Chapter 18

495 24 7
                                    

Perubahan pada keadaan Mark semakin ketara. Saat ini, semua orang tahu bahawa lelaki itu ada masalah. Tetapi, tiada siapa yang berani bertanya.

Mark semakin tidak banyak bercakap. Dia hanya melakukan kerjanya dan akan termenung seperti orang kehilangan anak. 

Sudah hampir tiga minggu Haechan tidak berhubung dengan Mark. Untung saja kawan-kawannya sudah mula menjawab panggilannya.

"Mark..."

Mark mengelipkan matanya. Dia segera menoleh memandang Baekhyun yang berdiri di situ memandangnya risau.

"Kalau awak nak balik, saya bagi awak kerja setengah hari." ujar Baekhyun. "Awak nampak pucat."

"Ah..." Mark memegang mukanya. Dia tidak sakit. Tapi inilah hakikat wajahnya kini tanpa Haechan. "Saya tak apa-apa, hyung."

Baekhyun menarik nafas panjang. Dia tahu Mark dalam keadaan seperti apa. Tapi dia tidak mahu menambah kekusutan kepala lelaki itu.

Mark menghabiskan masanya sendiri dengan berfikir. Dia tidak berselera makan. Dia tidak tahu masak. Makanya dia tidak akan makan di rumah.

Dia mula sedar. Semua makan minumnya Haechan yang jaga. Lelaki itulah yang selalu mengingatkannya untuk makan. Apa pun yang berlaku. Malah jika Mark meninggalkan Haechan seorang diri di rumah, lelaki itu tetap akan menghantarkan makanan atau menghantar pesanan untuk mengingatkannya.

"Mark."

Mark menoleh lagi. Dia memandang San yang kini memandangnya.

"Giliran awak pergi rehat." ujar San. "Saya akan ganti kat sini."

"Oh." Mark memandang jam di tangannya. Dia langsung tidak sedar bahawa masa berlalu cepat. "Okay."

Mark terus berjalan ke bilik belakang. Biasanya dia akan melihat Haechan di situ. Tapi kali ini berbeza. Yang lain turut merasa kehilangan Haechan di situ.

Langkah kaki Mark terhenti di suatu sudut. Di papan jadual waktu bekerja mereka. Dia membesarkan matanya kerana tanda nama Haechan sudah dialihkan. Biasanya, biarpun ada orang cuti, tanda nama mereka tidak akan dialihkan.

"Baekhyun hyung!" panggil Mark ketika melihat lelaki itu.

Baekhyun yang baru sahaja ingin keruangan lain segera mengubah tujuannya. Dia mendekati Mark. "Ada apa?"

Mark memandang papan jadual itu. "Kenapa tanda nama Haechan dah tak ada?"

Baekhyun merenung Mark sambil mengelipkan matanya. Dia seperti tidak tahu hendak berkata apa. "Awak tak tahu ke?"

"Tahu apa?" Mark berkerut.

"Dia dah berhenti, Mark."



+++++++++++++++++++++



Mark melangkah masuk ke dalam rumah yang sunyi sepi itu. Baekhyun membenarkannya pulang lebih awal pada hari itu. Setelah mengetahui Haechan telah berhenti kerja, Mark hampir pengsan membuatkan semua orang di kafe risau.

Baekhyun benar-benar bersimpati pada Mark. Akan tetapi, dia juga tidak mahu masuk campur. Haechan menghantar surat berhenti kerja hanya melalui emel. Dia ada menghubungi Baekhyun untuk menerangkan segalanya. Tapi Baekhyun tidak terdaya untuk menahannya.

Mark pula semakin risau. Peluangnya untuk bertemu Haechan lagi sudah semakin menipis. Dia menghubungi kawan-kawannya dan merayu pada mereka untuk membantunya mencari Haechan. Bagaimanapun, tiada yang tahu di mana lelaki itu berada. Mark tahu Taeyong juga tidak akan membantunya.

Mark berdiri di tengah ruangan rumah yang sederhana itu. Memikirkan bahawa itulah tempat Haechan berada selama empat tahun mereka bersama. Dan tiada satu pun kenangan manis yang diciptakan.

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now