Haechan memandang makanan yang dia sediakan. Dia sengaja masak hidangan sedap dan makanan kegemaran Mark. Hatinya masih luluh. Tapi dia masih berada di situ. Dia masih berharap.
Hari ini adalah ulang tahun sempena Mark mengajaknya untuk berpacaran. Dia tidak pernah lupa akan tarikh itu. Setiap tahun dia akan merayakannya. Dan ia sentiasa dirayakan sendiri.
Ini adalah tahun keempat dia berusaha untuk menyambut anniversary itu. Walaupun terlalu banyak kenangan pahit yang dia hadapi selama empat tahun itu, dia masih berusaha. Dia tidak boleh mengalah.
Haechan menghidangkan semua makanan itu di atas meja di ruang tamu. Dia tahu Mark tidak suka menyambutnya. Maka, dia hanya menyediakan secara kecil-kecilan.
Dia menggantikan pakaiannya dengan pakaian yang memberi kenangan padanya. Baju yang Mark hadiahkan padanya suatu ketika dulu.
Haechan segera mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka mesej yang dihantar pada Mark.
Mark ❤️
Mark, hari pulang ya.
Saya masak lauk kegemaran awak.
Saya tunggu awak.
Mark hyung.....
Saya rindukan awak.
Mark...
Pulang ya.
Saya akan tunggu.
Mark... Awak kat mana?
Mark... Sejuk.
Mark, hujan kat luar sana. Balik cepat ya.
Tiada satu pun yang dibalas. Hanya dibaca oleh Mark. Kesemua mesej itu dihantar setiap sejam seawal pagi lagi.
Haechan tidak berputus asa. Dia menunggu di hadapan meja itu sambil memandang ke arah pintu. Menunggu lelaki itu datang.
Dia tidak kisah jika Mark hanya akan menjamah sedikit. Sekurang-kurangnya dia masih melihat Mark untuk hari yang bermakna buatnya itu sudah cukup.
Sejam berlalu, masih tiada khabar berita dari Mark. Haechan ingin berhenti berharap tetapi hatinya masih bertahan. Dia ingin menangis tapi sepertinya airmatanya sudah habis.
Semua perkara sejak empat tahun lalu mula masuk ke dalam fikirannya. Adakah ia satu kesilapan? Adakah masuk ke dalam hidup Mark merupakan satu kesilapan besar buat dirinya?
Dia masih ingat lagi bagaimana dia berusaha menghindar dari Mark. Dia tahu Mark dan Renjun bersama dulu. Tapi Mark tidak membenarkannya. Adakah kematian Renjun satu petanda bahawa dia dan Mark sebenarnya memang tidak ditakdirkan bersama?
Haechan mula mengingati dirinya yang kerap kali merayu pada Mark untuk tidak ditinggalkan. Adakah dia sebenarnya layak bersama dengan orang yang lebih baik?
Haechan mencapai telefon bimbitnya untuk menaip sesuatu bagaimanapun segera dipadam. Dia bingkas bangun dan mengemas meja itu.
Mark tidak akan pulang. Seperti empat tahun selama ini. Seperti hari-hari sebelumnya. Dia tahu Mark tidak akan pulang.
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...