𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Kereta Zariel meluncur masuk ke tempat kereta. Dania tersengih lebar seraya anak matanya bagaikan bersinar memerhati orang ramai yang berada di kawasan pantai tersebut. Zariel hanya tersenyum manis melihat isterinya yang tampak sangat teruja.
"Ramainya orang!" Dania memandang sisi wajah Zariel bersama sengihan teruja yang tidak pernah lupus terukir pada bibirnya. Baru sahaja Zariel mematikan enjin, Dania segera membuka pintu kereta sebelum keluar dari kenderaan tanpa menunggu suaminya. Zariel tergelak kecil melihat telatah isterinya itu, terlalu teruja. Rambut keperangannya diraupkan ke belakang sebelum Zariel turut keluar dari perut keretanya.
"Abang. Cepatlah! Jom dating!" Zariel hanya tersenyum apabila lengan kekarnya ditarik sebelum dipeluk kemas oleh Dania. Pinggang ramping isterinya ditarik perlahan apabila perasan Dania hampir tersadung kerana tersilap langkah.
"Jangan gopoh sangat sayang. Jatuh nanti." Dania tersengih lebar, dibiarkan sahaja lengan kekar Zariel berlingkar pada pinggangnya. Mereka malangkah mendekati gigi air, Dania dengan pantas berlari anak mendekati air pantai tanpa sempat dihalang oleh Zariel. Lelaki itu hanya mampu menggelengkan kepala tatkala melihat gelagat Dania. Selipar Dania yang ditinggalkan di atas pasir diambil.
"Abang! Sini!" Dania yang lengkap bertudung biru tua itu melaung kuat sambil melambai memanggil Zariel untuk mendekatinya. Zariel meletakkan selipar Dania sebelum melipat kaki seluar sehingga paras betisnya. Selipar turut dibuka dan diletakkan di sebelah selipar Dania.
Dania tersenyum melihat Zariel yang sedang berjalan menuju ke arahnya, lengan kekar Zariel dirangkul kemas. Zariel menarik perlahan lengan Dania supaya wanita itu berhenti daripada berjalan, terkebil-kebil Dania memandang Zariel.
"Tudung ni, terselak. Nampak aurat yang sepatutnya hanya abang yang tengok." Bibir Dania terkemam kemas sebelum mengukirkan senyuman manis. Zariel hanya merenung wajah kemerahan isterinya, jari peniti yang ditusuk pada bahagian atas tudung dicabut sebelum dilekatkan pada tubuh di bahagian bahu isterinya bagi mengelakkan kain yang menutupi kepala wanita kesayangannya itu terselak sehingga mendedahkan aurat.
"Dah. Jom, nanti anak-anak meragam pula. Kesian emak." Jari-jemari Zariel bersulam dengan jari-jemari Dania, wanita itu tersengih lebar sebelum berjalan beriringan dengan lelaki pujaannya itu.
"Abang."
"Hm?" Zariel merenung sisi wajah wanita yang melahirkan anak-anaknya itu dengan penuh teliti sambil menunggu ayat seterusnya. Dania tersengih lebar seraya memeluk kemas lengan kekar suaminya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...