Majlis kahwin Jaehyun dan Taeyong berlangsung dengan meriah. Oleh kerana mereka berada di industri fesyen, kebanyakkan tetamu adalah dari golongan usahawan dan model. Doyoung menjadi best man kepada Taeyong dan Johnny adalah best man Jaehyun.
Kawan-kawan mereka yang lain turut berpakaian formal dan tampan yang sememangnya di tempah. Mereka semua bergembira. Taeyong sempat lagi menangis mendengar ucapan mengharukan daripada Jaehyun.
"Okay... Rasanya pasangan pengantin dah boleh menari." Baekhyun bersuara dimikrofon dari tempat dia duduk. "Lagu ni khusus saya tujukan buat Jaehyun dan Taeyong. Selamat atas perkahwinan kamu."
Kedua-dua pasangan itu hanya melemparkan senyuman pada Baekhyun.
"Terimalah. Ternyata Hanya Kamu."
Chanyeol memainkan jari jemarinya di atas piano itu sambil memainkan musik. Pasangan itu mula bernyanyi. Jaehyun dan Taeyong pula sudah berada di tengah-tengah dan menari bersama dengan lembut.
"Hei, semua."
Serentak Haechan, Mark, Jeno, Jaemin dan Jisung yang sedang berdiri berdekatan meja itu menoleh memandang Chenle.
"Saya nak kenalkan." Chenle membawa seseorang. "Ini Kun. Abang sepupu saya."
Lelaki tampan itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dan kesemua mereka menyambutnya. Terdapat beberapa lagi orang yang berada di situ bersama Kun diperkenalkan oleh Chenle iaitu Hendery, Xiaojun, Ten, Yangyang, dan seseorang yang tidak terduga akan ditemui di situ iaitu Winwin.
"Oh. Sunbaenim." gumam Jaemin agak terkejut. Jeno memandang Mark yang turut terkejut. Haechan mengenali lelaki itu. Dia juga menunduk.
"Kamu kenal?" tanya Kun.
Winwin mengangguk. "Mereka junior saya semasa di kampus."
"Oh." Kun mengangguk.
"Macam mana kamu boleh kenal, hyung?" Chenle bertanya kerana dia juga tidak menyangka Kun dan Winwin kenal antara satu sama lain.
"Dia bekerja dengan saya." beritahu Kun.
"Kenapa awak tak cakap kamu pasangan kekasih?" Hendery menyindir.
"Hah?!" serentak mereka yang lain bersuara.
"Dah berapa lama?" tanya Chenle.
"Dua tahun rasanya." jawab Kun.
Chenle, Jisung, Jeno, Jaemin dan Haechan beralih memandang Mark yang sepertinya tidak percaya mendengar berita itu
Perbualan kosong itu terhenti apabila mereka mula dipanggil dan berbual satu-persatu oleh beberapa tetamu. Ternyata Kun adalah bos kepada Doyoung, Taeil dan Jungwoo. Oleh sebab itu dia dijemput dan yang lain adalah rakan sekerja mereka.
"Awak baik-baik je, Mark?"
Mark menoleh pantas. Dia langsung tidak sedar bahawa dia kini hanya tertinggal sendirian bersama Winwin.
YOU ARE READING
Lie To My Heart [MarkHyuck] [BL] ✔️
FanfictionEmpat tahun berlalu, Haechan masih berusaha menambat hati Mark. Tapi Renjun tidak akan pernah lari dari hati lelaki itu. Adakah Haechan perlu bertahan atau meninggalkan Mark? [Boys Love] Main Couple : MarkHyuck Side Couple : NoMin + ChenJi + JaeYong...