Chapter 26

472 20 7
                                    

Hampir dua hari Haechan tidak pulang ke rumah. Dia sepertinya merasa suram berada di rumah dan memilih untuk tinggal bersama Chenle selama itu. Sebenarnya dia perasan mengenai Chenle dan Jisung yang merasa susah hati melihatnya dan Mark seperti itu. Tetapi mereka tidak berani berkata apa-apa.

Hari ini adalah hari cuti Haechan untuk minggu itu. Dia tahu Mark bekerja dan sengaja balik. Entah kenapa dia tidak mahu bertembung dengan lelaki itu. Dia masih belum bersedia untuk mengelak.

Langkahnya terhenti ketika dia ingin berjalan masuk ke dalam bilik. Dia terpandang jambangan bunga matahari di atas meja yang dibalut kemas. Perlahan-lahan dia mencapai bunga itu. Entah kenapa, dia merasa seperti melihat dirinya sendiri. Dirinya yang dulu.

Dia terpandang kad yang disertakan di situ. Dia segera mencapai dan membacanya.


Hari yang indah. 

Bunga matahari melambangkan awak.

Saya tunggu awak datang malam ni.

From, 

Mark


Haechan hampir terlupa mengenai itu. Dia ingat bagaimana Mark bermati-matian mengajaknya ke suatu tempat pada malam itu. Sudah dua minggu. Sudah dua minggu Mark memberitahunya mengenai hari ini. Dan Haechan terlupa. 

Dia masih ingat semua mesej yang Mark hantar padanya sejak kelmarin. Mengenai apa yang dia rancang untuk Haechan hari ini. Dan dia tidak membalas satu pun. Entah kenapa, dia langsung tidak berminat.

Untung sahaja Chenle terpaksa keluar hari ini dan Jisung balik ke rumah keluarganya. Jeno dan Jaemin pula sedang keluar. Jika tidak, dia tidak akan pulang ke rumah. 

Saat itu, dia teringat dia mempunyai kawan yang lain. Dia segera mandi dan bertukar baju sebelum keluar sekali lagi. Dia memandang bunga matahari yang dia letakkan kembali di atas meja itu. Entah kenapa perasaannya aneh. Bagaimanapun dia memutuskan untuk terus keluar tanpa berpatah balik.

Haechan tidak tahu apa yang dia mahukan. Dia masih belum meninggalkan Mark. Tapi dia sudah tiada hati dengan lelaki itu. Dia sendiri bingung dengan dirinya sendiri.

Perjalanan ke rumah Johnny tidak begitu lama. Dia membunyikan loceng pintu rumah itu. Kedengaran suara hilai tawa dari dalam membuatkan dia tahu kawan-kawannya juga berada di situ.

Pintu rumah terbuka dan Johnny muncul. Wajahnya kelihatan terkejut melihat lelaki itu di situ.

"Yah... Haechan-ah. Apa awak buat kat sini?" tanya lelaki tinggi lampai itu.

Haechan yang tadinya tersenyum mula berkerut. "Apa maksud awak?" Haechan tidak mengendahkan wajah terkejut Johnny dan terus melangkah masuk.

Kelihatan semua kawan-kawannya berada di situ. Wajah mereka turut terkejut sama macam Johnny.

"Kenapa dengan kamu semua ni?" Haechan kehairanan melihat reaksi yang tidak pernah dilihatnya.

"Yah... Bukan ke awak sepatutnya berada kat tempat lain?" tanya Doyoung.

"Kat mana pula?" Haechan berkerut.

Serentak semua orang berpandangan. Jelas mereka kebingungan dengan situasi itu.

"Haechan..." Jaehyun memanggil lelaki itu. "Bukan awak sepatutnya keluar dengan Mark?"

Haechan mengelipkan matanya. "Macam mana kamu tahu?"

Jaehyun membuka mulutnya untuk menjawab bagaimanapun menutupnya semula. Yang lain hanya memperhatikan Haechan.

"Dia ajak saya keluar dari minggu-minggu lepas lagi." ujar Haechan sambil mengangkat bahunya dan membuka jaketnya. "Malas saya nak layan."

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now