𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟑

33K 1.5K 20
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

"Assalammualaikum!" Hanyra yang sedang menonton televisyen segera berpaling memandang ibu saudaranya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam mewah milik daddynya itu. Membulat mata anak gadis Dylan itu tatkala melihat ibu suadara kesayangannya. Adyan yang berada di atas sofa turut bangkit dan melihat ibu saudara jelitanya yang berjalan mendekati mereka.

"Mama ojes!" Dania tersengih lebar tatkala Hanyra berlari terkedek-kedek mendekatinya, laju sahaja tubuh anak gadis abang sulungnya itu diangkat dan didukung. Kaki panjangnya berjalan mendekati Adyan, punggung dilabuhkan di sebelah anak lelaki abang keduanya tersebut.

"Ama!" Adyan terus menerpa ke arah Dania, memeluk erat leher ibu saudaranya itu. Hanyra di sebelah kiri manakala Adyan di sebelah kanan. Dania mengekek kecil seraya menepuk punggung anak-anak saudaranya itu.

"Lah patutlah jerit, rupanya mama gorgeous diorang datang." Dania mengangkat wajahnya memandang Aira dan Ariana yang baru sahaja keluar dari ruangan dapur. Aira sedang membawa jag air manakala Ariana membawa dulang berisi cawan kaca.

"Lama dah ke kak Ari datang?" Dania menyoal kakak iparnya yang hanya tua setahun dari dirinya itu.

"Dari pukul 8 lagi akak dah datang, ikut abang Danish tu lah." Ariana tersenyum manis memandang adik suaminya itu. Punggung dilabuhkan di sebelah Aira, Adyan yang pada mulanya memeluk leher Dania segera menuruni sofa dan berlari kecil mendapatkan mamanya. Hanyra turut berlari mendapatkan Aira. Dania menarik muncung panjang.

"Amboi! Korang kan. Bila dah jumpa mama dengan mummy masing-masing terus tinggalkan mama gojes kan." Dania menyilangkan kedua belah tangannya pada dada, wajah Adyan dan Hanyra dijeling manja. Aira dan Ariana hanya tersenyum nipis melihat telatah adik suami mereka itu.

"Assalammualaikum. Puan Aira, Tuan Dylan di tingkat atas?" Semua perhatian beralih ke arah Zariel yang baru sahaja masuk ke dalam rumah agam itu. Aira mengangguk mesra menjawab solan lelaki itu. Zariel membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum berlari anak mendaki anak tangga, beberapa minit lagi hendak masuk pukul 2 tepat.

"Aww! My gentleman husband." Terangkat alis mata Ariana melihat Dania yang seperti menggeletis di hadapannya itu. Aira hanya tersenyum nipis.

××××

TOK

TOK

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now