mencarinya.
Sudah hampir dua bulan. Hubungannya dengan Haechan masih tiada perkembangan. Lelaki itu masih dingin dan bersikap tidak peduli dengan Mark. Kadangkala, lelaki itu terus sahaja masuk tidur tanpa mahu berbual. Haechan juga sudah tidak pernah masak dan makan bersamanya.
Mark masih berusaha. Dia penat dan tersakiti. Tapi dia tahu, usahanya masih belum apa-apa dibandingkan dengan kesabaran Haechan selama empat tahun. Malah, apa yang dia lakukan pada Haechan dulu lebih teruk daripada apa yang Haechan lakukan sekarang ini.
Dia masih tidak mahu mengalah. Dia dapat merasakan Haechan sudah tidak mencintainya. Malah, dia dapat merasakan lelaki itu tidak akan pernah mahu memaafkannya. Tapi jika dia harus menghabiskan hayatnya untuk menebus semua kesalahannya pada Haechan tanpa mendapat apa-apa balasan, maka dia akan melakukannya.
Mark berdiri di hadapan rumah yang pernah dia kunjungi sebelum ini. Untung sahaja Haechan lebih dulu memberitahu bahawa dia akan menginap di rumah Chenle. Jadi, dia tidak perlu menerangkan ke mana dia pergi.
Setelah beberapa kali loceng pintu ditekan, ia pun terbuka. Kelihatan Taeyong berdiri di situ dengan wajah tampannya memandang Mark yang hanya berdiri teragak-agak.
"Masuk lah."
Mark melangkah masuk. Ya. Orang yang menghubunginya adalah Taeyong. Yang meminta untuk mereka berjumpa di rumah itu.
Apa yang mengejutkan Mark adalah apabila dia melihat orang lain berada di ruang tamu. Bukan hanya Jaehyun yang sememangnya tinggal di situ. Tapi juga Johnny, Yuta, Taeil, Doyoung dan Jungwoo.
Taeyong memperkenalkan mereka semua. Dan Mark merasakan beberapa pasang mata memandangnya penuh kebencian. Mungkin ini adalah kawan yang pernah Taeyong beritahu dulu.
"Relaks." Yuta bersuara sinis sambil berpeluk tubuh. "Kami tak akan bunuh awak. Sekurang-kurangnya belum lagi."
Mark menelan air liurnya. Dia berdoa bahawa itu benar-benar hanya gurauan.
"Rasanya awak dah boleh teka kenapa kami panggil awak ke sini." Taeyong bersuara setelah mereka semua duduk di ruang tamu itu.
"Pasal Haechan." gumam Mark. Pasal siapa lagi? Hanya Haechan yang menghubungkan kesemua orang di ruangan itu.
"Kami tunggu bila awak akan berpisah dengan dia." Doyoung bersuara. Dia adalah orang yang paling benci dengan Mark setakat ini.
"Saya tak berniat langsung nak berpisah dengan dia." Mark menjawab berani.
"Awak layak cakap macam tu ke?" Doyoung mengecilkan matanya.
"Saya tahu saya tak layak." Mark langsung tidak memandang wajah Doyoung. "Tapi saya tak nak."
"Kenapa?" Yuta mencelah. "Bukan ke awak tak mencintai dia?"
"Saya mencintai dia."
"Tak nampak pun selama empat tahun ni." Yuta menyindir sinis.
Mark terdiam. Dia langsung tidak memandang sesiapa saat ini. Dia tahu, kesalahan empat tahun yang dia buat tidak akan pernah dapat dimaafkan.
"Awak lelaki yang tak guna." selamba Yuta bersuara tanpa berselindung. "Kalau awak tahu diri dan tahu malu... Tinggalkan Haechan."
"Saya tak boleh." Mark berusaha menahan perasaannya.
"Awak cuma ego." Doyoung mencelah. "Awak tahu awak tak akan dapat kembali bekas teman lelaki awak. Jadi awak simpan Haechan. Dah jumpa orang lain, awak buang lah dia."
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...