𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟒

34.7K 1.5K 38
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania berjalan dengan perlahan menuruni anak tangga kayu rumah Puan Zainab untuk menuju ke ruang dapur. Kelihatan hanya Puan Zainab yang berada di dapur sedang memasak untuk makan malam. Dania mengukirkan senyuman manis seraya menapak mendekati meja makan.

"Emak masak sorang je? Mana Zana dengan yang lain?" Puan Zainab yang sedang sibuk membasuh sayur sawi yang telah dipotong itu segera memalingkan kepalanya bagi memandang wajah Dania yang baru sahaja menegurnya itu.

"Ya Allah! Nia bakpe turun ni? Kalau jatuh sat gi macam mana? Allahuakbar! Mari duduk sini." Dania terpinga-pinga apabila Puan Zainab menghampirinya sebelum memimpinnya untuk mendekati meja makan, kerusi ditarik sebelum wanita itu memaksa Dania duduk. Mentua dengan suami sama sahaja protective nya!

"Emak ni. Nia okey je." Puan Zainab menggelengkan kepala dengan perlahan apabila mendengar kenyataan daripada menantunya itu.

"Kalau Nia jatuh ke apa tadi, naya Nia oi! Ngamuk Zaq nanti." Dania tersengih lebar sehingga menampakkan susunan barisan gigi putihnya. Puan Zainab kembali mendekati singki untuk menyambung kerjanya membasuh pinggan. Dania menyelitkan rambut keperangannya yang terjuntai di belakang cuping telinga.

"Emak, Nia nak tanya sikit boleh?" Puan Zainab memandang wajah Dania sebelum mengangguk. Api dapur ditutup apabila gulai ayamnya sudah masak dengan sempurna.

"Macam mana nak jadi isteri yang baik untuk suami?" Terangkat alis mata Puan Zainab tatkala disoal dengan soalan begitu, besen sederhana besar dicapai sebelum sayur sawi yang sudah siap dibasuh diletakkan ke dalamnya. Dania hanya memandang Puan Zainab yang baru sahaja duduk di hadapannya.

"Nia pernoh dengar dok ceramah Ustazah Siti Bahyah Mahmud?" Dania menggelengkan kepala dengan perlahan bagi menjawab soalan dari emak mentuanya dengan jujur. Wanita itu tersenyum nipis, wajah jelita Dania dengan penuh teliti.

"Ustazah tu kabor, isteri yang baik dapat mengilhami suaminya. Isteri yang cerdas mampu membangkitkan perhatian suaminya. Tapi, isteri yang penuh kasih sayang dengan lemah lembut dapat menguasai suaminya." Panjang lebar Puan Zainab menerangkan kepada Dania. Wanita jelita itu hanya mendiamkan diri dan cuba menghadam kata-kata dari emak mentuanya itu.

"Nia, syurga Nia di bawah tapak kaki Zaq. Suami Nia. Emak bukang nok wat Nia terasa, tapi emak nok royak ke Nia jugok pasal mende ni." Dania hanya membisu dan membiarkan Puan Zainab meneruskan kata-katanya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now