𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Berkerut dahi Dania tatkala melihat kereta Zariel meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah agam yang tampak sangat besar. Melopong mulut Dania tatkala melihat ramai lelaki berpakaian serba hitam di perkarangan rumah agam tersebut.
"Rumah siapa ni?" Zariel hanya membiarkan soalan itu tergantung sepi, Honda Civic miliknya berhenti betul-betul di hadapan rumah agam mewah miliknya. Kepala dipalingkan menghadap Dania yang seakan terpegun melihat rumah agam tersebut.
"Tak nak keluar?" Dania memalingkan kepala memandang Zariel, lelaki itu sedang merenungnya bersama senyuman nipis. Tanpa menunggu Dania menjawab, Zariel terlebih dahulu keluar dari perut kereta sebelum berjalan ke arah pintu kereta belah Dania.
"Selamat datang, Tuan Zariel." Zariel hanya mengangguk kepala bagi membalas sapaan anak-anak buahnya itu. Bekas anak-anak buah Dylan Mikael dan kini bekerja di bawah Zariel Zaquan. Terkerdip-kerdip kelopak mata Dania tatkala melihat lelaki-lelaki berpakaian hitam itu seakan terlalu menghormati Zariel.
"Kita dekat rumah siapa, abang?" Dania menyoal polos, anak matanya meliar memerhati sekeliling rumah agam itu. Cantik san sangat kena dengan vibe suaminya, tenang.
"Rumah kita." Terangkat alis sempurna Dania tatkala mendengar jawapan ringkas daripada Zariel. Dibiarkan sahaja Zariel membantunya untuk keluar dari perut kereta, lelaki itu menahan tangannya supaya mengelakkan kepala Dania terhantuk pada kereta.
"Nak Zasya." Dania mendekati Zariel yang sibuk mengeluarkan anak kembar mereka, lelaki itu memberikan anak perempuan mereka pada Dania sebelum tubuh Zarief didukung Zariel dengan penuh berhati-hati.
"Shaf." Zariel memanggil seorang lelaki berpakaian serba hitam yang tidak jauh darinya itu. Lelaki yang digelar Shaf itu segera mendekati majikan barunya. Dania hanya memerhati tanpa ada niat mahu menyoal lebih.
"Tolong angkat beg, letak dekat depan tu je. Terima kasih." Shaf mengangguk kepala tatkala mendengar arahan Zariel atau lebih kepada sahabat baiknya juga. Tubuh ditundukkan sedikit sebelum senyuman kecil diberikan kepada Zariel. Bangga dengan sahabatnya itu.
"Jom." Dania hanya mengikut Zariel menuju ke pintu utama rumah agam tersebut, sejak bila suaminya itu beli rumah agam ini? Benarkah ini milik Zariel? Soal Dania namun hanya mampu terluah di dalam hati.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...