Seminggu berlalu selepas Haechan berhenti kerja dari kafe itu. Tidak banyak berubah. Dan sudah seminggu juga sejak Mark mengetahui kebenaran hatinya sendiri.
Tiada yang berubah. Kesemua masih sama. Chenle, Jisung, Jeno dan Jaemin sudah mula risau melihat keadaan Mark. Tapi mereka juga tidak mampu untuk memujuk Haechan. Kesemuanya seolah sudah tertulis.
Pintu depan dibuka perlahan. Haechan melangkah masuk ke dalam rumah yang kosong itu. Entah kenapa, segala kenangan pahit mula masuk ke dalam fikirannya.
Dia menghidupkan suis lampu membuatkan keadaan menjadi lebih terang. Rumah itu kelihatan kelam. Entah apa yang berubah dia sudah tidak mampu mengingatinya. Sebulan berlalu, dia masih rindu pada rumah itu. Tapi perasaannya sudah kaku.
Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia dapat menghidu bau Mark. Tanpa banyak melihat, dia mengambil beg pakaian dari dalam laci dan memasukkan baju-bajunya ke dalam beg itu. Ya. Itulah tujuannya pulang ke rumah. Untuk mengambil barang-barangnya.
Dia masih ingat bagaimana Johnny ingin menghantarnya. Tapi adalah lebih baik untuk dia pergi sendiri. Dia hanya ingin mengambil barang dan berlalu pergi. Seperginya dirinya selepas hari ini, dia tidak akan pernah menoleh belakang lagi.
Bajunya tidak begitu banyak kerana dia jarang membeli pakaian baru. Kadangkala dia hanya memakai pakaian Mark. Oleh sebab itu, dia tidak memerlukan beg yang besar.
Ketika dia ingin keluar dari situ, dia terpandang patung beruang bersaiz sederhana yang terletak di atas katil di tempat tidurnya. Patung itu hanya akan berada di atas katil ketika Mark tidak pulang ke rumah. Jika Mark berada di rumah, Haechan akan menyimpan patung itu di almari. Kenapa patung itu berada di situ?
Haechan hanya menggelengkan kepalanya kemudian berlalu pergi. Dia tidak berniat untuk membawa barang-barang yang Mark berikan padanya.
Bagaimanapun, langkahnya terhenti apabila dia terhidu sesuatu ketika dia melintasi ruang dapur. Haechan mengerutkan dahinya kemudian masuk ke dalam dapur itu. Dia menghidu pes kimchi jjigae. Mark tidak akan masak. Mustahil.
Dia terpandang periuk kecil di atas dapur gas. Tidak perlu untuk dia memeriksanya. Dia tahu itu adalah kimchi jjigae. Dia memandang sekeliling. Adakah Mark masak sendiri?
Dan pada saat itu juga, dia terpandang lilin berbentuk nombor yang menunjukkan umur Mark terletak di atas meja. Ia sudah dibasuh bersih. Itu membuatkan Haechan membuka peti sejuk. Memang benar. Kek itu sudah tiada di situ. Dia memandang lilin itu kembali. Ada kesan terbakar di atasnya.
Haechan menarik nafas panjang kemudian bergegas masuk ke ruang tamu. Jika sebelum ini, dia merasakan bahawa dia hanya menumpang di rumah itu, kali ini berbeza. Dia dapat merasakan sesuatu yang lain.
Saat itulah dia perasan mengenai sesuatu. Gambar-gambar Renjun yang digantung Mark sebelum ini sudah tiada di situ. Haechan membesarkan matanya. Dia memandang sekeliling. Tiada satu pun barang Renjun yang ada.
Ini membuatkan Haechan berfikir sendirian. Apa yang telah terjadi? Adakah Mark sudah keluar dari rumah itu? Tapi mustahil. Pakaiannya masih ada di almari.
Pada saat itulah dia mendengar bunyi pintu depan dibuka menyebabkan dia berpaling. Alangkah terkejutnya dia melihat Mark melangkah masuk. Setahunya, ini bukan jam pulang bekerja untuk Mark. Sebab itu dia memilih jam ini untuk datang.
Mark yang ternampak kasut Haechan segera memandang ke ruang tamu. Saat matanya bertemu dengan mata Haechan, barang-barang yang dipegangnya terlepas dari tangan.
Haechan benar-benar terkejut melihat Mark. Wajah lelaki itu semakin cengkung dan hilang keserian. Mark kelihatan tidak terurus. Wajahnya bengkak. Mark pula seperti dihempap batu. Dia tercengang melihat orang yang dia rindui berada di situ.
Entah berapa lama mereka bertentangan mata seperti itu. Masing-masing seperti cuba melepaskan rindu yang ada. Haechan adalah orang pertama yang sedar.
"Saya tak tahu awak balik." Haechan berdehem. "Saya cuma nak ambil barang-barang saya."
Mark segera berjalan mendekatinya. Dia tidak membuang masa. Hanya memeluk Haechan erat. Melepaskan segala kerinduannya.
Haechan pula amat terkejut dengan tingkah lelaki itu. Dia tidak menyangka itu akan terjadi. Saat ini, seolah jantung mereka berdetak serentak. Haechan dapat merasakan bajunya basah sebelum esakkan Mark kedengaran.
"Saya rindukan awak."
Itu adalah sesuatu yang tidak pernah Mark katakan padanya. Haechan tergamam. Dia tidak tahu hendak berbuat apa.
"Saya rindukan awak, Haechan." ucap Mark disebalik bahu lelaki itu.
Haechan tidak membalas. Jika sebelum ini dia akan melonjak kegirangan mendengar ayat itu, kali ini dia tidak merasakannya.
"Tolong jangan pergi." Mark merayu dengan suara serak. "Jangan pergi tinggalkan saya. Saya merayu."
Haechan masih dalam keadaan terkejut. Ini adalah perkara yang dia tidak pernah jangka akan berlaku. Dia menyangka segala-galanya akan menjadi mudah.
Apa yang terjadi? Apa yang terjadi selama dia pergi? Kenapa Mark bertingkah seperti ini?
Haechan dapat merasakan pelukkan Mark semakin erat seiring dengan esakkannya. Dia masih tidak tahu hendak berbuat apa.
Dia sudah bersedia. Bersedia untuk melangkah pergi sepenuhnya dari Mark. Untuk memulakan hidupnya yang baru. Untuk berhenti menyiksa dirinya. Untuk berhenti berharap pada Mark. Tapi kenapa ini terjadi?
Haechan masih lagi mengingat bagaimana perasaannya mula pudar. Dia tidak boleh menghilangkan rasa cinta itu serta-merta. Akan tetapi, dia sudah berjaya mendidik dirinya sendiri. Dia sudah berjaya membuatkan dirinya menerima hakikat.
Adakah pulang ke situ satu kesilapan besar?
"Haechan-ah..." Mark masih lagi menangis. "Jangan tinggalkan saya. Saya mencintai awak. Sangat-sangat mencintai awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak."
Seperti ditusuk dengan pedang, Haechan merasakan rohnya keluar dari jasadnya. Selama empat tahun, dia tidak pernah mendengar perkataan itu. Apa yang harus dia lakukan?
To be continue.....
Akhirnya, Haechan kembali guys dan mereka bertemu semula. Kesian kat Mark pun ada. Tapi Haechan pun kesian. Aku ke yg salah sbb buat cerita ni? 😂
xoxo, M
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...