Chapter 7

541 21 3
                                    

POP!

"Haish!"

"Jisung-ah!"

"Yah!"

Jisung memandang yang lain dalam keadaan panik. Dia membuang belon yang baru sahaja meletup di mulutnya.

"Ini belon keenam yang awak pecahkan!" Jaemin memandang lelaki itu tidak percaya.

"Maaf, maaf." Jisung menunduk sedikit.

"Jangan tiup kuat sangat." Jeno memandang lelaki itu. "Kalau dah rasa kencang sangat, berhenti tiup."

Jisung memandang belon yang pecah tadi. Dia sepertinya cuba mencari kesalahan pada belon itu.

"Kesalahan tu awak buat, Jisung." Ujar Jaemin sambil bercekak pinggang.

"Okay, okay." Jisung mengangguk tidak mahu dibebel lagi.

Chenle hanya mengusap kepala Jisung. "Dah. Tiup yang lain lagi."

Haechan hanya tersenyum melihat kawan-kawannya itu. Mendengar bahawa dia perlukan pertolongan, kesemua mereka sanggup datang dan mengambil cuti untuk membantu.

Hampir sebulan Haechan hidup dengan kebahagiaan. Walaupun hubungannya dengan Mark masih bergerak perlahan, dia tidak kisah. Ini sudah cukup untuknya buat masa ini.

Jeno dan Jaemin sudah berbaik. Begitulah pasangan kekasih itu. Sering bergaduh untuk hal kecil. Kemudian akan mengadu dengan kawan-kawan mereka. Dan akan berbaik semula dengan sendirinya selepas adegan pujuk-memujuk.

Chenle pula sibuk menikmati hidup tanpa memikirkan apa-apa. Begitu juga Jisung. Kadangkala, kawan-kawan mereka turut menyakat kedua-dua mereka ini. Mungkin sahaja dalam diam mereka berdua sudah bercinta. Bagaimanapun, tiada kata putus yang pasti.

Hari ini adalah hari ulang tahun Mark. Haechan sengaja mengambil cuti kononnya kurang sihat. Dia sempat lagi berdebat dengan Mark kerana lelaki itu hampir mengambil cuti bersamanya untuk merawatnya.

Haechan memanggil kawan-kawannya dua hari sebelum untuk membantu membuat kejutan ulang tahun Mark di rumah kecil mereka itu. Dan kesemua dengan senang hati ingin membantu.

Ini adalah kali pertama selepas empat tahun mereka merayakan ulang tahun Mark. Tidak pernah sama sekali mereka merayakannya kerana pada hari tersebut Mark dan Haechan akan bergaduh.

Oleh sebab itu, kesemua mereka merasa sangat teruja. Mereka juga turut bahagia dengan kemajuan hubungan Mark dan Haechan kerana itulah yang mereka harapkan selama ini.

"Haechan..." Jaemin memandang belon yang bertulis 'Happy Birthday' yang digantungnya. "Ini dah cantik kan?"

Haechan berdiri ditengah untuk melihat sebelum mengangguk. "Dah cantik."

Jisung sibuk meniup belon yang berwarna putih dan biru itu. Jeno pula menggantungkan di sekelilingnya menggunakan tangga. Chenle menghias di seluruh kawasan.

 Chenle menghias di seluruh kawasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now