Chapter 3

624 21 3
                                    

Mark menarik selimut untuk menyelimuti tubuh Haechan. Dia duduk di sebelah lelaki itu dengan menarik nafas panjang. Saat malam seperti itu, fikirannya sentiasa bermain sendirian. Banyak perkara yang difikirkan. Dan hampir kesemua perkara itu tiada jalan penyelesaiannya.

Dia berpaling memandang Haechan. Dia tahu. Dia tahu betapa terlukanya hati lelaki itu. Dia tahu setiap perbuatannya mengguris hati kecil Haechan. Dia ingin mengubah semua itu. Tapi dia seorang manusia lemah yang dihantui oleh sisi gelapnya sendiri. 

Jika ditanya apakah dia masih mencintai Haechan, jawapannya tidak akan pernah berubah. Haechan adalah satu-satunya lelaki yang membuatkan dia terus hidup. Jika bukan kerana lelaki itu, sudah lama dia menghancurkan hidupnya sendiri. Oleh sebab itu, dia marah jika Haechan mempersoalkannya. Tidakkah lelaki itu tahu?

Setiap kali dia berbual dengan Haechan, wajah Renjun mula masuk ke dalam fikirannya. Seolah memberitahu kebahagiannya itu adalah derita yang ditanggung Renjun. Dia seolah dapat mendengar suara Renjun menangis di segenap arah yang dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

Atas sebab itu, dia mengelak untuk bercakap dengan Haechan. Malah mengelak untuk melihat wajahnya. Mark tahu, jika dia memandang wajah Haechan dia akan jatuh cinta lebih dalam dan melupakan Renjun. Dia tidak mahu perkara itu berlaku. 

Mark baring di sebelah Haechan dan menatap wajah kekasihnya itu. Dia tidak sedar senyuman terukir di bibirnya. Entah bila dia merasa seperti itu lagi. Tangannya mengusap lembut rambut Haechan. Kadangkala, dia merasa cemburu jika Chenle dan Jisung berhasil membuat Haechan senang hati. Tapi dia tidak boleh marah memandangkan dia sudah tidak berkemampuan berbuat demikian.

Dia mencium dahi Haechan sebelum mematikan lampu meja dan memejamkan matanya untuk tidur.

++++++++++++++++++++

Haechan menguap panjang. Dia ingin memarahi dirinya kerana mabuk semalam. Tapi dia juga tidak berdaya untuk berbuat demikian. Hari itu berlalu dengan sangat perlahan. Dia merasa sangat lemas.

"Haechan!"

Haechan mendongak. Kelihatan Felix berdiri tersenyum manis bersama Hyunjin di situ.

"Oh, Felix, Hyunjin!" 

"Lama tak jumpa." ujar Felix. "Awak apa khabar?"

"Saya baik je." Haechan mengukir senyuman lebar. 

"Awak jarang balas mesej saya." Felix memuncungkan bibirnya comel. "Asyik sibuk je."

Haechan mengusap-usap tengkuknya. Bukan dia tidak mahu membalas mesej mereka, tapi dia tidak mahu memberi harapan. Felix dan Hyunjin kedua-dua mereka suka dengan Haechan. Oleh kerana mereka berdua rapat dengan Chenle, dia tahu hal itu. Walaupun sudah dilarang Chenle, mereka tetap berkeras.

"Nanti kita pergi main arcade." beritahu Hyunjin. "Dah lama tak main."

"Saya akan beritahu bila saya free."

Pada saat itu juga, kedengaran bunyi hentakan kuat berdekatan. Mereka menoleh serentak. Kelihatan Mark menghempas barang yang dia bawa dari bilik belakang dengan wajah yang berkerut.

"Er..." Haechan kembali memandang Felix dan Hyunjin. "Kamu nak pesan apa?"

"Macam biasa." Felix mengenyitkan matanya. "Awak tahu apa favorite saya kan?"

"Saya pun." ujar Hyunjin.

Haechan terus sahaja menyiapkan pesanan mereka. Setelah berbual seketika, kedua-dua lelaki itu segera beredar.

