𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟔

24.2K 1K 2
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Bagasi besar diletakkan kembali di dalam bonet kereta, rambut diraupkan ke belakang seraya kaki panjangnya bergerak mendekati belah penumpang yang menempatkan Dania. Wanita itu sedang menyusukan anak lelaki mereka. Zariel membuka pintu belah Dania sedikit supaya tubuh isterinya itu tidak dilihat oleh orang lain.

Kain bayi diletakkan di atas peha Dania yang masih sibuk menguruskan anak lelakinya yang sedang menyusu itu. Kain yang dibawa di dalam beg kecil baby itu sudah habis basah kerana terpaksa menekup dada Dania yang tidak habis-habis mengeluarkan susu.

"Sayang nak makan apa? Abang pergi belikan." Zariel menundukkan sedikit tubuhnya sebelum mengucup lembut pipi tembam anak lelakinya. Dania mengusap perpahan rambut suaminya bersama senyuman manis yang tidak lekang dari bibir.

"Ikutlah. Sayang okey je." Dania menjawab dengan ringkas, anak matanya merenung wajah tampan Zariel yang sangat rapat dengan wajahnya. Zariel tersenyum nipis sebelum mengucup lembut dahi suci Dania.

"Abang beli nasi campur yang sayang minta masa first day berpantang haritu okey?" Laju Dania menganggukkan kepalanya, menyetujui cadangan yang diberikan oleh Zariel. Lelaki itu tersenyum manis sebelum melabuhkan kucupan hangat pada bibir mungil Dania sekilas.

Zariel kembali menegakkan tubuhnya, bebola mata bergerak memerhati Zasya yang sedang lena di tempat duduk belakang. Pintu kereta ditutup dengan perlahan sebelum dikunci kemas, bimbang sekiranya perkara yang tidak baik terjadi pada keluarga kecilnya itu. Kaki melangkah menuju ke ruangan makan yang tersedia di RNR tersebut. Kelihatan ramai manusia yang sibuk makan dan rancak berbual.

Rambut keperangan diraupkan ke belakang seraya kakinya melangkah mendekati kaunter untuk menempah makanan. Sedang sibuk menunggu makanan, telefon bimbitnya yang berada di dalam poket tiba-tiba sahaja berdering kuat menandakan ada panggilan masuk.

Zariel dengan pantas mengeluarkan telefon sebelum merenung skrin gajet itu, terangkat keningnya apabila melihat nama yang tereta naik pada skrin itu. Jari laju sahaja mengesek butang hijau bagi menyambungkan talian.

"Sayang?" Zariel mengukirkan senyuman manis apabila sistem pendengarannya dihentam dengan suara tawa halus daripada wanita kesayangannya. Rambut disebak ke belakang seraya bebola mata meliar memerhati sekeliling, tugasnya sebagai bodyguard dan polis.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now