𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Dania terus naik ke dalam rumah Puan Zainab sebelum menuju ke bilik suaminya tanpa menunggu kenduri selesai. Tudung bawal yang tersarung pada kepalanya dicabut dan disidai pada tingkap sebelum tubuh dibaringkan di atas katil. Kedua belah kakinya terasa lenguh akibat terpaksa berjalan ke hulur ke hilir kerana hendak melayan tetamu yang hadir. Puas ditegah oleh Zariel dan Puan Zainab, Dania tetap berkeras kata dia tidak apa-apa.
Kelopak mata turut terasa memberat, sejak akhir-akhir ini Dania sering berasa mengantuk dan tidak larat. Kakinya pula sentiasa membengkak apabila berdiri walaupun buat sementara kerana menampung perutnya yang semakin hari semakin membesar. Dania memejamkan kelopak matanya, biarlah dia tidur buat sementara. Jika Zariel mencarinya nanti pun, pandai-pandai lah Zariel masuk ke sini.
"Sayang." Dania yang baru hendak melelapkan mata kembali tercelik tatkala suara maskulin berat Zariel menghentam gegendang telinganya. Kelihatan Zariel yang masih lengkap berbaju melayu berwarna biru tua itu sedang mendekatinya sebelum melabuhkan punggung dibirai katil.
"Sayang lenguh kaki?" Zariel mengusap rambut Dania, butang baju kurang biru tua yang dipakai isterinya itu dibuka. Dania mengangguk seraya kembali memejamkan kelopak mata, dibiarkan sahaja Zariel mengusap kepalanya.
"Sayang sempat makan tak?" Dania mengangguk perlahan, dia sempat makan kerana Puan Zainab dan Zana iaitu adik iparnya sentiasa membantunya semasa di bawah. Nak makan nasi, Zana ambilkan. Nak minum air, Puan Zainab tolong berikan. Zariel pula sibuk menghantar makanan ke masjid dan surau terdekat. Terpaksa meminta Puan Zainab dan Zana menjaga Dania.
"Tidur. Abang tahu sayang penat. Nanti bangun, kita mandi." Zariel mengusap lembut dahi bersih Dania, dilabuhkan kucupan hangat di dahi isterinya sebelum Zariel bangkit dan terus menuju ke meja solek kayu yang terdapat di bilik itu. Minyak berangin yang terdapat di atas meja dicapai. Zariel mendekati Dania yang mungkin sudah lena itu, baju melayunya dibuka sebelum disidaikan pada tingkap kayu di atas tudung bawal isterinya.
Kipas dibuka dan ditegakkan menghala hanya pada Dania yang sedang tidur, lelaki itu melabuhkan punggungnya di birai katil berdekatan kaki Dania. Kain isterinya diselak sedikit ke atas bagi mendedahkan kaki cantik Dania, penutup botol minyak itu dibuka sebelum minyak berangin itu dititikkan pada telapak tangannya dan terus diusap pada kaki Dania.
Zariel merenung wajah jelita Danita sambil mengurut lembut kaki isterinya. Dania yang sedang lena tiba-tiba sahaja tersentak mengejut apabila perutnya terasa senak.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...