Haechan kini sedang duduk bersandar di sofa ruang tamu rumah Johnny. Dahinya berkerut jelas kebingungan dengan apa yang baru sahaja dia alami. Setelah dia selesai bercerita, semua orang seperti kehilangan kata-kata.
Johnny duduk di sebelah Haechan. Dia sedang meletakkan kepalanya di tangannya sendiri sambil berfikir. Taeyong dan Jaehyun duduk bersama di sofa yang lain. Yuta sibuk makan kekacang. Entah dia fokus atau tidak apa yang mereka bincangkan. Taeil pula sibuk menguap. Entah dia mendengar cerita Haechan atau tidak, tiada siapa yang tahu. Doyoung mendengus kuat dan Jungwoo tidak memberi apa-apa reaksi.
Haechan masih ingat bagaimana Mark merayu padanya untuk tetap di rumah sehingga lelaki itu selesai bekerja. Kafe itu kekurangan orang dan dia tidak boleh cuti. Haechan tidak menjanjikan apa-apa. Dia langsung tidak menjawab. Bagaimanapun, dia memilih untuk keluar dari rumah itu dan datang ke rumah Johnny.
"Awak tak bawa barang-barang awak." Johnny mengangkat keningnya. Ia adalah sebuah kenyataan.
Haechan tidak segera menjawab. Terus terang sahaja, dia juga tidak tahu kenapa dia tidak membawa barang-barangnya bersama seperti tujuan asalnya. Adakah ini petanda bahawa dia masih ingin tetap tinggal bersama Mark? Ataupun dia akan balik untuk mengambilnya semula.
"Awak tak jadi nak keluar." gumam Doyoung. Dia sepertinya geram memikirkan perkara itu. Dia ingin marah, tapi dia tahu Haechan sudah dewasa dan boleh memikirkannya sendiri.
"Awak nak kami tolong ambil ke?" Taeil mengangkat keningnya.
Haechan hanya menggelengkan kepalanya. "Saya akan lakukannya nanti."
"Bila?" Taeil mengecilkan matanya merenung lelaki itu.
Haechan tidak segera menjawab. Dia masih tidak tahu jawapannya membuatkan dia mengangkat bahunya.
"Wah..." dengusan Doyoung semakin kuat. "Haechan-ah. Kita dah bincang pasal ni." Dia merenung lelaki itu tidak percaya. "Awak dah berjaya move on. Takkan awak nak batalkan apa yang awak dah berjaya putuskan sebab awak nampak muka dia je?"
Haechan masih tidak menjawab.
"Haechan-ah." Doyoung merenung lelaki itu kehilangan kata-katanya.
"Handsome sangat ke dia?" Yuta berkerut. "Sampai awak tak jadi nak tinggalkan dia ni."
Haechan mendengus perlahan. "Ini bukan pasal tu."
"Habis tu?" Yuta mengangkat keningnya.
Haechan menarik nafas panjang. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan semuanya.
"Haechan..." Johnny memegang paha lelaki itu. "Apa yang awak fikirkan? Apa yang jadi?"
Haechan memandang wajah Johnny seketika sebelum memejamkan matanya. Dia masih mengingat dengan jelas riak wajah Mark dan semua tingkah lakunya. Semua itu yang menghentikannya.
Kesemua mereka tidak menggesa lelaki itu. Mereka hanya membiarkan Haechan buat seketika. Mereka tahu Haechan masih dalam proses sembuh. Dan mereka tidak mahu menambahkan kesakitannya.
"Saya tak tahu, tapi..." Haechan memandang tangannya tanpa sebab. "Saya rasa dia macam Mark yang saya kenal mula-mula dulu."
Serentak semua orang berpandangan agak kebingungan.
"Mark yang berusaha nak ambil hati saya..." Haechan mula berfikir. "Senyumannya, pandangan matanya... Malah sentuhannya."
Yuta mendengus perlahan. Dia sudah kehilangan kata-katanya. Johnny hanya memandang lelaki itu. Doyoung pula seperti tidak suka mendengar kenyataan itu. Taeil dan Jungwoo tidak memberi sebarang reaksi. Jaehyun dan Taeyong hanya saling bertukar pandangan.
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...