𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟗

25.7K 1K 28
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Kelopak mata dicelikkan dengan perlahan sebelum dikerdipkan berkali-kali bagi menghilangkan kabur mata. Kepala yang berdenyut-denyut akibat menangis teruk semalam diurut perlahan seraya wanita itu mengerang halus. Sebelah tangannya meraba sebelah, mencari tubuh Zariel. Nafas dihela lemah apabila tiada orang di sebelahnya, kosong.

"Abang." Perlahan sahaja Dania menyeru suaminya, tubuh dibangkitkan daripada pembaringan sebelum disandarkan pada kepala katil. Anak mata terarah pada tempat tidur bayi kembarnya, membutang mata Dania tatkala melihat tempat tersebut kosong.

"Zasya? Zarief?" Dania segera bangun sebelum berlari anak mendekati tempat tidur bayi kembarnya, terasa hendak pecah dada tatkala mendapati tempat itu kosong tanpa dihuni oleh bayi kembarnya.

"Abang! Zaquan!" Teriak Dania bersama kakinya yang melangkah keluar dari bilik dan terus berlari kecil menuruni anak tangga. Air mata mula memenuhi ruang mata, melilau bebola mata bergerak mencari kelibat suaminya namun hampa, tiada langsung kelibat Zariel singgah menghiasi kornea matanya.

"Kau nak pergi mana?" Suara maskulin seorang lelaki menghentam gegendang telinga Dania menyebabkan dia terus memalingkan kepala memandang lelaki yang sedang duduk santai di sofa ruang tamu sambil merenung ke arahnya. Senyuman sinis tidak menghiasi wajah kacak lelaki itu, hanya renungan kosong diberikan kepada Dania.

"Abang buat apa dekat sini? Mana Zariel?" Dania menyoal seraya menapak mendekati abang keduanya yang hanya menayangkan wajah selamba, air mata yang mengalir diseka kasar. Danish hanya melihat adik perempuannya yang berjalan laju menuju ke arahnya bersama mata yang sembab kerana menangis.

"Mana Zariel?" Dania melabuhkan punggung bersebelahan Danish, lengan kekar Danish digoyangkan berkali-kali meminta Danish menjawab soalannya. Dania segera bangkit kembali dan berdiri tegak di hadapan Danish apabila lelaki itu langsung tidak menjawab soalannya.

"Danish!" Teresak kuat Dania apabila abang keduanya itu masih tidak memberikan satu jawapan pun untuk soalannya. Danish menyebakkan rambut ke belakang seraya menghela nafas perlahan. Dania merenung tajam wajah kacak abang keduanya itu sambil mengemam kuat bibirnya bagi menahan esakan yang dihasilkan.

"Abang tak guna!" Danish segera menyelar tangan Dania apabila wanita itu hendak berlari ke arah pintu utama rumah agam. Laju sahaja Danish merengkuh pinggang ramping Dania tatkala wanita itu bertindak meronta agak kuat sebelum dihempaskan dengan kasar tubuh kecil Dania di atas sofa.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now