Jaemin membuka pintu rumahnya. Dia langsung tidak terkejut siapa yang datang berkunjung kerana sudah tiga hari perkara itu berlaku. Dan selama itu juga tetamu tersebut datang dua kali sehari.
"Haechan..."
"Hi, Jaemin." Haechan mengukir senyuman manis yang sememangnya kelihatan suram. "Ini makanan untuk hari ini."
Jaemin memandang bungkusan makanan yang dihulurkan oleh lelaki itu. Dia mencapainya dengan perasaan yang berat.
"Dia makan ke makanan yang saya bawa?"
Jaemin hanya merenung Haechan sayu sebelum mengangguk dengan senyuman.
Haechan tersenyum bahagia. "Baiklah. Saya kena pergi kerja. Tolong jaga dia ya."
"Okay."
Jaemin menutup pintu rumah itu setelah Haechan berlalu pergi. Dia memandang Jeno yang dari tadi hanya bersembunyi disebalik pintu. Mereka berpandangan sebelum berjalan masuk menuju ke dapur di mana Mark sedang memalitkan mentega pada rotinya.
"Nah..." Jaemin menghulurkan bekal yang Haechan berikan. "Ini untuk pagi ni."
Mark mencapai bekal itu kemudian membuangnya ke dalam tong sampah begitu sahaja.
"Hyung..." Jeno memandang lelaki itu tidak percaya. "Ini bekal yang ke tujuh. Boleh tak awak jangan membazir makanan."
"Untuk saya kan?" Mark mengangkat keningnya. "Suka hati saya lah nak buat apa."
"Sebab dia pecahkan gelas je awak nak buat perangai macam ni?" Jeno merenung lelaki itu tajam. Entah kenapa rasa marah mula menguasai dirinya. "Awak dah melampau."
"Diam boleh tak?!" Mark membentak. "Awak jangan campur urusan saya!"
"Kenapa awak marah Jeno?" Jaemin merenung Mark tajam. "Awak nak berperangai macam budak-budak jangan libatkan boyfriend saya."
"Beritahu boyfriend awak tu jangan masuk campur hal saya." Mark memberi amaran.
"Awak sedar awak tengah mendapat simpati dari kami?"
Mark segera terdiam apabila nada suara Jaemin meninggi dan semakin serius.
"Kami diamkan diri sebab awak tu kawan kami." Jaemin menyambung. "Awak sedar tak apa yang awak buat cuma Haechan yang boleh hadap. Kami sebagai kawan pun dah hujung-hujung dah ni."
"Habis tu kenapa awak tak halau saya?" tanya Mark dengan berani.
"Sebab Haechan." singkat jawapan Jeno. "Sebab Haechan merayu pada kami untuk bersabar."
Mark mengelipkan matanya tidak percaya.
"Awak belum sampai ke sini malam tu, Mark." Jeno memberitahu. "Dia dah call saya dulu." Jeno mencapai tangan Jaemin. Entah kenapa dia rasa ingin menangis. "Kalau awak dengar suara dia malam tu... Hati saya luluh."
Pada malam Mark keluar dari rumah, sebelum Haechan merawat tangannya yang berdarah, dia berlari dan mencapai telefonnya dan menghubungi Jeno. Dia tahu fikiran Mark tidak waras saat itu. Dan dia takut ada sesuatu berlaku pada lelaki itu. Suaranya menangis teresak-esak merayu pada Jeno.
Saat itu, sebenarnya Jeno turut menangis. Dia merasakan kesakitan Haechan. Tapi dalam masa yang sama, dia juga tersepit. Mark adalah kawannya terlebih dahulu sama dengan Renjun. Jadi dia tidak tahu hendak memilih yang mana.
"Mark..." Jaemin bersuara lagi setelah berjaya memujuk hatinya sendiri. "Dah tiga hari awak cuti. Ini hari keempat. Nasib bos awak tu memahami." Jaemin memandang bekal yang sayangnya sudah berada di tong sampah itu. "Tak pernah sekali awak sentuh makanan yang dia berikan."
"Matanya bengkak." beritahu Jeno. "Setiap kali dia datang matanya sembap. Mesti dia menangis setiap malam. Tapi dia tetap tersenyum ceria. Sebab dia tahu awak priority dia."
"Susah sangat ke untuk awak buat benda yang sama?"
++++++++++++++++++++
Mark melangkah masuk ke dalam rumah yang dikongsinya bersama Haechan. Dia merasa sayu entah kenapa. Dia merasa kosong. Dalam masa yang sama dia merasa bersalah. Dia tidak tahu bila dia pernah merasa bahagia di rumah itu.
Dia berjalan ke ruang tamu. Gambar-gambar yang diletakkan tiada satu pun gambarnya bersama Haechan. Hanya gambar mereka beramai-ramai. Yang lain dipenuhi dengan gambarnya bersama Renjun.
Dia masih ingat lagi saat dia memasang semua gambar itu. Haechan menyoal kenapa harus gambar itu? Dan mereka bergaduh besar. Mark hampir memutuskan hubungannya dengan Haechan. Sejak itu, Haechan sudah tidak membahasnya. Dia kini tinggal di rumah yang dipenuhi dengan barang-barang dan gambar Renjun.
Dia berjalan menuju ke dapur. Kelihatan gelas yang Haechan pecahkan berada di situ. Sudah dicantumkan semula menggunakan gam. Walaupun garisan retak masih kelihatan. Tapi gelas itu sudah bercantum. Dia tahu, gelas itu sudah tidak dapat digunakan lagi. Tapi dia tahu Haechan akan tetap menyimpannya untuk Mark.
Mark mengambil surat khabar dan membungkus gelas itu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Dia duduk di situ sambil memegang kepalanya. Ia terasa sakit tanpa dia mengetahui sebabnya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menyembuhkan dirinya.
Kedengaran pintu depan dibuka. Mark segera membetulkan kedudukannya sebelum mendengar bunyi derapan kaki yang berlari.
"Mark hyung..." Haechan muncul tidak percaya di pintu dapur. Dia berjalan mendekati Mark perlahan-lahan. "Awak balik."
Mark mengangguk kekok. "Macam mana kerja?"
Haechan mengukir senyuman kecil. "Macam biasa."
Mark mengangguk lagi. Dia memandang tangan Haechan yang berbalut. Perlahan-lahan dia mencapai tangan lelaki itu dan mengusapnya. "Masih sakit?"
Haechan menggigit bibirnya cuba menahan air mata. Dia menggelengkan kepalanya. "Dah okay. Dah kering pun."
Mark mengangguk. Dia masih lagi mengusap tangan lelaki itu. Rasa bersalah yang menyelubunginya semakin kuat. Dia tidak tahu sudah berapa banyak kesakitan yang dia lakukan pada Haechan. Dia merasa keriangan lelaki itu juga sudah berkurangan. Dan dia tahu itu salahnya.
"Saya minta maaf."
Haechan memandang Mark tidak percaya. Dia cuba memproses jika apa yang dia dengar itu benar atau tidak.
"Apa yang saya cakap hari tu..." Mark memejamkan matanya. "Saya tak maksudkannya. Maafkan saya."
Haechan memegang pipi Mark. "Saya tahu. Awak jangan risau."
Mark percaya Haechan tahu dia tidak maksudkannya. Jika tidak, lelaki itu tidak akan datang kepadanya setiap hari untuk menghantar makanan. Dia tahu dia mencintai Haechan. Jika saja dia dapat membuang bayangan Renjun dari hidupnya. Pasti semua menjadi lebih baik.
To be continue.....
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...