Ulang tahun Yuta dirayakan dengan meriah. Walaupun mereka hanya sekumpulan kecil, kemeriahan tetap dirasa. Mereka bermain permainan dan bercerita mengenai kisah mereka dulu-dulu.
Yuta tidak pernah meminta banyak. Teman-temannya itu sudah cukup untuk dia merasa betapa berharga nyawanya untuk terus hidup. Itu adalah keluarga kecil yang amat dia sayangi walaupun pelbagai ragam yang kadangkala membuatkan dia pening.
"Hari ni ulang tahun saya..." Yuta memandang kawan-kawannya dengan mata yang dibesarkan. "Seharusnya saya tak ikut bermain gunting, batu, kertas untuk mencuci piring."
"Tak ada yang istimewa." Jungwoo menunjukkan jarinya di hadapan lelaki berwajah garang itu. "Awak hanya tua setahun je dari tahun lalu."
Yuta terlopong tidak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Inilah ragam kawan-kawan yang dia sayangi ini. "Kamu sangat teruk."
Taeyong hanya ketawa bersama Jaehyun. Yang lain turut ketawa. Taeil segera mengemas meja bersama Yuta yang sempat lagi melempar kekacang dan memakannya. Kedua-dua mereka kalah dalam permainan dan terpaksa membersihkan meja.
Haechan hanya duduk di situ. Ketawa dengan nada yang dia sendiri tahu itu adalah palsu. Dia langsung tidak dapat fokus pada malam itu. Fikirannya melayang jauh. Hatinya rasa kosong. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyuarakannya.
Ini sememangnya perayaan mereka. Sesiapa sahaja yang ulang tahun, akan disambut dengan meriah bersama. Mereka tidak perlu membuat kejutan. masing-masing sudah tahu ini akan terjadi.
Selama empat tahun itu, Haechan menyambut ulang tahunnya dengan Mark di siang hari. Dan akan menyambung di malam hari bersama rakan-rakan ini. Manakala Chenle, Jisung, Jaemin dan Jeno akan menyambut dua hari kemudian.
Haechan merasa bersalah. Dia tidak dapat memberikan sepenuh sumbangan tenaga mahupun kebahagiaan pada Yuta yang ulang tahun pada hari itu. Selama hampir dua bulan ini dia merasa kosong. Seperti rohnya sudah tiada dalam jasadnya.
"Haechan..."
Haechan mengelipkan matanya. Dia memandang Johnny yang kini memandangnya risau. Terus terang sahaja. Kesemua orang di dalam rumah itu tahu apa yang Haechan alami dan tahu lelaki itu tengah bersedih termasuk Yuta.
Tapi mereka tidak mahu merosakkan hari bahagia itu. Walau bagaimanapun, jika Haechan bersedih dan tidak gembira, semua orang dapat merasakan bahangnya. Mereka dapat merasakan ada sesuatu yang aneh kerana Haechan adalah sinar kegembiraan mereka.
Johnny tidak bersuara. Dia hanya mengusap pipi lelaki itu lembut. Dia tahu Haechan sudah penat. Lelaki itu sudah penat dengan kehidupannya. Dan Johnny tahu Haechan sudah tidak mampu menerangkan apa-apa.
Bibir Haechan bergetar. Seolah dia amat memerlukan belaian itu. Dia hanya terduduk kaku. Tiada yang mampu dia keluarkan dari mulutnya.
Yuta yang kembali untuk mengambil sampah-sampah di atas meja perasan mengenai hal itu. Itu adalah hari bahagianya. Tapi dia turut merasakan kesedihan Haechan. Dan sebagai kawan baiknya, dia tidak boleh untuk tidak mengambil peduli mengenai perkara itu.
Perlahan-lahan Yuta menggosok kepala Haechan sebelum kembali ke dapur. Dia adalah seseorang yang tidak begitu mahir dalam berkata-kata. Tapi dia tetap mahu memberi dukungan kepada adiknya yang satu ini.
