𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
"No! Patutnya abang Nish dengan abang Dy kena berbincang dengan Nia dulu! Carilah bodyguard yang elok sikit! Tengok ni! Patah dua tau!" Danish mengusap telinganya yang mungkin sudah pekak tatkala dihentam dengan suara jeritan si adik bongsunya itu. Dania meletakkan dengan kasar kaca mata hitamnya yang terpatah dua itu.
My baby! Tubuh Adyan yang berada di atas riba Danish juga sudah merengek kerana ketakutan dengan suara menyinga mak saudaranya."Lower down your voice, Dania Marisa." Dania menarik muncung apabila ditegur oleh Dylan. Rambut dikusut-kusutkan. Hanyra yang berada di atas pangkuan Dylan hanya tersengih melihat mak saudaranya yang separuh meroyan itu.
"Alah kau. Aku pilih Zariel tu pun dah kira okey tau. Dah kau nak suruh aku pilih bodyguard perempuan yang lain? Sekali dengan kepala kau patah kalau dengan diorang. Baru padan muka kau." Dania menjulingkan matanya ke atas. Nak tak nak, kena terima jugalah bapak gajah tu jadi bodyguard dia. Nasib handsome!
"Abang Dy, ada jumpa tak dengan Harith? Dia macam mana? Nia nak jumpa dia." Dania mencebik. Kelopak mata dikerdipkan berkali-kali. Dylan memandang Danish, adik lelakinya itu hanya mengangkat kedua belah bahunya.
"Kau still dengan jantan tu ke?" Terangkat alis nipis Dania tatkala Danish menyoalnya dengan soalan sedemikian.
"Jantan jantan apa? Nama dia Harith okey. H. A. R. I. T. H!" Danish mencebik dan mengulingkan biji matanya. Dylan hanya melihat telatah dua orang adiknya itu.
"Harith ke tarikh ke apa ke, tetap jantan. Lelaki kan? Jantan lah kiranya." Membulat mata Dania apabila dibidas oleh Danish. Anak matanya mencerlung ke arah wajah selamba abang keduanya itu.
"Mulut abang Nish kan! Abang Nish pun—"
"Dania." Dania menjeling Danish apabila Dylan terlebih dahulu menegurnya. Kedua belah tangan disilangkan ke dadanya. Protes!
"Memang lah aku lelaki. Kalau bukan lelaki, tak keluarlah Adyan ni—"
"Danish Uqael." Danish menyengih tidak bersalah apabila nama panjangnya diseru oleh Dylan.
"Apa ni cakap benda mengarut ni. Tu, anak-anak ada dekat situ tu." Datin Diana menegur juga. Anak lelakinya itu kalau tak bercakap bukan-bukan, memang tak sah. Danish Uqael lah katakan. Dua piring yang terisi kek lapis di letakkan di atas meja oleh Aira manakala satu jag air teh yang dibawa Ariana diletakkan di tepi piring-piring tersebut. Aira mendekati Dylan sebelum duduk bersimpuh di sisi kaki suaminya, lelaki itu tersenyum melihat telatah isteri kecilnya itu. Kepala Aira yang berbalut tudung diusap lembut.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...