𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟒

31K 1.4K 29
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

BANG

"Dania!" Zariel mendekati Dania yang sedang menahan sakit tatkala bahu isterinya itu ditembusi peluru, glock yang dipegang Dania dirampas seraya mengacukan senjata itu ke arah lelaki yang menembak isterinya tadi.

BANG

BANG

Dania hanya melihat lelaki yang menembaknya tadi sudah jatuh tersungkur apabila peluru glock milik suaminya menembusi kaki dan perut lelaki tersebut. Sisi wajah suaminya direnung seraya mengerutkan dahinya menahan sakit dibahu. Sebelah lengan kekar Zariel memeluk pinggang ramping Dania dengan erat.

"Tuan Riel!" Zariel berpaling memandang Waero yang berlari laju ke arahnya, di belakang lelaki itu terdapat ramai anak buah Dylan berpusu-pusu masuk ke dalam mall, lengkap bersenjata api mengepung bahagian dalam mall itu.
Erangan Dania menyebabkan Zariel kembali berpaling memandang isterinya, Dania sedang mengerutkan dahi menahan sakit di bahunya, lengan kekar Zariel digenggam kemas. Kelopak mata isterinya itu semakin memberat.
Zariel semakin cemas tatkala melihat bahu Dania yang ditembak mengeluarkan darah yang banyak sehingga membasahi sebahagian atas baju wanita itu.

"Sayang, stay with me. Don't close your eyes." Zariel menepuk lembut pipi Dania tatkala isterinya itu seperti hendak memejamkan mata. Dania sedaya upaya menahan kelopak matanya daripada tertutup.

BANG

BANG

"Keluar! Ikut sini!" Suara jerkahan Aidil bergema menyuruh orang ramai supaya keluar dari pusat beli belah tersebut. Bunyi tembakan semakin membingitkan suasana.

"Keluar! Tinggalkan budak tu!" Aidil berlari menuju ke arah perempuan yang sedang menangis di tepi jasad tidak bernyawa anak gadisnya. Wanita itu menggeleng laju seraya memeluk kemas tubuh anaknya. Zariel memandang bersama dada yang sudah sarat dengan pelbagai rasa. Waero yang berlari menuju ke arah wanita itu terus menarik kuat lengan wanita tersebut menyuruhnya untuk keluar. Dibiarkan sahaja raungan wanita tersebut. Keselamatan wanita itu lebih penting.

"Riel kau kena bawa Puan Dania keluar! Musuh penuh dalam ni! Kau keluar, aku cover! Cepat!" Zariel mendukung tubuh kecil Dania dengan perlahan, Dania merenungnya bersama mata yang makin mengecil. Darah dari bahunya makin membuak keluar sehingga terkena pada baju suaminya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now