Chapter 16

528 22 7
                                    

Mark memandang siling bilik itu sendirian dalam gelap. Dia merasakan kehidupannya kelam seperti keadaan rumah itu saat ini. Apa yang Jaemin dan Jeno ceritakan padanya membuatkan dia memikirkan segala-galanya dari mula.

Adakah benar Renjun hilang rasa cinta padanya terlebih dahulu?

Dia masih mengingati bagaimana dia merungut mengenai kesibukan Renjun. Dan bekas kekasihnya itu hanya memintanya bersabar dan menghormatinya. Adakah itu sebab Renjun berharap yang Mark tidak akan menunggunya?

Mark mendengus kemudian mengubah posisinya menghadap ke kanan. Mungkin itu sebabnya. Renjun menunggu untuk Mark sudah hilang rasa cinta padanya baru dia berani memberitahu mengenai Winwin.

Winwin adalah senior mereka. Dia masih ingat bagaimana Renjun selalu bersama lelaki itu. Tapi Mark tidak mahu berburuk sangka. Dia menganggap hubungan kedua-dua lelaki itu atas dasar senior dan junior. Adakah Mark salah?

Dia pernah terfikir kenapa Jeno dan Jaemin menyokong tindakannya untuk mengejar cinta Haechan sedangkan kedua orang itu adalah kawan Renjun. Akan tetapi, kali ini baru dia sedar. Kerana mereka mengetahui hal yang sebenarnya.

Mark menderam dan berpusing menghadap ke kiri. Tapi kenapa Renjun tidak memberitahu hal itu pada hari di mana dia memutuskan hubungan dengan lelaki comel itu? Adakah sebab rasa bersalah?

Mark masih teringat pada hari pengebumian Renjun. Winwin turut berada di sana dan dia menyangka lelaki itu hanya datang sekadar untuk menghormati hari itu. Bagaimanapun, saat ini baru Mark ingat bahawa Winwin menangis lebih teruk darinya.

Mark bingkas bangun. Dia mencengkam kepalanya. Terlalu banyak yang dia fikirkan. Terlalu banyak perkara negatif bermain di kepalanya. Apa yang dia lakukan selama empat tahun ini? Apa yang telah dia korbankan? Dan untuk apa semua itu dia lakukan?

Mark memukul kepalanya sendiri. Dia langsung tidak merasa kesakitan. Dia melakukannya seolah-olah cuba menghalang dirinya dari menjadi gila.

Dia bingkas bangun dan mencapai jaketnya sebelum berjalan keluar. Dia tidak mampu hidup di dalam rumah yang sunyi itu.




++++++++++++++++++++




"Baik, mak." Jisung bercakap di talian kemudian mematikan perbualan itu.

Chenle yang duduk di sebelahnya dan menjadi saksi lelaki itu dibebel oleh ibunya hanya menahan ketawa. "Wah... Saya tak percaya awak dimarah lagi."

"Apa saya boleh buat?" Jisung mendengus. "Mak saya tahu password bank saya. Dia tahu saya guna duit untuk game."

Chenle ketawa lagi. "Awak pun satu. Suka membazir."

"Mana ada." Jisung cuba mempertahankan diri. "Saya cuma melabur kepada hobi saya."

Chenle menggolekkan bebola matanya. "Sama je pun. Hobi awak tu perkara yang membazir."

Jisung terlopong. "Awak pun bermain game."

"Tapi tak fanatik macam awak." Chenle mengangkat bahunya membuatkan Jisung ternganga tidak percaya.

Tiba-tiba sahaja pintu loceng rumah Chenle berbunyi. Serentak kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri sebelum Chenle berdiri dan berjalan menuju ke pintu. Dia mengintip dari lubang kecil untuk melihat siapa yang datang.

Alangkah terkejutnya dia melihat sosok tubuh Mark berada di situ. Chenle memandang Jisung lalu mengisyaratkan padanya bahawa Mark berada di luar. Jisung turut terkejut kemudian bangun. Dia tidak tahu hendak berbuat apa.

Chenle berdehem sedikit sebelum membuka pintu itu.

"Kamu semua tak layan mesej dan panggilan saya." Mark terus meluruh masuk. "Saya tak ada pilihan selain datang ke sini."

