Chapter 17

508 20 12
                                    

Ini pertama kalinya Mark ke daerah itu. Dia tidak pernah pergi ke situ. Demi mencari lelaki yang bernama Haechan, dia sanggup ke situ.

Alamat rumah yang Chenle berikan padanya tidak begitu sukar untuk dicari. Mujur Haechan pernah memberikannya pada Chenle ketika dia meminta pertolongan untuk menghantar barang. Jika tidak, dia tidak akan dapat melakukan apa-apa.

Ketika Mark berdiri di hadapan pintu rumah yang dicarinya itu, dia dapat mendengar suara gelak tawa dari dalam membuatkan dia tersenyum sedikit. Dia dapat merasakan Haechan berada di sana.

Loceng pintu ditekan. Gelak tawa itu sepertinya sedang bergerak menuju ke pintu sebelum pintu dibuka.

Taeyong muncul dengan wajah terkejut. Senyuman di bibirnya hilang. Mark hanya merenung lelaki itu.

"Saya datang nak cari Haechan."

Riak wajah Taeyong berubah. Ia kini kelihatan marah. "Haechan tak ada kat sini."

Mark menarik nafas panjang. "Tolong benarkan saya jumpa Haechan."

"Dia tak ada kat sini." Taeyong bersuara sambil mengetap giginya.

"Saya tahu dia ada kat dalam." Ujar Mark. Dia mendengar gelak tawa itu yang kini sudah tidak kedengaran lagi.

"Dia tak ada kat sini." Taeyong mengulangi kenyataannya.

"Saya tahu—" Mark memutuskan ayatnya sendiri. Dia memandang Taeyong kemudian meluruh masuk ke dalam.

"Yahh!!" Taeyong memekik.

"Haechan!" Jerit Mark ketika memeriksa setiap inci rumah itu. "Haechan!"

"Dia tak ada kat sini!" Bentak Taeyong.

"Haechan!" Mark tidak peduli. Dia terus menggeledah rumah itu sehingga dia membuka satu bilik. Kelihatan Jaehyun sedang duduk di katil. Dia tidak memakai baju. Mujur sahaja dia memakai seluar.

"Yahh!!" Taeyong merentap baju Mark dengan kuat sebelum menolaknya. "Saya dah cakap dia tak ada kat sini!!

Mark sepertinya hilang kawalan. Dia memandang Taeyong dengan riak muka yang seperti kehilangan nyawa.

Taeyong kelihatan menahan kemarahannya. Dia mendengus kuat. Ikutkan hati, dia ingin membelasah lelaki itu dengan teruk.

Jaehyun muncul selepas memakai baju. Dia memandang Mark tanpa ada apa-apa perasaan. "Duduk dulu." Dia memandang Taeyong. "Kamu berdua. Saya buatkan air."

Taeyong menarik nafas panjang sebelum menyambar lengan Mark dan memaksa lelaki itu duduk di sofa. Dia duduk berhadapan dengan lelaki itu.

Mark dapat merasakan kebencian Taeyong. Tiada simpati pada wajah lelaki itu berbeza dengan kawan-kawannya.

Keadaan terasa amat tidak menyenangkan. Walaupun rumah itu ada pendingin, tetap terasa satu bahang yang kuat.

Taeyong hanya merenung Mark dengan kaki yang disilangkan. Lelaki itu sepertinya sedang memikirkan sesuatu secara mendalam. Seolah dia sedang merancang untuk membunuh Mark. Banyak perkara berada di mindanya.

Mark pula seperti sudah lali dengan semua kebencian yang dilontarkan padanya. Jika dengan begitu dia akan mendapatkan Haechan kembali, maka dia sanggup menghadapinya.

"Awak tahu apa haiwan kegemaran Haechan?"

Taeyong bersuara setelah agak lama membuatkan Mark memandangnya dengan berani.

"Hah?" Mark kebingungan dengan soalan yang tiba-tiba itu.

"Apa haiwan kegemaran Haechan?" Taeyong mengulangi soalannya.

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now