Chapter 6

563 18 3
                                    

Haechan mengelap meja pelanggan setelah mengangkat cawan-cawan kotor yang baru selesai digunakan. Tidak begitu ramai pelanggan pada hari itu. Mungkin kerana hujan lebat di luar sana. Tidak begitu ramai yang keluar rumah.

"Saya ambil coklat panas awak ni." Ujar Mark ketika mengangkat cawan yang dipegangnya sebelum meneguk coklat panas itu tanpa menunggu balasan dari Haechan.

Haechan hanya tersenyum tidak membantah. Coklat panas itu sememangnya dia buat untuk Mark. Jadi, dia tidak kisah jika lelaki itu meminumnya.

Haechan bahagia. Sudah lama dia tidak merasa kebahagiaan ini. Mark sudah mula berbicara dengannya. Malah, kadangkala Mark yang menawarkan untuk balik bersama atau makan bersama Haechan.

Baginya, ini sudah memadai. Terasa seperti dia jatuh cinta semula. Seolah-olah mereka baru sahaja menjadi sepasang kekasih.

Haechan tahu. Kadangkala Mark merasa canggung dan tidak tahu hendak berbuat apa. Tetapi yang penting adalah Mark sudah mula mencuba.

Bunyi loceng pintu hadapan menandakan ada pelanggan membuatkan Haechan menoleh.

"Selamat datang!" Haechan membesarkan matanya melihat seorang lelaki yang muncul di pintu. "Taeyong hyung!"

Taeyong mengukir senyuman manis sambil berjalan mendekati lelaki itu. "Dah lama awak tak datang jenguk kami." Taeyong mengusap kepala Haechan. "Mentang-mentang dah bahagia."

Haechan hanya tersipu malu. "Hyung duduk lah dulu. Nanti saya sediakan minuman."

Taeyong mengangguk kemudian duduk di suatu sudut. Pada saat itu, dia terpandang Mark yang baru keluar dari dapur. Lelaki yang paling tidak disukainya saat ini.

Tiba-tiba sahaja Mark memandang ke arahnya membuatkan mata mereka bertentangan. Jelas Taeyong masih merasakan aura yang tidak dia suka pada Mark. Mark pula memutuskan tentangan mata itu.

"Hyung..." Haechan datang membawa kopi. "Ini. Ada gula sikit."

"That's my sunflower." Taeyong mencapai gelas itu. "Awak apa khabar?"

Haechan mengukir senyuman manis. Senyuman yang ikhlas. Bukan dibuat-buat seperti selalu. "Saya baik-baik je, hyung."

"Dia tak buat hal lagi?" Taeyong memandang ke arah Mark sekali imbas yang berusaha tidak mengendahkan kehadirannya.

"Hyung..." Haechan memuncungkan bibirnya. "Bagi lah dia peluang. Dia tengah berusaha."

"Setelah empat tahun?" Taeyong mengangkat keningnya.

"Hyung..."

Taeyong mendengus kuat. "Saya masih dapat aura tak baik dari dia."

"Dia tengah berusaha." Bela Haechan.

"Harap-harap dia kuatkan usahanya." Taeyong mengangkat bahunya.

Haechan mendengus perlahan sebelum cuba mengubah topik. "Mana Jaehyun hyung?"

"Dia ada meeting hari ni." Taeyong menjawab sambil meneguk kopinya. "Mungkin dia balik lambat."

Haechan mengangguk. "Bila awak nak lamar dia?"

Taeyong menarik nafas panjang kemudian mengangkat bahunya.

"Tapi..." Haechan berkerut. "Bukan hyung dah beli cincin?"

Taeyong mengangguk. "Johnny dah tolong pilih cincin yang sesuai."

"Tapi?"

Taeyong bersandar. Dia memandang cawan di hadapannya. Sepertinya banyak perkara yang bermain di fikirannya. "Dia banyak mengelak."

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now