"Mereka masih tak tahu ke awak tu dah ada boyfriend?"

Haechan mengelipkan matanya memandang Mark. 

"Atau awak mengaku single kat mereka?" Mark mengecilkan matanya memandang lelaki itu.

Haechan mengangkat keningnya. "Saya ada boyfriend ke?"

"Jangan nak cari pasal, Haechan." Mark memberi amaran.

Haechan hanya tergelak. "Maaf, maaf. Mereka tahu. Mereka cuma friendly je tu. Awak tak perlu risau."

Itu adalah kebenaran. Felix dan Hyunjin tahu mengenai hubungan Mark dan Haechan. Tapi kedua-duanya seperti tidak kisah. 

"Malam ni..." Haechan cuba menyusun ayatnya. "Kita balik sama-sama?"

Mark berhenti melakukan kerjanya sambil cuba berdebat dengan dirinya sendiri sebelum mengangguk perlahan.

++++++++++++++++++++

Perjalanan pulang terasa sunyi. Mark langsung tidak mengatakan apa-apa. Haechan tidak kisah. Yang penting dia dapat berjalan beriringan dengan lelaki itu sudah cukup. Dia tahu perkara ini memalukan sebagai teman lelaki. Sesiapa sahaja yang mengetahui keadaan ini akan mengatakan Haechan terlalu gila bayang pada Mark atau cintanya bertepuk sebelah tangan.

Haechan tidak kisah. Jika tiada sesiapa memahami selain dirinya sendiri, dia tidak kisah. Dia tahu di mana terletak kebahagiaannya. Begitu juga kebahagiaan Mark. Asalkan lelaki itu tidak menghalaunya pergi, ini sudah cukup.

"Awak lapar?" tanya Haechan ketika mereka berjalan memasuki rumah.

Mark mengangguk. 

"Saya akan masakkan awak ramen." Haechan membuka jaketnya sebelum meletakkannya di atas sofa. Dia berjalan menuju ke dapur dan membuka kabinet untuk mengeluarkan bahan masakan.

Malangnya, sesuatu yang tidak diduga berlaku. Bunyi pecahan kaca berderai membuatkan Mark berlari ke dapur untuk melihat apa yang berlaku. Haechan kini melutut di lantai. Di hadapannya kaca berderai dan bertaburan di lantai. Dia tengah memegang tangannya yang berdarah.

"Apa yang kau buat?!" bentak Mark sambil melutut memandang kaca-kaca itu.

"Saya... Saya tak—"

"Ini gelas pemberian Renjun!!" pekik Mark dengan kuat. "Kau sedar tak apa yang kau buat?!"

Bibir Haechan terketar-ketar. Dia tahu gelas itu bermakna buat Mark. Dan dia tahu sebab apa. Dia cuma tidak sengaja menjatuhkannya.

"Kau memang melampau!" Mark menjerit seperti orang gila. "Aku bagi kau peluang malam ni tapi kau buat hal!!"

"Mark... Saya... Saya tak—"

"Diam lah, lelaki tak guna!!"

Sakit. Itu yang Haechan rasakan.

"Aku tak tahu kenapa aku bertahan dengan kau!" jerit Mark lagi. "Kau bukannya ada apa-apa untuk aku!!"

"Mark..." Haechan memegang kaki lelaki itu ketika Mark bangun.

Dengan kasar Mark menepisnya. "Jangan sentuh aku! Aku jijik dengan kau!"

"Mark..." panggil Haechan sambil menangis.

"Aku tak nak tengok muka kau!"

Dengan itu, Mark terus berlalu pergi meninggalkan Haechan. Lelaki itu hanya mampu duduk sambil menangis. Darah di tangannya mengalir tanpa dia berdaya untuk mempedulikannya. Setiap kebahagiaannya selalu berakhir dengan cepat. Dia tidak tahu siapa yang salah. Mungkin, dia memang bukan ditakdirkan untuk bahagia.



To be continue.....

Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now