𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
"Tuan Riel!" Zariel yang sedang sibuk berborak dengan beberapa orang anak buah Danish Uqael yang lain terus memalingkan wajahnya tatkala namanya diseru oleh seseorang. Tampak seorang lelaki berpakaian serba hitam sepertinya berlari anak menuju ke pondok hadapan yang diduduki oleh Zariel dan anak-anak buah majikan keduanya itu.
"Kau dah kenapa Wais?" soal Zariel apabila lelaki yang digelar Wais itu sudah berada di hadapannya bersama nafas yang termengah-mengah akibat berlari mendekatinya. Lelaki berambut perang kemerahan it kembali menegakkan tubuh sebelum merenung wajah Zariel yang hanya menayangkan riak wajah tenang kepadanya.
"Tuan Danish cari kau. Pergilah cepat!" Wais menepuk bahu kekar lelaki berambut perang itu dengan agak kuat. Terangkat alis tebal Zariel apabila mendengar jawapan daripada anak buah kesayangan Danish itu. Tuan Danish carinya? Untuk apa? Getus hati kecil Zariel.
"Cepatlah! Kau nak bapak singa tu mengamuk ke?" Zariel memandang wajah Wais yang sedang merenungnya bersama riak wajah cemas. Boleh pula dia buat muka blur time gini, gerutu Wais di dalam hati.
"Riel pergilah. Kau ni, tenang sangat pun bahaya juga." Sampuk salah seorang lelaki yang berada di situ, berbual dengan Zariel juga sebentar tadi. Zariel meraupkan rambut perang pekatnya ke belakang sebelum bangkit dari sebuah sofa yang agak lusuh itu. Lelaki tinggi lampai tersebut hanya tenang walaupun diusik oleh Wais. Tenang, sebelum ni dia bawah Dylan Mikael yang serupa iblis tu, alhamdulillah hidup je sampai sekarang.
"Hati-hati! Jangan lupa mengucap tau Tuan Riel!'" Zariel memincingkan matanya memandang Wais yang sudah tergelak terbahak-bahak bersama anak buah Danish yang lain. Zariel hanya mengabaikan mereka, kaki panjangnya melangkah menuju ke rumah agam mewah Danish. Pintu rumah agam itu ditolak dengan perlahan sebelum lelaki berambut perang tersebut menapak masuk ke dalam, kosong. Tiada langsung kelibat orang diruang tingkat bawah ini. Mungkin Ariana dan Adyan berada di tingkat atas bersama Danish. Laju sahaja kaki panjangnya menapak mendaki anak tangga
"Zariel? Cari Danish ya?" Sesampai sahaja di tingkat atas, Zariel memalingkan kepalanya memandang Ariana yang baru sahaja keluar dari bilik bersama Adyan yang berada di dalam dukungan wanita itu. Zariel membongkokkan sedikit tubuhnya di hadapan wanita yang bergelar Puan dan Tuan muda kecilnya itu bagi menghormati mereka.
Ariana hanya tersenyum nipis, nasib baik dia memakai tudung sarung jadi auratnya tidak dilihat oleh lelaki itu. Lagipun suaminya, Danish Uqael sudah memberitahu awal-awal supaya tetap memakai tudung sekiranya melihat lelaki itu terperap di dalam bilik peribadi. Hal demikian kerana, bila-bila masa sahaja suaminya itu akan memanggil anak-anak buahnya masuk ke dalam rumah agam mereka.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...