𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Dania menghempaskan punggungnya di atas katil. Telefon bimbit yang berdering kuat menyebabkan dia mendengus kasar. Tangannya mencapai gajet mahal tersebut dengan malas sebelum melihat skin telefon itu.
"Eh jantan tak guna—eh bukan. Jantan gila!" Dania mengumam perlahan, jarinya mengesek ikon hijau tersebut sebelum melekapkan gajet mahal itu pada telinganya.
"You nak apa?" Dania menyoal kasar. Tubuh dibaringkan di atas katil seraya menarik duvet bagi menyelimuti tubuhnya.
"I nak jumpa you." Berkerut ahi Dania tatkala mendengar kenyataan daripada Harith. Jam yang berada di atas night stand dilihatnya, sudah pukul 10 malam.
"Gila eh? I malas nak melayan orang gila macam you ni." Kedengaran dengusan kasar dari dalam talian. Dania menggaru hidungnya yang terasa gatal. Matanya yang semakin memberat dipejamkan.
"I nak jumpa you Dania. Please, kita jumpa dekat tempat biasa. I rindu you—"
"Rindu kepala buaya you. Tang you bercinta sakan dengan perempuan lain belakang I, tak fikir pula nak rindu pada I. You jangan nak buat bodoh you ya, kalau you nak buat bodoh you, buat sorang-sorang. I nak tidur." Panjang lebar Dania menghamburkan kata-kata pedasnya. Kelopak mata dicelikkan.
"Okey. Kalau you tak datang sini, I akan datang rumah you—"
"Eh jantan gila ni. Main ugut ugut pula. Aku suruh abang Dy kerat kepala tu kang baru tahu—"
"You cakap apa Dania? I tak dengar." Dania terdiam tatkala Harith menyoalnya dahulu. Dia sengaja mengumam perlahan mahu mengelakkan daripada lelaki itu dengar.
"I cakap nanti I datang. Itu pun pekak."
TUT
Belum sempat hendak mendengar balasan daripada Harith, Dania segera memutuskan talian. Tubuh ditegakkan seraya meraup wajahnya dengan kasar.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...