𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟏

29.2K 1.2K 31
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

"Sayang minta maaf sebab selama ni sayang banyak melawan abang. Sayang tak sempurna macam isteri orang lain." Lembut sahaja nada suara Dania menuturkan kata-kata itu, kelopak mata dipejamkan rapat. Perasaan rindunya pada Zariel yang menghurung dirinya terlalu kuat, bagaikan hendak pecah sahaja dadanya ketika itu.

"Sayang tak tutup aurat elok-elok. Sayang pakai pakaian ketat." Dania menarik nafas perlahan, esak kecil terhasil dari celahan bibirnya. Tangan Zariel dipenuhi dengan air mata Dania.

"Walaupun abang tak tegur sayang, sayang tahu abang tak suka bila sayang tak tutup aurat. Abang selalu tak bagi sayang pakai baju terdedah. Abang selalu beria-ria nak pilih baju untuk sayang bila nak keluar." Segala peristiwa di mana Zariel sentiasa membantu Dania untuk mencari pakaian ketika hendak keluar berjalan-jalan menerjah kotak ingatan Dania. Zariel sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk melindunginya.

"Sayang minta maaf—"

"I think you're perfect, baby, even with your flaws." Terdiam Dania apabila mendengar suara garau basah seseorang menghentam gegendang telinganya, tubuh Dania kaku apabila wajahnya yang disembam pada tangan kasar itu dielus lembut oleh jari-jemari kasar Zariel. Nafas Dania bagaikan hendak terhenti. Jari-jemari Zariel bergerak?

"You're perfect even with your flaws sayang." Dania segera mengangkat kepala apabila suara maskulin serak basah Zariel menampar kuat gegendang telinganya. Membulat besar mata Dania melihat Zariel yang sedang tersenyum nipis memandangnya.

"I love you too, sayang." Jatuh mutiara jernih dari mata cantik Dania tatkala mendengar kenyataan yang dituturkan oleh Zariel. Segera Dania bangkit dan terus menyambamkan wajahnya pada leher Zariel. Tangisan yang sudah lama disimpan dihamburkan. Zariel tergelak kecil, belakang tubuh Dania diusap lembut dan tepi kepala Dania dikucup sayang.

"Don't cry sayang. Abang dah sedar kan?" Lembut sahaja suara Zariel memujuk Dania. Wanita itu masih teresak-esak menangis di leher Zariel.

"I miss you." Meleret-leret dan tersedu-sedan Dania meluahkan rasa rindunya pada leher Zariel. Dania mengangkat wajah dan memandang Zariel.

"I miss you too." Iris biru cerahnya berkilat merenung lembut ke dalam anak mata hitam Zariel. Zariel menyeka air mata Dania, dahi Dania dikucup lembut.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now