𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟒

34K 1.5K 98
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania hanya merenung sisi wajah kacak suaminya. Zariel sedang fokus merenung ke hadapan kerana memandu. Kereta mewahnya meluncur laju membelah jalan raya menuju ke Terengganu. Dania tersenyum lebar tatkala melihat wajah tampan Zariel yang menunjukkan riak tenang. Senyuman manis terukir cantik pada wajah jelitanya pula. Ah Zariel terlalu handsome!

"Kenapa tenung saya macam tu?" Zariel mengerling sekilas wajah jelita isterinya, Dania menjeling manja lelaki itu.

"Nak tenung sikit pun tak boleh." Dania mengomel perlahan, kedua belah tangannya disilangkan pada dadanya. Macam mana eh lelaki tu boleh tahu dirinya ditenung? Ah lupa, lelaki itu inspektor dan anak buah kesayangan Dylan Mikael dan Danish Uqael. Dania menebik. Kedua belah kakinya diangkat sebelum bersila di atas kerusi. Zariel tersenyum nipis melihat telatah isterinya. Sempoi betul.

"Awak nak makan keropok lekor tak?" Zariel menyoal, Dania memandang wajah suaminya bersama dahi yang berkerut seribu. Keropok ekor?

"Keropok ekor?" Dania memincingkan matanya tatkala Zariel menghamburkan tawa kecil. Bapak gajah ketawakan dia?

"Keropok lekor, sayang." Berubah wajah Dania tatkala digelar dengan panggilan tersebut. Bibir dikebam bersama senyuman ditahan.

Argh! Bapak gajah panggil kita sayang!

Kereta yang dipandu agak laju itu tiba-tiba perlahan tatkala lalu dijalan yang dipenuhi dengan kedai-kedai kecil di tepi jalannya. Zariel memperlahankan keretanya dibahu jalan sebelum berhenti di hadapan sebuah gerai keropok lekor. Dania hanya memerhati suaminya.

"Nak ikut?" Laju sahaja Dania mengangguk sebelum kembali menyarungkan kasut sarungnya, Zariel keluar dari perut kereta dan diikuti oleh Dania. Wanita itu laju sahaja mendekati suaminya sebelum lengan kekar Zariel dirangkul erat, mata Dania mengerling tajam gadis-gadis yang berada di gerai tersebut, bukan dia tak perasan akan renungan mereka pada suaminya.

Nak kena dengan diva gojes ni!

"Mak cik, saya nak kopok lekor 10 ringgit." Dania mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali tatkala mendengar loghat Terengganu yang digunakan oleh suaminya. Seksi! Walaupun tidak pekat masih boleh buatkan Dania tersenyum.

"Banyok makang, kang blewe! Ni gewe deme ke ni? Molek! Comey lote! Mata biru!" Mak cik yang sibuk menuang kuah lada keropok lekor itu sesekali merenung wajah jelita Dania sebelum mengerling wajah Zariel. Lelaki itu tersenyum nipis. Dania terkebil-kebil. Pekatnya loghat makcik ni!

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now