𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟖

31.7K 1.4K 32
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Zariel mendekati Dania yang sedang terbaring mengiring membelakanginya di atas katil. Selepas sahaja siap makan tadi, terus Dania masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa padanya. Zariel menghela nafas perlahan, tubuh dibaringkan di sebelah Dania, tubuhnya merapati belakang tubuh isterinya. Lengan kekarnya melingkari pinggang ramping Dania, belakang kepala isterinya itu dikucup lembut.

"Abang minta maaf sebab lambat." Perlahan sahaja Zariel menuturkan kenyataan itu, bagaikan hendak luruh jantungnya tatkala melihat isterinya yang ditindih oleh Harith. Mahu sahaja dia bunuh lelaki itu, tetapi dia masih waras. Perut kempis Dania dielus lembut seraya kelopak matanya dipejamkan rapat namun kelopak matanya dicelikkan kembali apabila lengannya diusap oleh Dania.

"Sayang tak tidur lagi?" Dania mencelikkan kelopak matanya, lengan kekar Zariel yang melingkari pinggangnya diusap lembut seraya anak matanya merenung jauh. Kejadian siang tadi bagaikan kaset lama yang sentiasa berlayar di ingatannya. Soalan Zariel dibiarkan berlalu tanpa dijawab.

"Dania." Dania memejamkan rapat kelopak matanya seraya menghamburkan esakan halus yang tidak tertahan, Zariel memeluk kemas tubuh kecil Dania dari belakang. Dahinya dilekapkan pada belakang kepala isterinya.

"He just try to rape—"

"Shh it's over. He didn't, sayang." Zariel mengelus lembut perut Dania sebelum menggenggam kedua belah lengan halus isterinya. Kelopak mata dipejam rapat bagi menahan rasa yang menghurung dadanya apabila mendengar tangisan isterinya.

"But he—"

"Sayang." Zariel menarik dengan perlahan dan penuh berhati-hati bahu Dania supaya wanita itu terbaring menelentang dan mengiring menghadapnya. Wajah jelita Dania direnung dengan penuh kelembutan. Pipi isterinya diusap, seraya ibu jari lelaki itu mengelus lembut bibir Dania.

"Shh don't cry, abang sakit." Dania merenung lembut ke dalam anak mata suaminya, esakan halus masih terhasil dari celahan bibir mungilnya. Iris biru Dania berkilat tatkala air mata memenuhi ruangan matanya. Zariel menarik tubuh kecil itu merapatinya dan membiarkan Dania menyembamkan wajah pada dada bidang kerasnya. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.

"Jangan tinggalkan sayang." Perlahan sahaja suara gemersik Dania menghentam gegendang telinga Zariel. Pinggang lelaki itu dipeluk kemas seraya menghamburkan tangisannya pada dada bidang suaminya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now