Chenle hanya menyoroti langkah lelaki itu yang masuk ke dalam tanpa dipelawa. Dia merasa bingung dan terkejut. Jisung pula hanya berdiri terdiam.

"Haechan mana?" Mark merenung Chenle. Berbeza dengan dirinya semasa dia melawat Jeno dan Jaemin, dia merasakan dirinya saat ini sudah hampir menjadi gila. "Haechan mana?"

"Saya tak tahu." selamba Chenle menjawab.

"Haechan mana?!" Mark mula meninggikan suaranya. "Saya tahu kamu benci saya! Tapi sekurang-kurangnya beritahu saya mana Haechan!"

"Saya tak tahu!" Chenle membentak.

Jisung berjalan mendekati mereka. Dia benar-benar risau jika sesuatu terjadi. 

"Jangan nak tipu saya!" Mark memekik lagi. Wajahnya merah padam jelas dia menahan marah. "Kembalikan Haechan!"

"Kami tak tahu, Mark!!" Chenle turut naik angin. Dalam masa yang sama, dia merasa bingung. "Awak nak pukul saya sekalipun kami tetap tak tahu!!"

Mark menarik nafas dengan kasar. Dia mencengkam rambutnya. Rasa sakit pada dadanya terasa semakin kencang. "Saya merayu tolong kembalikan Haechan!"

"Mark!" Chenle menjerit. "Saya tak tahu!!"

"Hyung..." Jisung mendekati kedua-dua lelaki itu. Hanya dia seorang sahaja yang masih berfikiran waras saat ini. "Kami benar-benar tak tahu dia di mana."

Mark memandang Jisung. Merasakan itu bukan jawapan sebenar.

"Haechan minta untuk tidak diganggu." beritahu Jisung. Tangannya diangkat meminta Mark bersabar. "Kali terakhir kami jumpa dia kat rumah Jeno dan Jaemin. Lepas tu kami tak tahu dia ke mana."

Mark menggosok mukanya. Pernafasannya semakin laju. Dia tunduk seketika kemudian memandang sekeliling seperti orang yang kehilangan warasnya.

Chenle dan Jisung berpandangan. Tidak pernah mereka melihat Mark seperti itu. Mereka agak takut. Tapi dalam masa yang sama mereka juga risau.

"Tolong bantu saya..." Mark bersuara serak. Nafasnya dirasakan agak tersekat. "Tolong bantu saya cari Haechan."

Chenle dan Jisung berpandangan lagi. Timbul rasa kasihan mereka pada lelaki itu. Semarah-marah mereka pada Mark, mereka juga tidak sampai hati.

Chenle berjalan perlahan-lahan mendekati Mark yang kini sudah terduduk di lantai. Dia merendahkan dirinya untuk melihat lelaki itu. "Saya berani bersumpah kami memang tak tahu mana dia pergi."

Mark memandang Chenle. Wajahnya saat ini sudah tiada keupayaan lagi.

"Kami semua tak berani nak kacau dia." ujar Chenle. "Telefon dia tak dihidupkan. Jadi, memang mustahil untuk hubungi dia."

"Haechan akan kembali pada masanya." Jisung menyampuk masih berdiri di tempat dia berada. "Dia minta kami tunggu."

"Saya tak boleh tunggu." Mark bersuara dalam esakannya.

Chenle dan Jisung berpandangan lagi. Saat ini, mereka benar-benar simpati pada Mark. Mungkin apa yang Mark lakukan pada Haechan adalah seteruk-teruknya. Tapi Mark tetap seorang kawan yang baik pada mereka.

"Saya tak tahu kalau awak tahu pasal ni..." Chenle menarik nafas panjang. "Awak pernah dengar pasal Taeyong?"

Mark cuba berfikir di kala kekusutan itu. Dan dia berjaya mengingati seseorang yang bernama Taeyong itu.

"Saya tak pasti kalau dia ke sana." ujar Chenle. "Tapi awak mungkin boleh cuba. Saya tahu alamatnya."








To be continue.....

So, how guys? Nak bagi Mark balik dengan Haechan tak? Kalau tak aku buat bad ending ni. 😏

xoxo, M




Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now