Haechan menggigit bibirnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menahan perasaannya ini. Jungwoo yang duduk di kerusi berdekatan bersama Doyoung hanya berdiam diri. Mereka juga sudah tidak tahu hendak melakukan apa. Jaehyun dan Taeyong hanya memandang situasi itu.
"Haechan masih kuat?" Johnny masih mengusap pipi lelaki itu.
Haechan menggelengkan kepalanya. Airmata yang ditahannya sudah mula mengalir. Dia mendekatkan diri kepada Johnny sebelum jatuh dalam pelukan lelaki itu.
Johnny memandang kawan-kawannya yang lain sambil memeluk erat lelaki bertubuh kecil itu. Dia mengusap belakang Haechan. "Apapun yang terjadi... Awak masih ada kami."
Haechan semakin menangis. Entah berapa banyak kesalahannya pada keluarga kecilnya ini. Entah berapa banyak masalah dan keluhan yang dia bawa. Tidak pernah satu pun menjadi beban buat mereka.
"Haechan..." panggil Johnny lembut membuatkan Haechan menangis semakin kuat. "Kalau Haechan tak kuat lagi... Haechan kena berhenti. Tapi kalau Haechan masih kuat... Kami akan berikan kekuatan kami pada Haechan."
Tangisan Haechan bergema di rumah kecil itu. Taeyong menarik nafas sedalam-dalamnya cuba mengawal emosi. Jaehyun hanya menenangkan lelaki itu. Dia tidak mahu Taeyong menangis.
Jungwoo hanya berdiam diri. Tidak tahu hendak berbuat apa. Doyoung mengesat airmata yang tanpa disedari mengalir. Yuta dan Taeil yang sedang bekerja di dapur hanya berpandangan. Masing-masing merasa kesakitan itu.
Haechan meluahkan kesakitannya melalui airmatanya. Dan tiada siapa yang menghalang.
++++++++++++++++++++
Haechan melangkah masuk ke rumah yang dirasakan kelam itu. Dia sepertinya sudah kehabisan tenaga. Entah apa yang membuatnya menjadi seperti itu. Dia tahu. Tapi dalam masa yang sama dia tetap tidak faham.
Kelihatan Mark sedang duduk di sofa sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Pendengar telinga dipasang. Dia perasan Haechan sudah pulang tetapi perkara itu tidak cukup untuk membuatkan dia memberi apa-apa reaksi.
Haechan meletakkan kek yang dibawa dari majlis ulang tahun Yuta di atas meja betul-betul di hadapan Mark. "Ini lebihan kek tadi."
Mark tidak memberi apa-apa balasan. Haechan sepertinya tidak terkejut. Dia hampir lupa bila kali terakhir dia mendengar suara Mark. Perlahan-lahan dia duduk di kerusi berdekatan.
"Awak masih tak nak bercakap dengan saya?"
Mark tidak membalas. Entah dia mendengar atau tidak apa yang Haechan katakan. Dan Haechan tidak peduli.
"Saya hampir kehabisan tenaga, Mark." beritahu Haechan jujur. "Saya akan cuba bertahan sebab saya cintakan awak. Tapi saya tak tahu sampai bila."
Mark masih kekal dengan posisi dan riak wajah yang sama. Membuatkan Haechan pasti Mark tidak mendengarnya. Tapi Haechan tidak peduli.
"Saya tak tahu apa yang awak nak dari saya." Haechan menyambung. "Dan saya tak tahu bila awak akan kembali pada saya. Saya harap saya masih di sini sampai hari itu tiba."
Haechan berdiri perlahan-lahan. Dia tahu Mark tidak mendengarnya. Dia segera berjalan masuk ke dalam bilik untuk berehat meninggalkan Mark yang hanya menyoroti langkahnya. Apa yang ada dalam fikiran lelaki itu tiada siapa yang tahu.
Hanya ada satu perkara yang sepertinya menjadi persoalan. Di mana titik noktah Haechan akan berhenti memperjuangkan cintanya pada Mark?
To be continue.....
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...